Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, September 24, 2014

Bawa Pulang Pokok Kurma ke KL


22 September 2014 - Kira-kira sejam selepas kunjungan Tuan Haji Hussein (pautan rujukan : http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/meet-uncle-hussein-again.html), kami dihubungi pula oleh Tuan Bakher, yang dalam perjalanan dari kampung halaman di Kedah menuju pulang ke KL.

Beliau tiba sejurus selepas itu bersama isteri, Puan Salmah (tengah) dan kakak beliau, Puan Bashah di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Terima kasih Tuan Bakher sekeluarga atas kunjungan dalam bahang panas tengahari dan tahniah atas pemilikan 4 Pokok Kurma Madu yang dibawa pulang ke KL. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Orang Kedah lagi naaa... 

Udoh Miliki, Baru Tahu :-)


19 September 2014 - Hanya dengar khabar kefungsian dan manfaatnya melalui kenalan serta rakan pejabat, Cik Puteri Lelabayu terus pinjam bawa pulang Supplimen BIO ORGANIK untuk ditunjuk kepada ibu beliau.

Pinjaman itu menjadi pemilikan kekal setelah ibu beliau juga turut teruja untuk menambah nilai kesuburan pokok dan tanaman dengan Supplimen BIO ORGANIK di sekitar rumah mereka di RPT Batu 5 Tambahan, Kampung Kepayang. 

Namun apa yang menariknya, selepas 3 hari, barulah beliau tahu yang kandungan Supplimen BIO ORGANIK adalah 100% terdiri daripada 5 nutrien sunnah..! Bagaimanalah pula kadar keterujaan mereka sekeluarga atas makluman info tersebut ya. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pencerahan lanjut tentang Supplimen BIO ORGANIK berada di pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

Tuesday, September 23, 2014

3 Kaki 2 Buah


Ini pokok mempelam di halaman tepi romah kami. Spesis apa idok le diketahui, tanam dan jaga je. 

Dihadiahi pada tahun lepas oleh Mak kami, Puan Noor Zaliha, pakar 'pembinaan' BISKUT SARANG SEMUT BERSEPAH - Zano Kreatif




Ketinggian pokok HANYA 3 kaki, berusia 1 tahun selepas dialih tanam dari beg poli. Dengan izin-Nya, kini berjuntaian 2 biji buah sulung pokok tersebut. Itupun kadar penjagaannya berstatus acuh tak acuh, sekadar semburkan Supplimen BIO ORGANIK sahaja secara berkala. Tak perlu tunggu 20 tahun untuk berbuah kan.. 



20 tahun baru berbuah..? Iya.. Ada tau.. Untuk pencerahan perihal berkenaan, sila klik pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/berbuah-selepas-20-tahun.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Silalah ke rumah jemput tengok. Jemput petik tak boleh, sebab nak kongsikan hasil buahnya dengan Mak. 

Meet Uncle Hussein Again..! :-)

Kunjungan kali kedua selepas 11 hari oleh Tuan Haji Hussein ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Kunjungan pertama berada di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/meet-uncle-hussein-mini-nursery-of.html

Tetapi kali ini merupakan kunjungan ekspres, yang mana Tuan Haji dalam keadaan tergesa-gesa memuat masuk 1 Pokok Mariami dan 2 Pokok Madu ke pacuan 4 roda beliau.

Bergegas pantas sebab nak jumpa orang penting kata beliau. Patut le segak bergaya. 

Hanya sempat bertanye kabo, idok sempat possing begambo. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kagum sebenarnya dengan tekad beliau, sudahlah dari Kedah kunjung tandang, sempat pula selit masa untuk pemilikan Pokok Kurma sebelum hadir ke perjumpaan penting. 

Sunday, September 21, 2014

Pokok Kurma Wak Biki


Inilah antara gambar yang kami sangat nantikan. Dari Bukit Kepong datangnya, kiriman Cik Ct Normasitah, anakanda kepada Tuan Haji Amat Sabiki. 

