Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, November 25, 2013

Pohon AJWAH untuk ABANG ABU MEKANIK$

Menghadiahi mentor kewangan jemaah Syful Tamar, ABANG ABU MEKANIK$ akan Pokok Kurma AJWAH selepas Garaj Wang 3.3.3 pada 23 November 2013 di Shah Alam, membuat kami tersenyum lebo dek keterujaan dan kegembiraan beliau semasa menerimanya.

 
Apa yang dihadiahi jemaah Syful Tamar ini selaku anak murid atau lebih suka digelar oleh Abang Abu sebagai ‘adik-beradik’, tidaklah seberapa berbanding dengan segala ilmu yang beliau kongsi dan titipkan pada hari tersebut. Dengan pemberian yang tidak seberapa itu sahajalah yang kami mampu terjemahkan penghargaan kami ke atas beliau.

Moga ABANG ABU MEKANIK$ dan barisan ‘coach’ dikurniakan kesihatan yang cemerlang bagi meneruskan misi sekalian anda berkongsi pengetahuan ilmiah kewangan dan kekayaan dunia serta akhirat dengan seluruh rakyat Malaysia. BEST! BEST! BEST!  :-)




Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Jutawan Emas Fizikal, Tuan Mohd Hasnizam Hj Muda yang bertanggungjawab menjerumuskan kami ke kancah ilmiah yang sangat bernilai ini. :-)

No comments: