Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 29, 2015

Derap Mula Fasa 2


28 Oktober 2015 - Diskusi petang di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) bersama Imam Utama, Ustaz Syed Muzaffar tentang PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bagi perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2.

Ustaz Syed Muzaffar menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada para Dermawan Wakaf yang telah merealisasikan kewujudan Laman Kurma MSAS Fasa 1 tempoh hari. Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada bakal Dermawan Wakaf untuk perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2 pula selepas ini.

Ukur tanda dibuat sejurus selepas pertemuan. Lokasi Laman Kurma MSAS Fasa 2 berhampiran dengan mesin ATM Bank Islam. Sebanyak 21 Pokok Kurma mampu dilestarikan di lokasi tersebut.

Selaku pemudahcara perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 2 melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia', dengan rasa rendah hati, kami buka ruang buat sekalian anda, untuk turut serta berwakaf Pokok Kurma bagi tujuan tersebut.

Walaubagaimanapun, 3 kuota telah sedia diisi oleh seorang Dermawan Wakaf dari Kuala Lumpur. Berbaki cuma 18 kuota Pokok Kurma sahaja lagi untuk diwakafkan.

Santuni kami melalui WhatsApp atau panggilan terus di talian 0195709334. Juga boleh melalui PM di FB Page ini. In Shaa Allah, kami bantu dengan pencerahan jitu. 👍🏻🌴


Syful Tamar (ST)
🌴 POKOK KURMA 'Made In Malaysia  🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Perlaksanaan Laman Kurma MSAS Fasa 1 boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/laman-kurma-msas.html dan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/syok-berhujan.html
 — looking for a great workout atMasjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Tuesday, October 27, 2015

Sang Nangka FGV

26 September 2015 - Rezeki petang, dikurniai sebiji nangka jumbo. Jauh datangnya, dari negeri Tok Gajah sinuuunnn... 


Bukannya melalui Poslaju mahupun syarikat kurier lain. Tetapi dibawa sendiri oleh unit R&D Felda Global Ventures (FGV) Jerantut. 

Namun, tidaklah kedatangan Tuan Suhardi (berseluar jeans) dan Tuan Sazali (berbaju belang) itu ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh semata-mata mahu menghadiahi nangka tersebut. Kedua-dua mereka melaksanakan amanah peri penting dalam bidang kerja R&D FGV Jerantut.


Tugasan mereka lebih memfokus kepada penempatan koleksi pokok-pokok buah, tanaman nadir dan tumbuhan unik serta pelik. Kemudian melaksanakan setiap perincian perancangan penyantunan terhadap koleksi alam tersebut.

Unit mereka mengambil keputusan membuat pemilikan 5 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 5 Pokok Kurma Madu, 5 Pokok Kurma Shafawi dan 5 Pokok Mariami. Menambah rasa deretan koleksi hijau di FGV Jerantut.




Terima kasih dan tahniah FGV Jerantut atas pemilikan tersebut. Moga Pepohon Tamar itu dapat mempertingkatkan lagi daya kaji unit R&D. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Waris-waris cilik saling memaklumkan yang sang nangka tu kelihatan seperti rakan sebaya deme, sebab beso bebeno.

Syok Berhujan


Babak detik-detik perlaksanaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 17 Oktober 2015 lalu.

Untuk rekod, ianya merupakan sejarah pertama kali kami melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dalam situasi hujan. Boleh tahan lebat pula tu. 😄

31 Pepohon Tamar daripada spesis Ajwah dan Madu, yang diwakafkan oleh para Dermawan Wakaf melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Butiran lanjut ada di http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/laman-kurma-msas.html


Syful Tamar (ST)
🌴 POKOK KURMA 'Made In Malaysia' 🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Syok wooo, berhujan dengan waris-waris cilik. 👍🏻😃
 — feeling Syukur atMasjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Monday, October 26, 2015

Rutin 'Exercise' Wak Biki


Siapalah yang tak teruja kan, bilamana melihat Pokok Kurma milik bapa di kampung halaman membesar sihat dan segar bugar. 👍🏻🌴😃
Begitulah perkongsian rasa oleh Cik Siti Normasitah atas perkembangan Pepohon Tamar yang dipantau sepenuhnya oleh bapa beliau yang mesra disapa Wak Biki di Kampung Raja, Bukit Kepong, Muar. 😃
Bukan sepasang, bukan 10 dan bukan juga 30, tetapi 60 Pokok Kurma pelbagai spesis pemilikan Wak Biki sekeluarga..! 🌴x6⃣0⃣
Peristiwa pemilikan bersejarah itu boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/…/misi-ipoh-bukit-kepong-jb-p….
Wak Biki melestarikan perlanskapan di sekitar kediaman dan penanaman berkelompok di tanah kebun beliau. 👍🏻🏠🌴
Dan apa yang menariknya, menurut perkhabaran Cik Siti, Wak Biki tidak pernah 'miss' langsung menyantuni Pepohon Tamar beliau saban hari di 2 lokasi penanaman itu sekiranya ada di rumah. Menjadi rutin 'exercise' utama buat Wak Biki yang berusia lewat 70an. 👍🏻💪🏻
Terbukti, minat mendalam Wak Biki 'membela' Pepohon Tamar mendepani anjakan usia beliau. 👍🏻😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Namun belum lagi mengeluarkan sebarang hasil. Perlu dikemaskinikan penyantunan dan dipertajamkan lagi 'skill' penyelenggaraan Pepohon Tamar itu melalui pautanhttp://syfultamar.blogspot.my/…/perunding-imej-kurma-anda.h…

Perunding Imej Kurma Anda


Pelajari teknik 'make over' Pokok Kurma anda daripada penderitaan imej yang tidak keruan..! 😫
Bangunkan semula paras rupa Pokok Kurma anda daripada serabut kepada cair menawan...! 😍
Tidak perlu anda bayar sebarang yuran pengajian...! 💰
Juga tidak perlu anda berkelana dari jauh untuk bertalaqi berdepan...! 📝
100% PERCUMA info nukilan...! Hanya pautan alam maya menjadi medan..!
Bukan sahaja dikurniakan imej dan rupa paras menawan, malah Pokok Kurma anda bakal menerima impak prestasi kesihatan yang kian meyakinkan...!
In Shaa Allah, Pokok Kurma anda sihat dan segar bugar, hingga mendorong peluang dan potensi untuk mengeluarkan hasil atas ikhtiar..!
Hanya ada 2 syarat bagi merealisasikan perihal tersebut, iaitu :
1. Dapatkan 100% PERCUMA tentang perkongsian Adab Khusus Penyelenggaraan Pokok Kurma pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/p/tips-dan-info.html
2. Tekuni dan laksanakan setiap perincian keseluruhan info PERCUMA dalam deretan topik pada pautan itu secara berkala serta istiqomah
Pastikan anda penuhi kedua-dua syarat tersebut..!
Dan apa yang menariknya, perkongsian info 100% PERCUMA itu juga sangat ideal dan praktikal untuk dipraktiskan kepada tanaman anda yang lain..!
Praktiskan secara total atau sesuaikan mengikut situasi..!
Selamat mencuba, selamat beramal dan selamat beristiqomah..! 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Paparan kedua-dua gambar kiriman Tuan Haji Zemie dari Kuala Terengganu, sebelum dan selepas 'make over' Pokok Kurma milik beliau, setelah mempraktiskan perkongsian PERCUMA yang kami titipkan. Esok sat-sat kami kupas secara terperinci pengalaman beliau - kes yang menarik, istimewa dan 'rare'. 👍🏻😃🌴 Sekarang ni, rilek-rilek santai jap..

Kurma Lawrence-Marcus


25 Oktober 2015 - Selesai memuat masuk item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' menjelang Maghrib ke dalam kenderaan tetamu jauh dari selatan tanahair.

Tuan Lawrence yang ditemani sahabat beliau, Tuan Marcus, kedua-duanya dari Johor Baharu, tiba Nurseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh selepas Asar. Gigih dan tabah kedua-dua sahabat ini mencari sehingga terlepas 2 laluan menuju ke lokasi.

Tuan Lawrence punyai 3 sebab bersusah payah mendatangi kami.

Pertama, Tuan Lawrence mahu menambah koleksi pokok-pokok eksotik dan unik beliau. Beliau telah sedia punyai pokok epal, anggur, limau jumbo dan pelbagai lagi tumbuhan serta tanaman yang 'rare'.

Kedua, sebahagian item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang terdiri daripada 4 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 2 Pokok Kurma Madu, 2 Pokok Delima Jumbo, 2 Pokok Pisang Kaki dan 1 Pokok Durian Belanda, akan diserahkan kepada keluarga angkat Tuan Lawrence. Beliau membesar sejak kecil dengan keluarga Melayu di kampung beliau di Segamat.

Ketiga, Tuan Lawrence mahu berjumpa bertentang mata dan berbicara dengan kami sendiri. Selama ini beliau hanya mengenali kami di Youtube dan FB serta perbualan telefon. Jadi, beliau dan Tuan Marcus sepakat bertemu kami sekeluarga di Nurseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

3 faktor inilah yang menjadi tekad mereka berdua mengambil langkah inisiatif ini, biarpun keletihan menempuh perjalanan yang panjang.

Sebagai seorang berketurunan Cina dan bukan Muslim, Tuan Lawrence serta Tuan Marcus bukanlah individu selain Melayu dan bukan Islam yang pertama memiliki item POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Ianya dirintis terlebih dahulu oleh :

1. Puan Teratai Bah Arom
Pautan Rujukan http://syfultamar.blogspot.my/2015/02/oh-teratai-kurma-indah.html

2. Tuan Siva Manna
Pautan Rujukan http://syfultamar.blogspot.my/2015/06/kurma-siva-manna.html

Terbukti kini, seiring dengan slogan POKOK KURMA 'Made In Malaysia', Pokok Kurma semaian kami adalah tertakluk pemilikannya kepada seluruh warga Malaysia tanpa mengira susur galur kaum dan anutan agama. 👍🏻🌴🇲🇾

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Tuan Lawrence dan Tuan Marcus bermalam di Ipoh malam ini. Moga dikurniai tidur nyenyak bagi mengembalikan stamina pulang ke selatan esok. 💪🏻🚙💨
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Shafawi Buat Sahabat


24 Oktober 2015 - Misi penghantaran khas sepokok Kurma Shafawi ke Bandar DiRaja Perak.
Terima kasih dan tahniah YDP Perdasama Perak, Puan Sue Hashim dan Tuan Iman, pemilik Iman Ainman Enterprise. Kedua-dua mereka berhajat menghadiahi Pokok Kurma Shafawi itu kepada seorang sahabat di Seri Iskandar.
Moga hadiah tersebut tidak mampu melekangkan senyuman sahabat mereka dalam pertemuan kelak. 👍🏻🌴😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
📲 0195709334
ST : PERDASAMA Perak kini berkolaborasi dengan kami melalui program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK. Info lanjut perihal berkenaan berada dalam pautan http://syfultamar.blogspot.my/20…/…/sinar-gugusan-wakaf.html

Permohonan Rasmi Ngelejat Begambo


Ngelejat begambo dengan Kakju Superbest beberapa minggu sudah. 😄

Berhimpun hadir seminar mewakili Perdasama Perak di PKNP masa tu.

Selama ni, kenal suara Kakju je secara langsung dalam Perak.fm, berkongsi rasa saban minggu tentang kemanfaatan Kopi Superbest Power.

Kami pernah sentuh secebis info tentang Kopi Superbest Power dan Kakju sebelum ini pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.my/2015/01/komitmen-hang-kebun.html

Pada masa tu, tak pernah bersua. Dah dapat jumpa, dah kenal, tu yang terus buat permohonan rasmi ajak begambo. 😄

Syful Tamar (ST)
🌴 POKOK KURMA 'Made In Malaysia' 🌴
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

ST : Pemalu dan agak senyap orangnya. Sangat berbeza ketika petah berceloteh secara langsung di Perak.fm selama ni. Salah satu ciri-ciri orang berjaya - berkata-kata ketika perlu. 👍🏻😃
 — with Kakju Superbest at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Kurma Simpang


24 Oktober 2015 - Misi penghantaran khas 2 Pokok Kurma Madu ke Simpang, Taiping buat Tuan Ishak pada pagi ini.

Pertemuan singkat, hanya berkongsi info ringkas dan padat disebabkan Tuan Ishak dan kami masing-masing ada program lain pula selepas pertemuan. Tidak mengapa, bakal menyambung diskusi info ke WhatsApp pula. 📲😄

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334 📲

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Ishak atas pemilikan tersebut. 😃👍🏻🌴
 — feeling Syukur atShell Simpang.

Misi Kurma Changlun

22 Oktober 2015 - Selesai misi penghantaran 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) ke Stesen Bas Changlun melalui penghantaran bas ekspres Kesatuan (WB 5899 G) yang 'dikemudi' oleh jejaka berjersi rugbi pasukan Argentina, Tuan Hanif. 🌴🚌💨
'Pendaratan' Pepohon Tamar tersebut akan 'disambut' oleh pemiliknya, Tuan Dzul Musa bila tiba di Changlun kira-kira jam 1.15 petang nanti.
Tahniah dan terima kasih Tuan Dzul Musa atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Ta ta Pepohon Ajwah. 👋🏻🌴 Moga kalian kian sihat dan segar bugar berganda-ganda dalam 'dakapan' Tuan Dzul Musa kelak. 😊

Kurma Ekspress ke Reko

21 Oktober 2015 - Bas ekspres Sri Maju dengan nombor pendaftaran AKA 2638 sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kajang. Ruang muatan bas tersebut terselit sekotak item penghantaran POKOK KURMA 'Made In Malaysia' - 1 Pokok Kurma Shafawi, 1 Pokok Kurma Mariami dan 1 Pokok Kurma Madu. 🌴🚌💨
Ketiga-tiga Pokok Kurma tersebut adalah milik Tuan Sharifuddin Sulaiman, yang akan 'menyambut kedatangan' Pepohon Tamar itu di Reko Sentral, Kajang.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
📲 0195709334
ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Sharifuddin atas pemilikan tersebut. Inilah julung kali pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' melalui penghantaran bas ekspres ke Kajang. 👍🏻😃🌴

Kurma Rai Pengetua


19 Oktober 2015 - Berkursus di Bandar Melaka sejak hari Sabtu. Petang bertolak pulang ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Jam 9.30 malam singgah di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh bagi pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah, 3 Pokok Kurma Madu dan 500 ml Supplimen Pokok Kurma.

Pemilikan oleh Tuan Mohd Rosli itu adalah mewakili sekolah beliau, SMKA Al-Irshad, Kepala Batas. Ianya sempena simbolik penghargaan tertinggi kepada kepada perkhidmatan Pengetua, Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Hamid yang bakal bersara pada 27 Oktober ini.

Moga Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma Nabi (Ajwah) oleh Tuan Haji Abdul Halim itu berjalan lancar kelak. Dan apa yang paling menarik, penanaman itu nanti merupakan Pokok Kurma pertama di bumi bertuah SMKA Al-Irshad. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Mohd Rosli serta keseluruhan warga SMKA Al-Irshad atas inisiatif tersebut. 👍🏻😃🌴
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Laman Kurma MSAS

17 Oktober 2013 - Hujan rahmat masih belum berhenti sejak selepas Subuh. Masa kian mengorak ke hadapan.

Kata putus diambil. Jam 10.00 pagi, tidak boleh ditangguh lagi. Kami mulakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma sambil menikmati taburan hujan yang masih 'steady' melebat.


Dibantu oleh para sukarelawan cilik yang melaksanakan tugas dengan sangat baik. Selesai tugas, mereka jadikan ruang becak di Laman Kurma (Fasa 1) Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh sebagai taman tema air dalam imaginasi mereka masing-masing.

Tidak terasa keletihan langsung tatkala melihat keletah waris-waris cilik ini. Tersangatlah suka mereka membantu menyelesaikan penanaman 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu, hasil sumbangan wakaf 15 individu pelbagai negeri dan 2 individu yang berada di luar negara.


Individu-individu inilah yang berkongsi rasa dan aspirasi, agar lebih banyak institusi masjid/surau, institusi pendidikan dan institusi kebajikan selaku Penerima Manfaat, dilestarikan perlanskapannya dengan tanaman Kurma.

Individu-individu inilah yang menginfaqkan sebahagian rezeki mereka kepada Penerima Manfaat melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Individu-individu inilah juga yang merealisasikan kewujudan Laman Kurma di MSAS ini. 


Terima kasih dan tahniah kepada Dermawan Wakaf sekalian. Moga inisiatif wakaf anda bukan sahaja menviralkan buakan manfaat di dunia, malah mendapat perkiraan sewajarnya dalam pertimbangan neraca amal di akhirat kelak. In Shaa Allah. 

Tahniah juga kepada pihak jawatankuasa dan khairiah MSAS sebagai Penerima Manfaat dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pada kali ini. In Shaa Allah, kewujudan Laman Kurma (Fasa 1) bakal menjadi salah satu daya tarikan MSAS. In Shaa Allah lebih ramai orang berjemaah di MSAS. In Shaa Allah juga Laman Kurma MSAS berpotensi kelak menjadi lokasi penggambaran fotografi pelbagai tema. 


Kami yang kerdil ini, cuma bertindak sebagai pemudahcara perlaksanaan wakaf tersebut. Menghubungkan rasa dan aspirasi para Pewakaf dengan Penerima Manfaat. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : In Shaa Allah, anda juga sebahagian daripada para Dermawan Wakaf dalam Laman Kurma Fasa 2 MSAS.

Santai Sebelum Berlaman Kurma


17 Oktober 2015Bersantai-santaian kami sejak pagi tadi di Bistro Mohamad di Taman Chempaka, bagi memberi laluan taburan lebat hujan rahmat.
Belum bermula lagi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Jalan Dairy, Ipoh. Hujan sejak selepas Subuh.
Bawa waris-waris cilik kami sekali pagi ini, untuk menekuni secara praktikal gerak kerja dan modus operandi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di MSAS.
Moga 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu hasil perlaksanaan wakaf oleh sekelompok dermawan wakaf seluruh negara, serta 2 orang individu yang berada di luar negara melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' Fasa Pertama di MSAS ini, turut menerima tempias rahmat dan barakah hujan kurniaan Dia.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Dibuka kini untuk anda untuk turut serta sebagai pewakaf dalam perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bagi Fasa Kedua di MSAS. Dipersilakan. smile emoticon

Tonik Sang Tamar Dua Lokasi


15 Oktober 2015 - Tuan Haji Abu dan isteri dari Seri Iskandar, singgah ziarah ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami pada sebelah petang.

Ini adalah kunjungan kali kedua oleh pasangan pesara kakitangan kerajaan ini. Kunjungan pertama adalah pada bulan lepas, namun kami tiada di lokasi pada masa tersebut.

Tahniah dan terima kasih Tuan Haji Abu dan isteri, tertunai sudah hajat pemilikan 6 liter Supplimen Pokok Kurma bagi Pepohon Tamar mereka di Seri Iskandar dan Gerik. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Apekebendenye Supplimen Pokok Kurma ni..? Che tengok, che tengok kat pautan http://syfultamar.blogspot.my/p/daya-khidmat-lain.html
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Saturday, October 24, 2015

Pokok Kurma Maal Hijrah


14 Oktober 2015 - Sejurus Zuhur 1 Muharram 1437 H, Nerseri Mini Pokok Kurma kami dikunjungi Tuan Salleh sekeluarga dari Seri Manjung.

Pegawai TNB yang berasal dari Yan ini, telah berkhidmat di Seri Manjung sejak 2001. Mula menyantuni perkongsian kami tentang Pepohon Tamar sejak 2013.

Kemuncak penyebab yang mendorong kunjungan Tuan Salleh adalah apabila terbaca artikel tentang kami di Utusan Malaysia. Artikel tersebut berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/07/utusan-malaysia-tamar-malaysia.html.

Dalam kunjungan itu, Tuan Salleh membawa pulang 2 Pokok Kurma Medjoul, 2 Pokok Kurma Madu dan 3 liter Supplimen Pokok Kurma yang dipilih secara diskusi bersama anak dan isteri beliau. 😃👍🏻🌴

Kami anggap, kunjungan dan pemilikan beliau itu adalah salah satu keraian yang munasabah untuk kami, atas pengesahan unit 'Bio Security' Jabatan Pertanian Negeri Perak sehari sebelum itu, yang merumuskan Pepohon Tamar di Nerseri Mini Pokok Kurma kami adalah sifar kumbang jalur merah dan bebas daripada sebarang penyakit.👍🏻😃🌴


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Salleh sekeluarga atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃
— feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.