Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, August 7, 2014

Pokok Kurma Birthday


5 Ogos 2014 - Ini adalah 'surprise' yang paling 'surprise' punya oleh Tuan Gundam Emi sempena 'birthday' bapa beliau. Idea 'surprise' yang agak kreatif.

Bapa beliau memang sudah lama mencari dan mahu memiliki Pokok Kurma sejak dulu. Dan Tuan Emi mengambil inisiatif memberi kejutan dengan menunaikan hajat bapa beliau yang sekian lama terpendam. 

Penyerahan pemilikan dilaksana di Prescint 9, Putrajaya melalui wakil transit Pokok Kurma kami di Putrajaya, Tuan Nikz Rich.

Ini adalah satu contoh nilai yang mulia seorang anak yang ditonjolkan oleh Tuan Emi. Kami tumpang gembira menjadi pemudahcara idea 'surprise' beliau. Insha Allah 3 Pokok Madu berkenaan mendatangkan manfaat dan kegembiraan kepada bapa Tuan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih daun kurma ya Tuan Emi. 

Pokok Kurma Zam Zam


Puan Hajjah Tinah Saclan dan Tuan Haji Mazlan Bin Noordin memerterai pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' melalui penghantaran ke JB. Pautan berikut merupakan rangkuman pemilikan Pokok Kurma oleh pasangan suami isteri ini :http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/rangkuman-kembara-musafir-ipoh-jb-ipoh.html

Mula mendedahkan perihal pemilikan itu di FB semasa sambutan awal Syawal tempoh hari. Menerima ucaptama dan bait-bait suka serta pesona daripada keluarga dan taulan.

Pemilikan Pokok Kurma di kediaman mereka merupakan salah satu gandingan akrab atas perniagaan yang dijalankan iaitu pembekalan air zam zam melalui syarikat Hajjah Tinah Saclan Trading.

Gandingan mantap ala Tanah Arab..! 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen BIO-ORGANIK kami khusus untuk tanaman kurma juga menggunakan 100% air zam zam, tiada langsung walau setitik pun air biasa.

Pokok Kurma Sentap


Puan Anim Abu memiliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ketika berkunjung ke daerah halaman kami, Kuala Kangsar. Pautan berikut memberi pencerahan tentang pemilikan tersebut :http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/pertemuan-sentap-dan-tamar.html

Pokok Kurma beliau dialih tanam dari beg poli ke tanah ketika bulan puasa, mengambil berkat sempena Ramadhan 1435 H. Tidak perlu dibimbang akan pembajaan Pokok Kurma tersebut. Ini kerana Puan Anim merupakan pemilik empayar Baja Sentap Anim - AgroExt SuperBio (Baja Biorganik).

Pekehe pulok baja tu sentap..?? Untuk mengetahuinya, anda boleh terus ke pautan FB empayar beliau di :https://www.facebook.com/pages/AgroExt-SuperBio-Baja-Biorganik/253367661440188


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Info berkenaan pembajaan Pokok Kurma ada di pautan berikut -http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/pembajaan-pokok-kurma.html

Tuesday, August 5, 2014

Pembajaan Pokok Kurma


Pembajaan Pokok Kurma disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Elakkan penggunaan baja kimia. Ini kerana, seperti juga manusia, kimia mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek.

Perlu diingatkan, hanya penggunaan baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ini kerana, sepanjang pemerhatian dan penangan 'try and adjust' sejak 2008 kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pepohon Tamar ini, Pokok Kurma 'panas' terhadap kesan tinja, yang mana ianya boleh menyebabkan tumbesarannya terjejas.

Sila ikuti panduan dan saranan serta tip penggunaan yang dimaklumi pembekal/pengedar baja organik berkenaan. Berkenalan sebaik mungkin daripada mereka tentang intipati dan implikasi baja organik itu terhadap tanaman anda.

Tip pembajaan ini juga sangat bernilai tinggi untuk dipraktikkan kepada tanaman lain. Ini kerana baja organik adalah sangat besar kadar keselamatannya terhadap manusia dan alternatif yang amat molek penggunaannya terhadap tumbuhan.

Insha Allah kita mampu melaksanakannya demi kesuburan semulajadi tanaman kita dan juga kesejahteraan persekitaran alam sejagat.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kelak nanti hasilnya sayur organik, bunga organik dan buah organik.  :-)

Sunday, August 3, 2014

Nerseri Mini Pokok Kurma Tutup Hari Ini

Terima kasih Tuan Danial Jamaludin kerana sudi singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang.

Dari kejauhan Temerloh, Pahang beliau datang bersama keluarga. Tidak disangka kami menerima kunjungan tetamu sejauh itu.

Ralat yang besar berlaku, apabila kami masing-masing terlupa untuk bergambar kenangan.

Moga 6 Pokok Kurma Madu dan 1 Pokok Ajwah yang dibawa pulang oleh Tuan Danial selepas Zohor semalam membawa nilai manfaat yang besar kepada beliau sekeluarga.

Terima kasih dan tahniah Tuan Danial.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Hari ini Nerseri Mini Pokok Kurma kami tutup.. Ziarah raya.. Moh..!

Saturday, August 2, 2014

Nasional.FM : Kurma dari Malaysia

Stesen radio : NASIONAL.FM
DJ : Safura
Durasi : 16 minit 47 saat



Tajuk : Kurma dari Malaysia 
Tarikh Siaran : 13 Julai 2014
Waktu Siaran : 12.30 tengahari

Tetamu Wawancara :

1. Mohd Hisyamuddin Bin Ghazali, 32 tahun, Kelantan
- pemilik ladang kurma berkeluasan 3-4 ekar di Bachok, Pasir Puteh dan Pulau Melaka sejak 2009

2. Mohd Syful Rizan Bin Abd Manap, 32 tahun, Chemor, Perak
- pakar pembenihan, penyemaian dan penanaman pokok kurma sejak 2008

3. Rosnazli Bin Haji Amin, Kota Bharu, Kelantan
- Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu sejak penanaman lanskap pokok kurma di sekitar Kota Bharu pada 2008

Walaubagaimanapun, kesan audio tidak berkualiti tinggi kerana rakaman dibuat menggunakan telefon terus dari corong radio.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat mendengar dan ulang dengar berkali-kali.  :-)

Friday, August 1, 2014

Kurma Reunion


Inilah dua individu yang termaktub rezeki mereka sebagai pemenang sekaligus bertaraf pemilik kepada POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sempena Cabutan Bertuah bagi program 'Old Cliffordian Reunion Crew of 95/99'.

Gala tautan ukhuwwah pada sebelah malam raya ketiga yang bertempat di Dewan Hamdan, SMK Clifford Kuala Kangsar itu menyaksikan Tuan Azizul Hafiz memiliki sepohon Kurma Deglet Nour, manakala Tuan Shuhail N Shakira berjaya dalam pemilikan 'grand prize', Pokok Kurma Bonsai.

Tahniah kedua-duanya, rujuk selalu info Penjagaan dan Pembajaan Pokok Kurma secara PERCUMA di pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.

Tahniah juga kepada delegasi penganjuran kali ini. Insha Allah tahun mendatang Pokok Kurma didatangkan dalam kuantiti yang berganda. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kepada Old Cliffordian yang lain, cuba lagi dalam temu sua yang lain kelak.