Manakan tidak ternanti-nanti, kerana pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' oleh Tuan Haji merupakan pemilikan yang tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1 ekar keluasan tanah; 60 pokok. 

Pautan berikut memberi pencerahan tentang tatacara penyerahan pemilikan tersebut pada April 2014 : http://syfultamar.blogspot.com/2014/04/misi-ipoh-bukit-kepong-jb-puchong-ipoh.html

Menurut Cik Ct lagi, bapanya melaksanakan penanaman hingga menaiki bukit di belakang rumah mereka. Semua Pokok Kurma itu sihat dan segar bugar serta ada yang lebih tinggi daripada di dalam gambar. Dan yang hebatnya mereka hanya menggunakan Supplimen BIO ORGANIK yang diborong tempoh hari bagi menjamin kesuburan Pepohon Tamar mereka. 

Apa lagi Puan Suhaila Ella dan Tuan Alif Aizat, nanti bila-bila balik kampung, jenguk-jenguk tau sayup saujana Pepohon Tamar Wak Biki tu ya. Kami nantikan laporan lengkap anda kelak. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi penekunan lanjut tentang kefungsian dan keberkesanan supplimen BIO ORGANIK, sila klik pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

'Pendaratan Rasmi' Pokok Ajwah


20 September 2014 - Selesai memuat masuk 31 Pokok Ajwah bagi memenuhi hajat pihak Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar yang memuktamadkan perancangan melanskapi kawasan yang telah dikenalpasti dengan Pepohon Tamar.

Termeterainya tautan kerjasama ini adalah hasil pertemuan pada 18 September 2014 di antara kami dengan pemilik baru resort tersebut, Tuan Abdul Hamid Bin Dullah. Rangkuman ringkas pertemuan berada di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/09/bonsai-tamar-resort-sungai-perak.html

Moga Allah permudahkan urusan penghantaran 31 Pokok Ajwah ini ke Resort Sungai Perak dalam pertemuan semula pada jam 3.00 petang sebentar lagi.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami juga doakan sekalian anda dipermudahkan segala urusan baik-baik anda sepanjang hari ini. 



20 September 2014 - Hujan rahmat yang turun dengan lebat pada petang tadi ditempuhi dengan rasa debar pada pertengahan akibat ribut serta angin kencang yang melanda, dan dinikmati dengan penuh syukur pada pengakhiran setelah lancarnya 'pendaratan rasmi' 31 Pokok Ajwah di Resort Sungai Perak. 

Walaupun hujan lebat petang tadi membawa kami kepada sejam penangguhan, namun rahmat mengiringi modus operandi selepas itu. 

Terima kasih dan tahniah kepada pemilik resort, Tuan Abdul Hamid (tengah), Tuan GM resort (berkaca mata) dan penyelia penjagaan Pokok Kurma, Tuan Che Mat (berseluar jeans) serta sekalian warga Resort Sungai Perak atas pemilikan Pepohon Ajwah tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tautan kerjasama ini bakal berkesinambungan pada 'edisi-edisi' mendatang. 

Saturday, September 20, 2014

Siwak Pelepah Tamar


Pelepah Tamar merupakan komponen kedua terpenting sebagai alat siwak/bersugi menurut Islam.

Berdasarkan fakta ini, kami telah bereksperimentasi dengan pelepah Tamar dalam menjustifikasikan kefungsiannya bagi kegunaan siwak/bersugi.

Syukur, diilhami Allah dengan ketemu beberapa kaedah kefungsiannya bagi tujuan tersebut. 

Insha Allah kami tak lokek dalam perkongsian perihal berkenaan kepada para pemilik Pokok Kurma. 

Kepada anda yang belum punyai Pokok Kurma, berimpilah untuk memilikinya sesegera mungkin. Kerana pelbagai lagi manfaat yang dapat/bakal diperolehi daripada setiap bahagian Pokok Kurma. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Petikan fakta daripada majalah AL-USTAZ, Volume 01, Isu No. 2, Mukasurat 20, Fiqah Solat - Siwak dan Solat.

