Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, January 30, 2014

KoTaRaJa dan Pewakafan Pokok KURMA


Esok, moh le ke "Tazkirah & Sesi Soal Jawab Agama" di KoTaRaJa, Meru, Ipoh.

Alhamdulillah jemaah Syful Tamar telah dijemput oleh admin Pusat Motivasi At-Taqwa melalui FB dan jemputan secara lisan oleh Ustaz Azhan Ishak melalui telefon.


Ka
mi akan mengimarahkan majlis ilmu tersebut disamping merapatkan ukhuwwah sesama hadirin dan penyelaras program berkenaan.

Selain daripada itu, secara dasarnya admin Pusat Motivasi At-Taqwa bersetuju melalui FB. Begitu juga dengan Ustaz Azhan Ishak juga turut bersetuju secara lisan melalui telefon. Bersetuju..?? Ya, bersetuju menerima Pewakafan Pokok KURMA daripada Pewakaf Dermawan kelak untuk KoTaRaja.  :-)


Jadi, dapatlah kami saling berkenalan dan berdiskusi lanjut berkenaan Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA. Jumpa di sana esok ya..!  :-)

 



Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sudahkah anda berdaftar sebagai "Pewakaf Pokok KURMA"..? :-)

Wednesday, January 29, 2014

Penerima Manfaat : Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma


Siapa itu Penerima Manfaat..?

SYFUL TAMAR memberi fokus kepada kerjasama dengan TIGA kategori institusi sebagai Penerima Manfaat dalam Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma. TIGA kategori institusi terbabit adalah seperti berikut :

1. Institusi Masjid dan Surau.

2. Institusi Amal dan Kebajikan. Contohnya Rumah Anak Yatim, Rumah Perlindungan Wanita, Pusat Jagaan Orang Tua, Pertubuhan OKU dan sebagainya.

3. Institusi Pendidikan. Ianya termasuk sekolah awam, sekolah pengajian pondok, sekolah swasta, tadika, tabika, IPTA dan IPTS.

Kami mengalau-alukan cadangan oleh anda tentang penyenaraian mana-mana institusi seperti di atas untuk turut disenaraikan ke dalam senarai sedia ada kami.

Sekiranya ada keperluan untuk pewakafan Pokok Kurma selain daripada senarai institusi seperti di atas, boleh dibincangkan dengan sebab musabab yang logik untuk diwakafkan atas persetujuan bersama.

Ianya bagi mengelakkan pewakafan Pokok Kurma itu diguna untuk kepentingan individu, bukan untuk kepentingan dan kebergunaan bersama.

Bagi anda yang sudi dan berlapang hati untuk menjadi salah seorang Pewakaf @ Dermawan, sila PM kami dengan menaip ayat, "Saya Pewakaf Pokok Kurma" dan kami respon dengan info lengkap berkenaan Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma ini.




Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

syful_tamar@yahoo.com
019-5709334 019-5498638

ST : Kepada para Pewakaf, Insha Allah anda sentiasa dipayungi rahmat Allah samada hidup mahupun meninggal dunia.

Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA




Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Pewakaf dan Penerima Manfaat,.. Bersedia..!!  :-)

Tuesday, January 28, 2014

Rongga Berderas

Minggu dan hari-hari yang padat dengan pelbagai cabang urusan.
Tetap 'enjoy' walaupun terasa memenatkan.
Hingga tidak terdaya 'update' pelbagai gambar dan bahan.
Disebabkan masih tercari-cari ruang kesempatan.

Syukur ke hadrat-Mu ya Allah atas ehsan.

Memadatkan masa kami dengan sebaik-baik manfaat pengisian.
Hanya kepada-Mu kami penuh berharap kebergantungan.
Dalam meniti derasan arus, menuju rongga keberjayaan.
 
Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Cenyum ciket..!  :-)

Thursday, January 23, 2014

Bunga KURMA


Che teka, yang mana satu bunga KURMA jantan, yang mana satu pula bunga KURMA betina. Gambar kanan atau gambar kiri.

5 minit dari sekarang..! Cepat..!  :-)


Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Bunga KURMA boleh dijadikan produk kesihatan tau.  :-)

Wednesday, January 22, 2014

Rangkaian JEMAAH


Bertalu SEORANG menongkah, keberhasilannya... SLOOOWWW..!

Bersatu dalam JEMAAH, keberkesanannya... FUIYYYOOO...!

 

 Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Tanpa rantaian JEMAAH dan RANGKAIAN, tak terkecap KEBERJAYAAN.

Tuesday, January 21, 2014

Bertindak Sakan

Tatkala BERIDEA, moh BERTINDAK, BERTINDAK, BERTINDAK dengan LUAR BIASA!


Usah BERIA, dok BERTIDAK, BERTIDAK, BERTIDAK buat DERK JE!


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Penidakan tindakan, rugi sakan!

Monday, January 20, 2014

Kerja GILA..?

Biar nekad KURANG GULA, asalkan SIHAT WALAFIAT dan CERDAS SEGERA.

Biar buat KERJA GILA, asalkan PATUH SYARIAT dan UNDANG-UNDANG NEGARA.




Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : GILA GULA undang BALA.  :-)

PROSES ke, PROTES..?

Tidak mengapa GAGAL selepas merancang secara hebat. Ianya salah satu PROSES kematangan diri.

Tetapi jangan GAGAL secara luar biasa untuk merancang. Itu salah satu PROTES diri sendiri.






Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Selami bait-bait lagu "Fikirkan Boleh!" oleh Metropolitan.

Sunday, January 19, 2014

Tiba-Tiba Tiba..?

Ada NIKMAT dan UJIAN yang datang dengan TIBA-TIBA. Ada juga yang datang sebab masa dah TIBA.

Datangnya NIKMAT dan UJIAN secara TIBA-TIBA itu biasanya tidak DISANGKA. Datangnya sebab masa dah TIBA pula biasanya tidak dapat DISANGKAL.




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Kalau TIBA-TIBA TIBA..?  :-)

Thursday, January 16, 2014

Wawasan 2020 : Apa Pencapaian UNIK yang Anda Mahukan..?

Kini hanya tinggal kira-kira 5 tahun lebih sahaja lagi dunia akan menjejaki tahun 2020. Malaysia juga tidak ketinggalan merai ketibaan tahun unik ini dengan membawa slogan Wawasan 2020.

Apa pencapaian unik yang anda mahukan menjelang 2020 nanti?

Apa yang mahu anda banggakan semasa tiba 2020 nanti?

Apa pula yang membuat anda teruja dengan semangat Wawasan 2020 ini?

Ah ha..! Kami membawa anda untuk mengecapi pencapaian unik yang membanggakan disulami rasa teruja menjelang 2020 ini dengan membantu anda : “Memetik Kurma di Halaman Anda.”  :-)


 

Apa..? Petik buah Kurma..? Di halaman pula tu..?

Ya, tidak kira samada halaman rumah, perkarangan pejabat mahupun kawasan premis perniagaan anda.  :-)

Bagaimana..?

Kami, Syful Tamar, merupakan pakar dalam membantu anda untuk ‘berkenalan’ dan seterusnya ‘mendampingi’ tanaman yang menjadi ikon Timur Tengah iaitu Pepohon Tamar atau juga dikenali sebagai Pokok Kurma.

Pokok Kurma mula berbuah antara 5-7 tahun selepas dialih tanam dari beg poli. Sekiranya dihitung dari sekarang, tahun 2020 nanti berbuahlah Pokok Kurma anda atau setidak-tidaknya mengeluarkan bunga.

Dan boleh jadi juga, tidak sampai 5 tahun sudah mula berbunga mahupun berbuah sekiranya anda mempraktikkan secara istiqomah teknik penjagaan dan kaedah pembajaan khusus yang kami kongsikan secara PERCUMA kepada pemilik Pokok Kurma.  :-)

Untuk info lanjut bagi merealisasikan perkara ini menjadi realiti, anda boleh singgah ziarah ke medium seperti di bawah:

Laman Blog : http://syfultamar.blogspot.com/
Facebook : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Emel : syful_tamar@yahoo.com
Telefon :
019-5498638 (Mustafa – Chief de Mission)
019-5709334 (Syful – Founder)
017-5289723 (Maznan – Bio Tamar)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

ST : Moh bagi peluang diri kita dan keturunan kita memetik kurma di halaman.  :-)

Tuesday, January 7, 2014

Sawit atau..?


Anda mempunyai TANAH pertanian untuk dimajukan tetapi masih tidak mempunyai idea tanaman apa yang mahu diusahakan..?

Atau anda sedang bercadang dan mempertimbangkan TANAH anda itu untuk tanaman sawit atau lain-lain tanaman..?

Usah gundah tanpa idea, SYFUL TAMAR bantu anda dengan cetusan idea baru industri penanaman di Malaysia.

Usah terburu-buru meneroka tanah untuk tanaman sawit dan lain-lainnya, SYFUL TAMAR bantu anda dengan alternatif tanaman baru yang mengujakan untuk diusahakan.

Kepakaran SYFUL TAMAR ialah membantu anda ‘berkenalan’ dan seterusnya ‘mendampingi’ tanaman yang menjadi simbolik selama ini kepada Tanah Arab dan Timur Tengah iaitu Pepohon Tamar atau lebih dikenali sebagai Pokok KURMA.

Apa..? Mustahil Pokok KURMA boleh hidup subur dan berbuah di Malaysia..? Tidak mengapa, itu respon biasa daripada para responden. :-)  SYFUL TAMAR rungkaikan keraguan itu melalui dokumen yang dinamakan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA.

Apa isi kandungan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA..? Antara yang terkandung dalam dokumen tersebut adalah ‘Kertas Kerja Penanaman Pokok KURMA’ dan ‘Perbezaan Ciri-Ciri dan Perbandingan Hasil Tanaman Sawit dengan KURMA’.

Berapa bayaran nak dapatkan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA..? Tanpa apa-apa bayaran, SYFUL TAMAR hanya nak kongsikan info tersebut secara 100% PERCUMA. Iya, betul.  :-)

Bagaimana nak dapatkannya secara PERCUMA..? Mudah sahaja, anda boleh terus lawati dan Like Facebook Page kami yang bernama POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Kemudian, selepas Like, taip pada wall FB Page tersebut dengan perkataan ini, “Saya Mahu PELAN PENANAMAN POKOK KURMA”. Atau juga anda boleh tinggalkan emel anda di sini untuk tindakan selanjutnya oleh kami.

TIADA Paksaan, TIADA Bayaran, HANYA Perkongsian.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com

ST : BELIEVE what you BELIEVE, IN SHA ALLAH your BELIEVE will COME TRUE.  :-)

Thursday, January 2, 2014

Baja SENTAP Anim :-)



Kami mempunyai medium baja formula sendiri yang kami namakan buat sementara ini sebagai “BIO-TAMAR” khusus untuk kesuburan dan pembuahan Pokok KURMA. Manakala untuk pembenihan dan penyemaian awal kurma, kami gunakan BAJA SENTAP ANIM. Memang sangat bagus BAJA SENTAP ANIM ini untuk tumbesaran awal tanaman Timur Tengah ‘Made In Malaysia’ ini.

Lantaran daripada itu BAJA SENTAP ANIM muncul dalam liputan Pokok Kurma oleh RTM (http://syfultamar.blogspot.com/2013/09/berita-wilayah-rtm-29-julai-2013.html) pada durasi 1 minit 13 saat. Ada disentuh tentang penggunaan BAJA SENTAP ANIM semasa kami ditemuramah sebelum itu tetapi hanya beberapa saat sahaja dipaparkan dalam liputan tersebut.

Namun, Puan Anim respon pada kami beberapa saat paparan liputan RTM itu sangat membantu beliau. Apatah lagi lebih 9 minit bersama DAO di NLKO kan (https://www.facebook.com/photo.php?v=10152664819926091).  :-)  Tahniah Puan Anim.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Selamat menonton.  :-)