Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, March 25, 2015

Srikandi GST


23 Mac 2015 - Inilah barisan Srikandi Geng Syful Tamar (GST) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak. Mereka merupakan Pewakaf Tegar dalam Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sejak 2013.

Antara Penerima Manfaat perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma oleh para Srikandi GST itu adalah Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Kolej Vokasional Leboh Cator (KVLC), Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) Klebang Putra dan Pusat Jagaan Seri Setia (Warga Tua Wanita).

Penghargaan daripada kami yang merupakan mug bertemakan Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kepada para Srikandi GST ini atas pewakafan PAKEJ DINAR oleh setiap orang daripada mereka.

Moga mug tersebut mendatangkan manfaat kepada para Srikandi GST SSM Perak, menampung bancuhan minuman kegemaran mereka tanpa bocor. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Definisi Geng Syful Tamar (GST) berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/03/kami-sayang-gst.html

Saturday, March 21, 2015

Kami Sayang GST


GST kami - Geng Syful Tamar, tidaklah berhubungkait dengan cukai kepenggunaan yang bakal tampil - Goods and Services Tax.

GST kami - Geng Syful Tamar tidak mampu sepenuhnya menambah nilai cukai kepenggunaan yang bakal tampil - Goods and Services Tax.

GST kami - Geng Syful Tamar tidak berupaya langsung menyusut nilai cukai kepenggunaan yang bakal tampil - Goods and Services Tax.

GST kami - Geng Syful Tamar, bukan bertujuan membina tribe secara khusus dan berkala.

GST kami - Geng Syful Tamar bertindak sebagai pemudahcara pemilikan Pepohon Tamar kepada Penerima Manfaat.

GST kami - Geng Syful Tamar merupakan platform pengiktirafan penghargaan kepada para Pewakaf yang menginfaqkan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bagi PAKEJ DINAR dan PAKEJ VIP kepada Penerima Manfaat.

GST kami - Geng Syful Tamar kami diraikan dengan perkongsian beberapa item cenderamata - mug untuk Pewakaf PAKEJ DINAR dan mug + baju T atau mug + Pokok Kurma Madu/Ajwah bagi Pewakaf PAKEJ VIP.

GST kami - Geng Syful Tamar punyai pencerahan tentang Perlaksanaan Pewakafan Pokok Kurma, Penerima Manfaat dan Pakej Pewakafan pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Anda juga GST..? smile emoticon

Monday, March 16, 2015

Kurma Sekinchan


14 Mac 2015 - Tempat duduk penumpang belakang pacuan 4 roda milik Tuan Zaidi Muzaidi Khalil, 'diduduki' Pepohon Ajwah dan Supplimen BIO ORGANIK.

Perihal tersebut berlaku disebabkan oleh misi penghantaran khas POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ke kediaman beliau di Taman Ria, Sekinchan.

Syukur, kami dikurniai keselamatan dan kesejahteraan sepanjang bermusafir bagi melunaskan hajat pemilikan beliau itu.

Terima kasih dan tahniah Tuan Zaidi sekeluarga atas pemilikan 10 Pokok Kurma Ajwah serta 500ml Supplimen BIO-ORGANIK. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dalam perjalanan balik, singgah beli pisang tanduk di gerai tepi jalan dan bersantaian di medan selera Cendol Durian Borhan. Sedaaaappp... Sluurrppp..!! wink emoticon
 — at Taman Ria Sekinchan.

Artikel Sinar : Kurma Izzuddin


10 Pokok Kurma Ajwah keluaran Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh menjadi pemudahcara penanaman Kurma yang dilaksanakan oleh pihak Semanis Kurma Biodiversity Resources di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Simbolik penanaman pada 2 Mac 2015 itu dijadikan artikel Sinar Harian pada 5 Mac 2015. Kami hadir diwakili oleh pengasas, Mohd Syful Rizan Bin Abd Manap (kanan sekali bertopi). smile emoticon

Walaubagaimanapun, terdapat satu fakta yang tidak tepat dalam garapan artikel tersebut yang mengiktiraf Sekolah Izzuddin Shah sebagai sekolah agama pertama melaksanakan penanaman Kurma.

Sekolah agama pertama yang menjadi perintis penanaman Kurma di Perak adalah SMKA Kerian. Info lanjut ada pada pautan berikut :

1. http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/sinar-harian-15-oktober-2014.html

2. http://syfultamar.blogspot.com/2014/10/nasional-5-rtm1-pokok-kurma-ke-99-smka.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih atas keperihatinan Tuan Joadha Omar dan Cik Puteri Lelabayu atas kiriman gambar keratan akhbar ini. smile emoticon

Sunday, March 15, 2015

15 Ajwah Kluang


13 Mac 2015 – Keberkesanan lambaian Tuan Saharul di Hospital Taiping telah merealisasikan hajat pasangan pengasas empayar Baja Sentap Anim, menjadi pemudahcara kepada pemilikan Pepohon Tamar untuk para sahabat mereka. Rangkuman peristiwa lambaian tersebut boleh dirujuk pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/ajwah-senior-naik-lori.html.
Moga pemilikan 15 Pokok Kurma Ajwah untuk para sahabat Puan Anim Abu dan Tuan Rahim Ab Rahman itu menerbitkan lagi rasa cinta yang mendalam mereka terhadap pokok serta tumbuhan yang bertindak sebagai agen tunggal pembekal oksigen di bumi tua kita ini. Tambahan pula pemilikan Pokok Kurma yang merupakan salah satu penghias syurga, malah buahnya juga adalah salah satu makanan ruji para penghuninya kelak. smile emoticon

ST : Pasti gembira dan ceria para sahabat pemilik di Kluang, Johor kan..? Tahniah..! smile emoticon

7 Ajwah 'Make Over'


Pelbagai spesis semut, lipas tanah, cacing, lipan dan beberapa spesis serangga yang tak dapat dikenalpasti ‘menginap percuma’ di tujuh perdu serta rimbunan Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Apa yang sedikit ‘saspen’, rimbunan dan perdu Kurma Ajwah terakhir turut dihuni sepasang ular hitam kecil..!


Walaubagaimanapun, kami bersyukur, Adab Penyelenggaran Khusus Pokok Kurma di masjid itu dirahmati Allah dengan kurniaan keselamatan dan kesejahteraan sehingga selesai perlaksanaannya yang bermula pada pagi 10 Mac 2015 hingga berakhir pada tengahari 11 Mac 2015.


Bagi sesiapa yang pernah meninjau Pepohon Ajwah di masjid itu sebelum ini, pasti dapat melihat perbezaan paras rupa Pepohon Ajwah tersebut. Ia jelas ketara pada bahagian perdu dan rimbunan, terutamanya ‘lokasi’ pengeluaran hasil bunga serta buahnya.


Memang sedikit sukar ‘make over’ Pepohon Ajwah di situ. 20 tahun tanpa penjagaan, pembajaan dan penyelenggaraan khusus serta berkala. Ini kerana pihak pengurusan masjid tiada pengetahuan dan kepakaran dalam lapagan perlaksanaan tersebut.


Kepada pemilik Pokok Kurma, kami sangat syor kepada anda, agar tekuni, fahami dan praktikkan tip serta info Penjagaan dan Pembajaan Pokok Kurma secara khusus dan berkala pada pautan berikut :
Perkongsian 100% PERCUMA kami nukilkan, bakal membantu dengan pencerahan jitu dalam membaik pulih dan mengekalkan kesuburan Pokok Kurma anda. Juga sangat praktikal tip dan info tersebut untuk diaplikasi kepada pokok serta tanaman anda yang lain. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Moh petik mamam Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah.  :-)

Friday, March 13, 2015

Wakaf 2 Lokasi


2 hari berturut-turut, kami diruangi kurniaan-Nya, menjadi pemudahcara dalam pemilikan 2 Penerima Manfaat bagi perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma kendalian kami – Projek Wakaf POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’.

8 Mac 2015 – Perlaksanaan pewakafan 6 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO-ORGANIK oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada Pondok Al-Jaaffar, Gopeng. Diserahkan sendiri oleh pihak SSM melalui “Program Kemasyarakatan Masih Ada Yang Sayang” sempena Minggu Induksi Pekerja SSM.
Program ini merupakan salah satu wadah tanggungjawab sosial korporat SSM terhadap pondok tahfiz tersebut. Para fasilitator dan peserta induksi serta warga kerja SSM Perak berganding bahu bergotong-royong membina item kemudahan yang baru dan membaik pulih persekitaran yang agak daif di situ.

9 Mac 2015 – Pengarah PJ Baitul Mahabbah Knerang, Puan Nur Sakinah Rahmanuddin (busana hitam) singgah ziarah dan ambil sendiri 1 Pokok Kurma Ajwah dan 4 Pokok Kurma Madu di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh setelah selesai urusan di Kuala Lumpur.
Pewakafan 5 Pokok Kurma tersebut dilaksanakan oleh individu-individu dermawan dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Klang. Puan Sakinah juga berkenan dalam pemilikan 500ml Supplimen BIO-ORGANIK sebagai tonik dan antibiotik Pepohon Tamar wakaf tersebut di pusat jagaan anak-anak yatim kelolaan beliau di Kuala Nerang itu.
Moga kesemua 11 Pokok Kurma wakaf tersebut kekal menjadi tanda keperihatinan para pewakaf kepada 2 Penerima Manfaat itu disamping menambah nilai gaya lanskap bercirikan Islamik di kedua-dua lokasi yang penuh barakah tersebut.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Anda juga turut serta kepingin menjadi Pewakaf..? Sila santuni butiran lanjut pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html

Thursday, March 12, 2015

Ajwah Senior Naik Lori


12 Mac 2015 - Jelas kelihatan dari sayup kejauhan, lori 3 tan berkepala putih yang menanti. Sangat mudah dikesan dengan terteranya logo Baja Sentap Animsmile emoticon

Melambai-lambai pemandunya, Tuan Shahrul apabila kelibat kami dikenalpasti.

Pertemuan singkat dan serba pantas. Terbatas kepada bersalaman, bertanya khabar dan berkenalan peringkat asasi. Tiada kesempatan bergambar mesra, sebab kenderaan kami masing-masing sedang 'makan' satu lorong jalan di Hospital Taiping ini. 'Babak' pemindahan stok perlu disegerakan pagi tadi.

Gambar 'pemuda-pemudi' Ajwah dalam pos ini hanya hiasan, sekadar pengganti peristiwa pemindahan 15 Ajwah senior ke lori milik AgroExt SuperBio (Baja Biorganik) tersebut.

Maklumi Tuan Shahrul, "Berkali-kali Kak Anim pesan sejak semalam hingga pagi tadi. Ingat, jangan lupa ambil pokok. Excited betul Kak Anim."

Kami faham keterujaan itu, sebab Puan Anim Abubertindak selaku pemudahcara hajat pemilikan para sahabat beliau. Ini jelas berdasarkan kiriman sms beliau yang bernukil, "Moga dipermudahkan urusan memenuhi hajat kawan-kawan dan bertambah rezeki ummah." smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya! Apa khabar gamaknya Pokok Kurma milik Puan Anim dan suami, Tuan Rahim Ab Rahmandi Johor tu..? 'Konfem' subur dan segar bugar punyalah atas seliaan 2 Jutawan Baja Organik ni..wink emoticon
 — with Ummi Diera at Hospital Taiping, Perak

Intiman Halus Berawakan


4 betina, 2 jantan dan 1 satu lagi tidak diketahui kerana masih belum berbunga. Inilah pecahan jantina 7 Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.

4 Pokok Ajwah betina di sini memang telah sedia maklum oleh pihak pengurusan masjid dan kami akan jantinanya kerana mampu berbuah. Namun, 2 Pokok Ajwah jantan berjaya dikenalpasti semasa perlaksanaan Adab Penyelenggaraan Khusus Pokok Kurma secara menyeluruh yang bermula pada pagi 10 Mac 2015 dan berakhir pada tengahari 11 Mac 2015.

Betina - 2 masih aktif berbunga, berputik dan berbuah. 1 sedang berbuah, namun sudah berhenti berbunga. 1 lagi telah habis berbuah, tinggal tangkai yang mengering sahaja.

Jantan - 1 telah mengering bunganya, luput sepenuhnya kefungsian pendebungaan. 1 lagi punyai 2 mayang bunga mekar yang hampir tamat tempoh perkhidmatannya.

Secara jujur, kami sangat teruja dengan penemuan bunga jantan tersebut. Sebelum ini, ikhtiar kami bagi mendapatkan bunga jantan daripada para pemilik Pokok Kurma jantan, tidak kesampaian. Barangkali pokok jantan para pemilik sudah habis berbunga. Atau juga masih belum berbunga, walaupun Pokok Kurma itu kini sebaya dengan anak dewasa pemiliknya.

Setelah selesai 'make over and grooming' Pepohon Tamar masjid, kami melaksanakan pula Adab Pendebungaan Khusus Pokok Kurma. Rasa teruja kami bertambah beberapa ratus peratus tatkala jelas kelihatan debu-debu halus bunga jantan berterbangan berawakan tatkala ditepuk-tepuk manja kepada jambakan bunga betina.

Hebat aturan Dia, membuka pintu hati dan kotak minda pihak pengurusan Masjid Muhibbuddin Shah untuk aplikasi kepakaran kami bagi menyantuni Pepohon Tamar di situ. Rupa-rupanya mahu menganugerahkan situasi yang tidak terjangka ini.

Moga Pepohon Ajwah betina yang telah diintimi oleh bunga jantan itu bakal juga dianugerahi buakan hasil yang juga tidak terjangka. Kami hanya ikhtiar sedaya mampu. Allah juga Maha Penentu.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagaimana mahu membantu Pokok Kurma anda berbunga..? Bagaimana pula kaedah pendebungaannya..? Sila klik pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html, tekuni tajuk 1. 'MAKE OVER' POKOK KURMA dan 2. POKOK KURMA JANTAN DAN BETINA.
 — at Masjid Muhibbuddin Shah.

Kahwini Daku


11 Mac 2015 - Sedang mengahwinkan beberapa Pohon Ajwah betina di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dengan bunga Kurma jantan.

Bagaimana kami memperoleh bunga jantan ini, sedangkan kami memohon kerjasama anda sebelum ini untuk memaklumi kami jika anda memilikinya atau mengetahui sesiapa yang memilikinya..?

Sat-sat nanti kami cerita ya.. Nak selesaikan Adab Penyelenggaraan 7 Pokok Kurma Ajwah di masjid ini yang mana perlaksanaan 'make over'nya bermula pagi semalam.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kompangku mana, kompangku..? wink emoticon
 — atMasjid Muhibbuddin Shah.

4/7 Kurma


10 Mac 2015 - Adab Khusus Penyelenggaraan 7 Pokok Kurma Ajwah 'otai' di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh, bersambung esok.

Manakan tidak 'otai', masing-masing telah berusia lebih 20 tahun. Selama tempoh itu jugalah tidak pernah disantuni secara khusus dan berkala. wink emoticon

4 sudah disempurnakan. Berbaki lagi 3. In Shaa Allah esok selesai sepenuhnya.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid kerana memberi keizinanan kepada kami menggantung sepanduk kepakaran kami buat tatapan umum. Anda tinjau-tinjaulah ya di pagar masjid tersebut. wink emoticon
 — at Masjid Muhibbuddin Shah

'Make Over' Sepenuhnya


9 Mac 2015 - Situasi terkini salah satu Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Ada 4 fasa pembuahan dalam rimbunannya.
Fasa 1 : Sedang berbunga lebat. Kelompok kecil di tengah rimbun, dilindungi pelepah. Tapi sayang, tiada bunga dari pokok jantan untuk didebungakan. Ada sesiapa punyai Pohon Tamar jantan yang berbunga..? Jika ada, hubungi kami 019-5709334, samada panggilan terus atau WhatsApp.
Fasa 2 : Putikan buah sedang 'menggila'. Tanpa pendebungaan bunga jantan, Pohon Ajwah ini mampu berbuah sendiri. Banyak terdapat di bahagian atas kedudukan kelompok bunga.
Fasa 3 : Buah muda 'anggun' menghijau. Inilah hasil tanpa 'intiman' bunga jantan - buah kecil. Banyak kelihatan di sebelah kiri rimbunan.
Fasa 4 : Buah menanti ranum. Namun banyak yang gugur dari tangkai dan ada juga yang 'mengerekot legam dimamah kulat', tidak sempat ranum. Jelas kelihatan di bahagian kanan rimbunan.
Situasi sedemikian telah 'menghantui' 7 Pokok Kurma Ajwah yang berusia lebih 20 tahun di masjid bersebelahan hospital itu sejak mula berbunga dan berbuah pada penghujung 2012.
Disebabkan itulah, Imam Besar, Ustaz Syed Muzaffar menjemput kami berdiskusi selepas Zohor tadi. Kami hanya mengesyorkan info dan input daripada sudut pandangan kepakaran kami dalam penyantunan Pepohon Tamar sejak 2008. Tiada sebarang janji atau apa-apa jaminan. Cuma penanda aras ikhtiar yang In Shaa Allah bakal memberi kesan.
Di akhir diskusi, persetujuan dicapai. Penyelenggaraan menyeluruh ketujuh-tujuh Pokok Ajwah ini akan bermula esok pagi. Tarikh berakhir perlaksanaannya tidak dapat ditentukan. Ini kerana setiap pokok walaupun punyai situasi yang hampir sama, namun berbeza-beza tahap permasalahannya.
Moga Allah memperkenan keseluruhan urusan kami ini dengan pengurniaan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perlaksanaan.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Penyelenggaraan Pokok Kurma merupakan sebahagian daripada senarai daya khidmat selain kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma, seperti yang tertera pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

Sunday, March 8, 2015

Artikel Pertama Akhbar SYFUL TAMAR


Pada tarikh 5 Mac 2015 tempoh hari, genap 2 tahun artikel pertama tentang kami dalam akhbar. smile emoticon
Artikel nukilan wartawan Aidi Emizul Rasidi, terpampang dalam sisipan Agro, Harian Metro pada 5 Mac 2013.
Jika berkesempatan, anda boleh tekuni artikel berkenaan pada pautan berikut :
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ralat tentang beberapa fakta dalam penyiaran artikel itu. Kami sentuh perihal tersebut pada pautan ini :
Syukur ke hadrat Allah, atas kurniaan kepelbagaian rasa dan emosi tatkala kali pertama diberi peluang berkongsi kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma kepada rakyat Malaysia melalui media. Pada hari penyiaran artikel, kami sendiri pun tidak tahu tentang perihal tersebut sehinggalah dimaklumi para sahabat dan kenalan. smile emoticon
Terima kasih pihak Harian Metro terhadap keperihatinan yang diberi, sekaligus menjadi batu loncatan dan membuka ruang kepada akhbar lain mendekati kami. Sehingga Januari 2015, liputan akhbar tentang kepakaran kami samada secara langsung mahupun secara berhubung kait, telah mencapai sebanyak 10 penyiaran artikel. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Senarai penyantunan tentang kepakaran kami oleh media akhbar, radio dan televisyen, ada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html

Saturday, March 7, 2015

Kurma Setapak


Secara rasminya, memperkenalkan wakil kami di Setapak, Kuala Lumpur, Tuan Alif Aizat Bin Hamidi. Taraaaa..! wink emoticon

Tidak lain dan tidak bukan, lantikan rasmi beliau ini adalah semata-mata menjadi pemudahcara dan perantara bagi pemilikan Pepohon Tamar serta Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan nutrien sunnah untuk tanaman Kurma, khusus bagi anda yang bermastautin dan bermukim di sekitar Lembah Klang.

Anda yang kebetulan berada di Lembah Klang bagi sebarang tujuan juga boleh berurusan dengan beliau bagi melunaskan hajat dalam pemilikanPOKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO ORGANIK tersebut.

Tuan Alif Aizat boleh dihubungi melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0192498323. In Shaa Allah, kami boleh membantu anda, selagi stok beliau selaku wakil Setapak masih ada.

Syful Tamar. (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moga ikhtiar kudus kami ini, bagi melestarikan perlanskapan warga Lembah Klang dengan Pepohon Tamar, sentiasa mendapat perkenan dan rahmat Dia.
 — with Ummi DieraSuhaila Ella andNikz Dya at Kem Wardieburn.

Kurma Lulu


Sangat cetek paras bawah buku lali pengetahuan kami tentang spesis kurma. Inilah pertama kali kami dengari tentang Kurma Lulu..!

Tertarik dengan namanya yang komersial, kami bertanyakan beberapa perkara tentang Kurma Lulu ini kepada Cik Adik yang bertugas di kaunter.

Kemudian kami dipelawa uji rasa. Mmm.. sedap. Saiznya sama seperti Ajwah, namun rupanya kelihatan kekeringan, berbanding Ajwah yang sentiasa kelihatan 'fresh dan segak', seolah-olah memangil-manggil sedia dimamam. wink emoticon

Menurut cik adik kaunter, Kurma Lulu ini berasal dari Madinah, sama seperti Ajwah. Ohhh.. Iye..?

Menarik ni untuk selidiki tentang kesahihan fakta tersebut. Tugasan baru untuk ditekuni. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya! Jemput mengurma ye para sahabat... wink emoticon
— at Taman Klebang Putra.

Kurma Muhibbah


5 Mac 2015 - Berpagian di Kampung Muhibbah, Sg Siput (U), di kediaman Tuan Haji Ramli Awang, Ahli Majlis Masyarakat Sivil Aman Jaya.

Kami dijemput bagi menyempurnakan misi penanaman Pokok Kurma Madu berhampiran pagar belakang rumah beliau disamping pemilikan 500ml Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan 5 nutrien sunnah.

Tahniah dan terima kasih Tuan Haji Ramli atas pemilikan tersebut yang turut dirai jiran tetangga dan sahabat taulan. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur dan terasa kerdil sangat tatkala direncana oleh Dia menjadi pemudahcara pemilikan Pokok Kurma bagi ramai orang sejak 2008.
 — feeling blissful at Kg. Tersusun, Sg. Siput (U).

Kurma Gerbang Malam


4 Mac 2015 - Kunjungan petang oleh seorang usahawan Gerbang Malam, Ipoh, Tuan Alan dari Taman Anda, Bercham bersama bapa beliau, Tuan Haji Zakaria dari Seri Klebang, ke kediaman kami di Taman Klebang Putra.

Hampir 40 minit kami berkongsi pelbagai genre dan versi cerita serta input dalam pertemuan santai tersebut.

Pada akhir pertemuan, anak beranak ini membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 3 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.

Tahniah Tuan Alan dan Tuan Haji Zakaria atas pemilikan tersebut. Terima kasih sudi mendengar dan berkongsi kisah serta info. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Esok penanaman di Sungai Siput (U) pula. Moh le..! smile emoticon
 — at Taman Klebang Putra.

Ghani Lanskap


3 Mac 2015 - Pemilikan 3 Pokok Kurma Madu oleh Pengurus Projek dan Pemasaran KAMAL LANDSCAPE & TRADING, Tuan Abdul Ghani Yahaya pada sebelah petang di Manjoi adalah untuk memenuhi permintaan perlanskapan pelanggan beliau.

Tahniah Tuan Abdul Ghani, tahniah juga pelanggan yang menanti. Kami hanya menjadi pemudahcara bagi urusan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tautan kerjasama seumpamanya sebelum ini adalah dengan SEMANIS KURMA BIODIVERSITY RESOURCES. smile emoticon
 — at MYDIN Mall Manjoi, Ipoh, Perak.

Tuesday, March 3, 2015

Selamat Jalan RomeJo


3 Mac 2015 - Misi penghantaran 6 Pokok Kurma Madu dan 3 botol Supplimen BIO ORGANIK 500ml ke Felda Residence Trolak bakal dilaksanakan pada petang ini oleh Tuan Joadhha Omar.

Menyampaikan amanah kepada sekalian fasilitator dan peserta induksi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi program penanaman amal pada minggu ini di Gopeng.

In Shaa Allah, perjalanan Tuan Joadha bersama Pengarah Negeri SSM Perak ke Trolak pada petang ini dikurniai rahmat dan keselamatan semasa pergi serta pulang kelak. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini adalah tautan kerjasama kedua kami dengan SSM dalam konteks tanggungjawab korporat SSM selepas program "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah" pada Disember 2014.
 — with Norihan Eliasand Mohd Zawawi Ahmad at SSM IPOH,PERAK.

Tin dan Kurma Izzuddin Shah

2 Mac 2015 - "Pelancaran dan Perasmian Program Penanaman Pokok Tin dan Pokok Kurma" di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh pada tengahari tadi.


Perintisan penanaman sebanyak 10 Pokok Tin dan 10 Pokok Kurma Ajwah.


Disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Hj. Mohd Mohd Yusop Bin Hj. Husin.


Diraikan oleh para guru dan murid serta warga sekolah.


Disantuni oleh delegasi Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.


Perlaksanaan penanaman ini diketuai oleh SEMANIS KURMA BIODIVERSITY RESOURCES dan dibantu oleh KAZEN EQUIPMENT. Kami pula hanya bertindak sebagai pemudahcara pemilikan Pepohon Ajwah sahaja. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Kolaborasi inovasi. wink emoticon

Monday, March 2, 2015

Bonsai Tamar Pengantin


28 Februari 2015 - Pengantin yang bernamaMuhammad Haznul ini ditauliahkan status suami pada 27 Februari 2015 di Masjid Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh.

Empunya empayar bisnes ayam panggang di Batu Gajah yang berusia awal 20an ini, hebat orangnya.

Sangat mengambil berat akan situasi orang disekeliling beliau. Membantu dengan jaya sebarang aktiviti bisnes dan kemasyarakatan yang dilaksanakan rakan-rakan.

Aktif dengan program amal NGO. Dan terbaru sebelum pernikahan, beliau sempat mengetuai misi bantuan kemanusiaan pasca banjir di bumi Kelantan bersama delegasi Perdasama Perak.

Atas dasar itu, kami telah sebulat suara menghadiahi Bonsai Tamar untuk beliau dan isteri sempena perkahwinan mereka itu.

Tidak dapat diserahkan semasa hari kenduri, kerana Bonsai Tamar itu tidak sempat didekorkan.

Kepada Tuan Haznul, sila buat tuntuan Bonsai Tamar berkenaan dalam perjumpaan kita pada akan datang. Tarikh tutup tuntutan adalah pada penghujung Mac 2015. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagaimana mendekori pokok berpasu anda..? Kami kongsikan secara PERCUMA pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/dalam-dunia-global-kini-tiada-lagi.html
 — with Ummi Diera atKampung Tersusun Seri Rahmat.

Lenggong Kelima


27 Februari 2015 - Sekeluarga dari Lenggong yang diketuai oleh Tuan Syed Alwi (berkopiah) berkunjung ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Beliau yang merupakan pakar dalam bidang penghasilan adunan baja, membawa pulang 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Shafawi dan 1 Pokok Kurma Mariami.

Tahniah dan terima kasih Tuan Syed Alwi sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut.smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini merupakan pemilikan warga Lenggong yang kelima sejak 2008. smile emoticon