Friday, September 19, 2014

Pokok Kurma Trio Muda


19 September 2014 - Sekali lagi, buat kali keempat, Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh dikunjungi oleh warga Kedah yang berlainan delegasi.

Kira-kira jam 5.30 petang, tiga tenaga pengajar muda dari Permatang Buluh, Kota Sarang Semut tiba di lokasi.

Ketiga-tiga mereka, Ustaz Anwar Zulkifli (jersi Kedah), Ustaz Zahir Ibrahim (baju merah) dan Ustaz Mohd Farid Najmi (baju belang) memiliki 3 Pokok Kurma Madu untuk dibawa pulang ke Utara.

Terima kasih dan tahniah sekalian Ustaz. Anda boleh tambahnilaikan kesuburan Pepohon Tamar berkenaan dengan doa dan syifa' khusus yang berada dalam lingkungan pengetahuan Tuan bertiga. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukran ya Ustaz..! 

Bonsai Tamar Resort Sungai Perak


18 September 2014 - Selepas diskusi tentang beberapa tautan kerjasama yang bakal terjalin, tatkala kami sudah bersiap siaga mahu memuat masuk 3 pokok Bonsai Tamar ke muatan kereta, ditahan sebentar oleh pemilik Resort Sungai Perak, dengan menyatakan hajat beliau memiliki 2 daripada 3 pasu Bonsai Tamar yang dibawa kami bertujuan sebagai contoh fizikal dalam setiap diskusi.

Pemilik baru yang telah mengambil alih Resort Sungai Perak sejak 1 Mei 2014, Tuan Abdul Hamid Bin Dullah yang juga merupakan perintis 5 hotel bajet di Malaysia dan pemilik empayar bisnes kayu lama di Tambun serta Gopeng ini sangat menghormati tetamu dan teratur dalam interaksi. Juga tidak lokek dalam pelbagai perkongsian keusahawanan.

Jika anda pernah singgah ziarah ke blog dan page kami sebelum ini, Bonsai Tamar ini kami tidak bekal dan perkenalkan secara terbuka. Ianya diasingkan, hanya direka eksklusif kepada peminat nilai seni pembonsaian, lebih-lebih lagi Pokok Kurma yang mempunyai nilai estetika Islamik yang tinggi ini. Iya eh.. Kurma pun boleh dibonsaikan eh.. sejak 2010 dulu kami dah 'bermain-main' bereksperimentasi dalam pembonsaian kurma ni tau. 

Jadinya, pemilikan 2 Bonsai Tamar yang kiyut miyut menjelang Zohor itu pun bertukar tangan kepada salah seorang Usahawan Berjaya negeri Perak, Tuan Abdul Hamid kita. 

Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan Tuan terhadap kepakaran kami. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Cantik tau pemandangan resort di tepian sungai yang paling lebar di Semenanjung ni. 

Berbuah Selepas 20 Tahun


Andaikan Allah kurniakan nikmat kesihatan yang sangat baik kepada CikAzwa Hashimhash dan beliau hidup sihat sehingga usia 80 tahun. Ini bermakna 1 per 4 daripada usia tersebut adalah menanti pokok dokong di halaman rumah beliau berbuah.

Syukur tidak berlarutan penantian tersebut setelah dipertemukan-Nya dengan kami, yang pada masa itu hanyalah delegasi PERCOBAAN.

Walau hanya 'bebudok' PERCOBAAN, namun dengan izin-Nya, berhasil jua seperti bait-bait perkataan yang dinukilkan oleh Cik Azwa seperti yang tertera pada 'attachment'.

PERCOBAAN..? PERCOBAAN apakah itu..? Untuk pencerahan lanjut, sila klik pautan ini : http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/supplimen-bukan-baja.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kan..? 

Supplimen, