Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, August 5, 2014

Pembajaan Pokok Kurma


Pembajaan Pokok Kurma disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Elakkan penggunaan baja kimia. Ini kerana, seperti juga manusia, kimia mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek.

Perlu diingatkan, hanya penggunaan baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ini kerana, sepanjang pemerhatian dan penangan 'try and adjust' sejak 2008 kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pepohon Tamar ini, Pokok Kurma 'panas' terhadap kesan tinja, yang mana ianya boleh menyebabkan tumbesarannya terjejas.

Sila ikuti panduan dan saranan serta tip penggunaan yang dimaklumi pembekal/pengedar baja organik berkenaan. Berkenalan sebaik mungkin daripada mereka tentang intipati dan implikasi baja organik itu terhadap tanaman anda.

Tip pembajaan ini juga sangat bernilai tinggi untuk dipraktikkan kepada tanaman lain. Ini kerana baja organik adalah sangat besar kadar keselamatannya terhadap manusia dan alternatif yang amat molek penggunaannya terhadap tumbuhan.

Insha Allah kita mampu melaksanakannya demi kesuburan semulajadi tanaman kita dan juga kesejahteraan persekitaran alam sejagat.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kelak nanti hasilnya sayur organik, bunga organik dan buah organik.  :-)

No comments: