Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 17, 2015

Kurma Beserah


10 Jun 2015 - Bertambah manis senyuman, tatkala POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dalam genggaman. 😃

Puan Wan Fauziah dari Batu Hitam, Beserah, Kuantan, telah membuat kata putus memiliki Pokok Kurma Madu bagi melanskapi ruang tanah di kediaman beliau.

Tahniah dan terima kasih atas pemilikan Puan Wan Fauziah, moga perlanskapan kediaman Puan bertambah meriah. 😃
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Warga Kuantan yang turut mahu memenuhi hajat memiliki Pepohon Tamar, boleh berhubung dengan Tuan Zahari melalui talian 0139019116 (Telefon/WhatsApp).
 — feeling happy.

Monday, June 8, 2015

Kurma Felda Bukit Sagu 2

Pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kedua oleh warga Felda Bukit Sagu, Kuantan. Pemilik kali ini adalah Encik Ariffin Bin Wazil.

Sekali lagi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma diperlukan melalui wakil Kuantan kami, Tuan Zahari Abd Razak. Tambah nilai perkhidmatan oleh beliau yang sekaligus dapat menambah hasil perolehan selaku wakil Syful Tamar di Kuantan. 😃👍

Pemagaran sementara menggunakan lebihan pagar lama dan batang serta dahan rambutan. Moga Pokok Kurma Madu milik terus hidup subur dan segar bugar di bumi Felda Bukit Sagu. 👍😃

Warga Kuantan sekalian boleh berhubung dengan Tuan Zahari melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116.


Syful Tamar (ST)
🌴 POKOK KURMA 'Made In Malaysia' 🌴
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pemilikan pertama warga Felda Bukit Sagu berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/kurma-felda-bukit-sagu-1.html
 — feeling great.

Tanah Ladang Kurma

Dalam keluasan 1 ekar tanah, mampu memuatkan 55-75 Pokok Kurma, bergantung kepada keadaan bentuk muka bumi di lokasi perladangan.
Sebab itulah Tuan Syed Adli dan kakak beliau, mencapai kata putus dalam pemilikan 70 POKOK KURMA 'Made In Malaysia' untuk ditempatkan di tanah berpagar mereka dengan keluasan 1 ekar setengah.
Cantik dan strategik lokasi perladangan Tuan Syed Adli di Kerdau, Temerloh itu kan..? Cantik - pemandangan hijau yang diselenggara dengan baik. Strategik - berdekatan dengan sumber air semulajadi.
Sudah seminggu berlalu pemilikan beliau dalam POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pelbagai spesis - Ajwah, Madu, Mariami dan Shafawi. Apa khabarkah Pepohon Tamar tersebut..? Sudah dialih tanamkah ke lokasi perladangan..? Atau masih tersisip tegap dalam beg poli 8x9 inci..?

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Rangkuman pemilikan tersebut berada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/kembara-kurma-tok-gajah.ht…

Tautan Timbalan

Seantero Malaya-Borneo sedia maklum, Datuk Haji Tuan Ibrahim Bin Tuan Man kini merupakan Timbalan Presiden PAS.
Kami pernah bertautan dalam majlis ilmu beliau di Kompleks Tarbiyyah Raudathul Jannah (KoTaRaJa), Meru, Ipoh.
Juga dalam tautan program Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma yang diinfaqkan oleh para pewakaf melalui Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di KoTaRaJa.
Rentetan tautan berkenaan boleh disantuni pada pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah Datuk, atas amanah perjawatan yang digalas kini. 👍

Kurma Berbuah di BB Ganu

Di Medan Selera Simpang Bukit Besi, Terengganu, tersergam indah 10 Pokok Kurma. Tapi yang paling menarik perhatian adalah sepohon daripadanya telah berbuah..! 👍
Hal ini dapat dikesan oleh wakil Kuantan, Tuan Zahari Abd Razak yang berkunjung ke negeri Sang Penyu itu baru-baru ini. Sempatlah beliau berselfie dengan Pokok Kurma berbuah tersebut. 😃
Berkemungkinan besar ianya diselia dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Dungun, pihak berkuasa tempatan yang menaungi Bukit Besi.
Situasi Pepohon Tamar di lokasi tersebut hampir sama dengan Pepohon Tamar di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Hanya beberapa pohon sahaja yang berbuah di masjid tersebut sebelum ini. Namun kadar nisbah pembuahannya mengatasi Pepohon Tamar di medan selera tersebut. Kami telah rangkumkan paparannya pada pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih Tuan Zahari selaku wakil Kuantan atas info bermanfaat. Tahniah warga Bukit Besi Ganu Kite atas kurniaan Pokok Kurma berbuah.😃

Kurma Felda Bukit Sagu 1


Urusan pemudahcara kedua oleh wakil Kuantan, Tuan Zahari Abd Razak dalam pemilikan Pokok Kurma Madu dalam tempoh seminggu. 😃

Dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/baru-sehari.html, dipaparkan pemilikan 3 Pokok Kurma Madu yang ditanam di halaman rumah.

Tapi kali ini Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dilaksanakan di Felda Bukit Sagu, Kuantan milik Tuan Sejohan Bin Shahabudin.

Terima kasih Tuan Sejohan atas kesudian menempatkan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' spesis Madu (Bam Dates) di lereng cerun tanah kebun milik Tuan.

Juga tahniah kepada Tuan Zahari yang nampaknya semakin serasi bertindak selaku pemudahcara pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kepada warga seantero Kuantan. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil Kuantan tersebut boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp 0139019116. 😃
 — feeling satisfied.

Thursday, June 4, 2015

Straight Two


Cantik susunan nombor individu yang 'LIKE' FB Page kami.

Straight two..! smile emoticon

Tak tahulah boleh bertahan sampai bila. wink emoticon

Apa-apa pun, kami menjunjung tinggi keperihatinan individu seramai 2,222 orang itu terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih daun Kurma. wink emoticon
 — feeling thankful.