Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, March 2, 2015

Lenggong Kelima


27 Februari 2015 - Sekeluarga dari Lenggong yang diketuai oleh Tuan Syed Alwi (berkopiah) berkunjung ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Beliau yang merupakan pakar dalam bidang penghasilan adunan baja, membawa pulang 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Shafawi dan 1 Pokok Kurma Mariami.

Tahniah dan terima kasih Tuan Syed Alwi sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut.smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini merupakan pemilikan warga Lenggong yang kelima sejak 2008. smile emoticon

Saturday, February 28, 2015

Serikandi Pewakafan Pokok Kurma


27 Februari 2015 - Penerima manfaat perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma, Pusat Jagaan Seri Setia (Warga Tua Wanita) di Rapat Setia, Ipoh, selamat menerima penanaman 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Deglet Nour dan 1 Pokok Kurma Safia pada pagi tadi.

Diinfaqkan oleh 4 orang warga kerja SSM Perak dan seorang individu dari Sentosa, Klang. Apa yang menariknya, kelima-lima dermawan tersebut adalah wanita..! smile emoticon

Tahniah sekalian warga pusat jagaan tersebut atas pewakafan. Moga Pepohon Tamar yang ditempatkan di sepanjang pagar hadapan itu terus hidup subur dan segar bugar sepanjang waktu. smile emoticon

Juga tahniah dan terima kasih serikandi-serikandi penginfak sekalian. In Shaa Allah amal jariah anda sedikit sebanyak berkeupayaan membantu pertimbangan amal anda secara pasif 'di sana' kelak. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pusat Jagaan Seri Setia boleh dihubungi melalui talian 019-564 0741 Puan Rahemah (pengasas dan pemilik).
 — at Pusat Jagaan Seri Setia.

Oh, Teratai Kurma Indah..!


26 Februari 2015 - Masa rehat seminar anjuran SME Corp. Malaysia di Hotel Grand Kampar, kami gunakan untuk bersua temu dengan Setiausaha Persatuan Kebajikan Orang Asli Batang Padang, Puan Teratai Bah Arom.

Bonda kepada 3 anak kecil dan permaisuri hati kepada Tuan Seto Tan, empunya empayar Seto Hardware di Tapah ini, berkongsi rasa pelbagai kisah dan cerita, termasuklah cetusan hajat memiliki Pokok Kurma.

1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu bakal 'bermastautin' di tanah subur milik beliau dan suami di Tapah.

Mengikut rekod pemilikan Pokok Kurma semaian kami, inilah kali pertama pemilikan oleh Bumiputera Orang Asli, juga kali pertama pemilikan oleh kaum Cina.

Lakaran sejarah baru tercipta tentang konteks kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma sejak 2008. smile emoticon

Terima kasih dan tahniah Puan Teratai sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar. Moga pemilikan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah kekeluargaan yang masih lagi hangat dengan sambutan Tahun Baru Cina pada minggu lepas. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih juga SME Corp atas jemputan dan alu-aluan penyertaan kami dalam penganjuran seminar berkaitan bisnes sepanjang hari tadi. smile emoticon
 — at Grand Kampar Hotel.

Kurma Batang Kali


25 Februari 2015 - Pernah terlepas dalam pemilikan sebelum ini dalam kunjungan beliau ke Utara, akhirnya hajat Tuan Aswandi untuk memiliki Pepohon Tamar, tertunai pada awal petang tadi.

Dari Batang Kali, Tuan Aswandi kunjung temu dengan wakil kami di Setapak, Alif Aizat, bagi pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu.

Tahniah dan terima kasih Tuan Aswandi atas keperihatinan Tuan terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini merupakan pemilikan kedua selepas suntikan stok baru kepada wakil Setapak pada 22 Februari tempoh hari. smile emoticon
 — at Kem Wardieburn.

Kurma Bandar Tasek Selatan


24 Februari 2015 - 2 Pokok Kurma Madu dan 2 Pokok Kurma Mariami menjadi milik Tuan Adnan dari Bandar Tasik Selatan pada jam 12.30 tengahari tadi.

Pemilikan stok 'fresh' daripada wakil kami di Setapak, yang baru 'top up' Pepohon Tamar dan Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan 5 nutrien sunnah pada 22 Februari tempoh hari.

Tahniah dan terima kasih Tuan Adnan atas pemilikan tersebut. Juga tahniah Tuan Alif Aizat, wakil Setapak kami atas pemudahcara pemilikan warga Lembah Klang. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Alif, cukup ke stok untuk perlestarian Pepohon Tamar di Lembah Klang...? wink emoticon
 — at Kem Wardieburn.

Kurma Masjid Negeri, Selangor


20 Februari 2015 - Selesai peninjauan Pokok Kurma berbuah dan 5 Pepohon Tamar lain yang mati di Kompleks Taman Seni Islam, kami menelusuri pula Pepohon Tamar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 10, Shah Alam.

Pada pengamatan kami secara rawak, di sini juga punyai 5 Pokok Kurma. Mungkin juga lebih, tidak dapat dikesan secara teliti oleh kami.

Merujuk kepada gambar, ianya adalah salah satu Pokok Kurma yang ada di situ dan merupakan yang paling tinggi. Ketinggian 4 Pokok Kurma yang lain lebih rendah dan renek lagi.

Tapi rupa paras dan keterampilan Pepohon Tamar di situ sama sahaja - berserabut, tiada cantasan pelepah usang, dihuni pokok-pokok tumpang, tiada kemasan pemotongan pelepah dan beberapa kriteria lain yang tidak sepatutnya 'dimiliki'.

Pepohon Tamar boleh hidup dalam keadaan sedemikian. Namun sekadar hidup, tiada potensi bagi pengeluaran hasil. Jika ada, itupun mengambil masa puluhan tahun bagi kemunculan bunganya.

Bagi warga Shah Alam khususnya, dan rakyat Selangor amnya, yang prihatin akan perihal ini, bolehlah indahkan semula Pepohon Tamar masjid negeri anda itu dengan mengaplikasi perkongsian percuma tentang Penjagaan dan Pembajaan Khusus Pokok Kurma pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Persekitaran dan perlanskapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sangat best... smile emoticon

Kurma Tenat Menyayat Hati


20 Februari 2015 - Dalam 'post' kami sebelum ini, kami tampil dengan rangkuman Kurma berbuah di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Juga disentuh secuit tentang 5 Pokok Kurma lain di lokasi yang sama, berada dalam keadaan yang menyayat hati.


Pada pengamatan kami, kelima-lima Pokok Kurma tersebut, tidak diberi perhatian khusus tentang penjagaan dan pembajaan secara berkala. Juga tidak disantuni secara intim.


Pelepah layu tidak dicantas rapi. Menjadi 'port' permastautinan anai-anai dan lain-lain mikroorganisma. Hingga berlaku pereputan kronik pada komponen-komponen penting pokok terutamanya teras pucuknya.


Bagaimana kaedah dan teknik Penjagaan serta Pembajaan Khusus dan Berkala Pokok Kurma..? Apa pula yang dimaksudkan dengan penyantunannya..?


Kami nukilkan perkongsiaan tersebut 100% secara PERCUMA pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.


Ianya khusus kepada pemilik yang sedia ada supaya dapat merawat semula kedaifan atau ketidaktampanan Pokok Kurma anda agar terdorong kembali bermaya. Ianya juga khas kepada bakal pemilik bagi persediaan dalam pemilikan Pokok Kurma supaya mampu mengekalkan tempo subur dan segar bugar Pokok Kurma anda secara istiqomah kelak.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Moh 'make over and grooming' Pokok Kurma anda. smile emoticon