Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

SOALAN-SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM TENTANG ANAK POKOK KURMA


Soalan 1 : Eh, boleh hidup ke POKOK KURMA di Malaysia ni...?

Jawapan 1 : POKOK KURMA sebenarnya sudah lama tumbuh dan hidup di negara kita sejak kira-kira 18 tahun lalu. Biasanya POKOK KURMA tersergam subur di masjid-masjid. Kini ramai individu telah memiliki pokok kurma sendiri di rumah.
Dan kami SYFUL TAMAR adalah generasi baru yang kini muncul akibat cetusan fenomena tersebut dan mengambil tanggungjawab bagi melaksanakan perusahaan tanaman popular Timur Tengah ini.


Soalan 2 : POKOK KURMA nak hidup tanah macam mana..? Tanah pasir macam kat Arab tu je ke? Kalau tanah gambut ke, tanah merah ke, tanah apa-apa ke, boleh...?

Jawapan 2 : Tanaman POKOK KURMA yang disemai oleh SYFUL TAMAR ini boleh hidup subur dalam tanah apa sekalipun kecuali tanah liat. Sebab belum ada lagi percubaan oleh kami setakat ini bagi menanam pokok kurma menggunakan tanah liat.  :-) 
POKOK KURMA semaian SYFUL TAMAR boleh hidup dalam apa-apa permukaan mukabumi (tanah) sekalipun, tanah tinggi, tanah sawah, bukit, lembah, tanah lombong dan sebagainya.
POKOK KURMA semaian SYFUL TAMAR juga boleh hidup dalam apa-apa keadaan cuaca sekalipun samada cuaca terik, panas lembap mahupun hujan berpanjangan kecuali sekiranya cuaca mencapai tahap beku.


Soalan 3 : Boleh berbuah ke POKOK KURMA di Malaysia ni..?

Jawapan 3 : Kepada para pemilik atau bakal pemilik POKOK KURMA yang telah membuat tempahan atau yang telah pun memiliki anak POKOK KURMA semaian SYFUL TAMAR, kami akan / telah kongsikan sekali dengan maklumat tentang kaedah dan ikhtiar khusus penjagaan serta pembajaan POKOK KURMA sehingga berbuah serta mengesyorkan penggunaan baja 100% organik untuk tumbesaran, penguatan / pemulihan dan pengeluaran hasil pokok (berbuah).
Fahami dan praktikkan seta berikhtiarlah melalui kaedah seperti dalam perkongsian berkenaan yang dikongsikan secara PERCUMA selepas pemilikan. In Sha Allah info dan teknik pembuahan POKOK KURMA tersebut sangat membantu. Bagi membuktikan sememangnya POKOK KURMA boleh berbuah di Malaysia, sila klik di sini.



 
Soalan 4 : Kenapa pulak nak tempah terlebih dulu..? Kena tunggu sampai 5 bulan pulak tu. Kenapa tak semai / tanam siap-siap lepas tu baru jual...? (Ini persoalan kes 2008 - 2011, semasa stok POKOK KURMA teramatlah terhad. Hanya sebagai rujukan kini)

Jawapan 4 : Buat pengetahuan anda, sepanjang 3 tahun (2008-2011) penglibatan SYFUL TAMAR dalam penyemaian dan pembekalan POKOK KURMA ni, amat sukar menyediakan ready stock. Untuk generasi benih semaian yang pertama dan kedua ada stok POKOK KURMA yang sedia ada. Baru sahaja sold out seperti yang anda sedia maklum. Bukannya tak nak buat, tapi tak sempat nak disemai baru, terdapat pelanggan yang dah booking awal-awal sejak benih belum bercambah lagi. Cukup 5 bulan atau ke atas, terus sahaja diserahkan kepada pemilik yang sedia menanti.
Kenapa 5 bulan ke atas...?? Pada peringkat awal semaian, penjagaan yang sangat-sangat rapi diperlukan untuk memastikan benih tersebut hidup subur sehingga matang menjadi anak pokok. Kalau tak kena caranya, percambahan pokok akan layu dan seterusnya mati. Inilah antara hasil kajian tanpa rekod SYFUL TAMAR selama setahun sebelum kami berani berkecimpung dalam bidang penanaman POKOK KURMA ini.



Soalan 5 : Kenapa perlunya Pre Order..? Entah-entah, tak sampai 5 bulan, lesap gitu je lari dengan bayaran Pre Order tu.. (Kini kami tidak lagi praktikkan kaedah pada tahun 2008-2011 ini disebabkan kini sentiasa ada ready stock. Masih dipaparkan persoalan ini hanyalah sebagai rujukan tentang kaedah kami sebelum ini)

Jawapan 5 : Lesap lari dengan bayaran Pre Order...? Alhamdulillah setakat ini, Allah sentiasa melimpahi rahmat dengan menyimpangkan hati kami dari bersifat sedemikian. Selain memang nak mengaut keuntungan dalam bidang penyemaian dan penanaman POKOK KURMA ini, kami juga sebenarnya memang mahu membina networking sesama ummah, bukan setakat networking perniagaan malah networking silaturrahim sesama insan. Daripada langsung tak mengenali, sudah saling kenal mengenali. Daripada hanya jadi pengguna, sekarang ada yang dah jadi pengedar/agen POKOK KURMA semaian SYFUL TAMAR. Begitulah rutin yang SYFUL TAMAR harapkan sebelum penglibatan secara komersial kami dan Alhamdulillah sehingga hari ini dipermudahkan Allah.

Tujuan konsep Pre Order yang diperkenalkan hanyalah untuk menyatakan secara zahir komitmen di antara SYFUL TAMAR dengan bakal-bakal pemilik. Walaupun ramai bakal-bakal pemilik berpendapat 10% dari nilai tempahan tersebut amat sedikit dan ada juga yang membuat bayaran lebih dari nilai 10% tersebut, namun kami tetap memperkenalkan konsep Pre Order berkenaan berlandaskan komitmen kedua-dua pihak dengan penuh amanah dan rasa bersyukur.


Soalan 6 : Saya amat terkejut mengetahui pokok kurma boleh tumbuh di Malaysia. Melalui pembacaan internet, saya mengetahui bunga pokok kurma terbahagi kepada jantan dan betina. Adakah setiap anak pokok kurma yang dijual oleh SYFUL TAMAR berupaya mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina pada setiap pokok? Jika tidak, berapakah nisbah pokok jantan : betina yang sesuai yang harus saya beli dan tanam? (Encik Daniel Wong melalui emel)

Jawapan 6 : Ya, POKOK KURMA memang boleh tumbuh di Malaysia. Ianya mula dibawa masuk oleh jemaah Malaysia selepas pulang dari menunaikan Haji atau Umrah di Kota Mekah kira-kira antara 15 - 20 tahun dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, Tanah Arab dan Timur Tengah serta segelintir daripada negara Afrika merupakan tanah yang subur ditumbuhi POKOK KURMA pelbagai spesis.
POKOK KURMA terbahagi kepada jantan dan betina. Pada masa ini,  POKOK KURMA kami masih belum mengeluarkan bunga disebabkan pokok kurma mula berbunga pada usia 5-7 tahun selepas dialih tanam ke tanah. Malah, POKOK KURMA yang kami bekalkan juga belum boleh diketahui samada pokok jantan mahupun betina. Ianya disebabkan jantina pokok dapat dikenal pasti pada usia 3 tahun juga selepas dialih tanam ke tanah mahupun dalam pasu yang bersaiz sangat besar.


Soalan 7 : Adakah pokok kurma yang dibekalkan oleh SYFUL TAMAR berasal daripada biji benih ataupun pertumbuhan vegetatif daripada pokok dewasa? (Encik Daniel Wong melalui emel)

Jawapan 7 : Pokok Kurma semaian kami kesemuanya disemai melalui pembenihan biji. Kami masih belum ada induk bagi pokok kurma dewasa betina yang mampu ‘menghadiahkan’ anak pokok melalui pertumbuhan vegetatif.


Soalan 8 : Saya ingin bertanya mengenai penanaman pokok kurma di halaman rumah. Bolehkah pihak Tuan membantu kami merancang penanaman pokok-pokok buah-buahan termasuk kurma di kampung halaman saya? (Puan Jairatul Azah melalui emel)

Jawapan 8 : Kami hanya berkepakaran dalam Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. Berkenaan pokok buah-buahan yang lain tu, Puan terlebih dahulu perlu mengenalpasti perancangan yang bagaimana yang diinginkan. Samada mahu memenuhi pokok-pokok buah-buahan @ tanaman herba @ pokok hiasan di sekitar tanah Puan atau pokok-pokok berkenaan mahu ditempatkan pada sesuatu sudut @ ruang yang disediakan atau mahu menjadikan pokok kurma hanya sekadar pokok hiasan/lanskap.


Soalan 9 : Selain dari pokok kurma, adakah pihak tuan menyemai buah-buahan lain seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku langsat dan lain-lain? (Puan Jairatul Azah melalui emel)

Jawapan 9 : Selain daripada pokok kurma, kami ada juga menyemai pokok-pokok lain tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Antaranya betik, mahkota dewa, gajus, belalai gajah (herba), kari, cili, cabai burong, mempelam epal, mangga panjang dan serai. Lain-lain pokok atau tanaman kami boleh ikhtiarkan sekiranya ada permintaan. Tapi keutamaan skop kami tetap POKOK KURMA.



Soalan 10 : Bagaimana ingin bezakan POKOK KURMA jantan dan betina sewaktu belum berbunga? (Kasih Shafizah melalui FB)

Jawapan 10 : Untuk jawapan, sila klik https://www.facebook.com/pages/Anak-POKOK-KURMA/545633278785943?ref=hl




Soalan 11 : POKOK KURMA berbuah di halaman rumah tapi bila masak buahnya keras, bila dimakan kelat+manis. Apa proses yang betul untuk buah kurma jenis ni? Untuk makluman, pokok ini telah ditanam sejak 20 tahun tapi 2013 baru pertama kali berbuah sehingga ke hari ini semakin hari semakin lebat buahnya. (Antu Raya melalui FB)

Jawapan 11 : Untuk jawapan, sila klik https://www.facebook.com/pages/Anak-POKOK-KURMA/545633278785943?ref=tn_tnmn




ALHAMDULILLAH

2 comments:

Ayahnda said...

Assalamualaiku WBKT Tuan . Bolehkah kalau saya nak beli biji benih kurma di Syful Tamar dan diposkan ke Bintulu, Sarawak. Sebab nak beli anak pokok kang, leceh nak bawak naik flight.

Terima kasih
Wassalam

POKOK KURMA 'Made In Malaysia' said...

Mohon Tuan mesej kami melalui WhatsApp di talian 0195709334. Kita diskusi lanjut kelak.