Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, March 13, 2015

Wakaf 2 Lokasi


2 hari berturut-turut, kami diruangi kurniaan-Nya, menjadi pemudahcara dalam pemilikan 2 Penerima Manfaat bagi perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma kendalian kami – Projek Wakaf POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’.

8 Mac 2015 – Perlaksanaan pewakafan 6 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO-ORGANIK oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada Pondok Al-Jaaffar, Gopeng. Diserahkan sendiri oleh pihak SSM melalui “Program Kemasyarakatan Masih Ada Yang Sayang” sempena Minggu Induksi Pekerja SSM.
Program ini merupakan salah satu wadah tanggungjawab sosial korporat SSM terhadap pondok tahfiz tersebut. Para fasilitator dan peserta induksi serta warga kerja SSM Perak berganding bahu bergotong-royong membina item kemudahan yang baru dan membaik pulih persekitaran yang agak daif di situ.

9 Mac 2015 – Pengarah PJ Baitul Mahabbah Knerang, Puan Nur Sakinah Rahmanuddin (busana hitam) singgah ziarah dan ambil sendiri 1 Pokok Kurma Ajwah dan 4 Pokok Kurma Madu di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh setelah selesai urusan di Kuala Lumpur.
Pewakafan 5 Pokok Kurma tersebut dilaksanakan oleh individu-individu dermawan dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Klang. Puan Sakinah juga berkenan dalam pemilikan 500ml Supplimen BIO-ORGANIK sebagai tonik dan antibiotik Pepohon Tamar wakaf tersebut di pusat jagaan anak-anak yatim kelolaan beliau di Kuala Nerang itu.
Moga kesemua 11 Pokok Kurma wakaf tersebut kekal menjadi tanda keperihatinan para pewakaf kepada 2 Penerima Manfaat itu disamping menambah nilai gaya lanskap bercirikan Islamik di kedua-dua lokasi yang penuh barakah tersebut.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Anda juga turut serta kepingin menjadi Pewakaf..? Sila santuni butiran lanjut pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html

No comments: