Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, September 8, 2013

Pendaratan Pepohon KURMA di Bumi Borneo...???




Sejak tahun 2010 hingga kini, permintaan dari Sabah termasuklah Lahad Datu, Sarawak dan juga Brunei terhadap pepohon kurma (tamar) semaian kami sememangnya menggalakkan. Tapi sejak tahun 2010 hinggalah juga kini, kami masih tak dapat memberi peluang kepada warga Borneo untuk 'berkenalan' dan seterusnya ‘mendampingi’ pepohon kurma semaian kami. Kesian deme. Dengan bahasa 'marketing'nya pulak, kami masih tidak dapat menembusi pasaran Borneo. Yang ni, kesian kami.

Ini disebabkan pihak Pos dan kurier tidak menerima penghantaran anak pokok ke mana-mana destinasi atas sebab keselamatan pokok-pokok yang dihantar tersebut.

Kami masih tercari-cari dan ternanti-nanti mekanisma yang sangat terbaik untuk penghantaran pepohon tamar ke bumi Borneo. Kaedah yang saya rekemen setakat ini kepada prospek dari Borneo ialah sekiranya datang bertandang ke Semenanjung, bawak balik pepohon tamar tu sendiri naik kapal terbang. Dan Insya-Allah seorang prospek dari Sabah akan bercuti di KL dalam sebulan dua ni dan bakal berpeluang memiliki pepohon tamarnya sendiri kelak.

Kami mohon idea, pandangan dan tips daripada anda wahai sahabat online dan rakan sepermentoran sekalian berkenaan perkara ini. Kami percaya, ada di antara anda adalah pakar dalam bidang berkaitan.

Buleh ke, buleh..?

No comments: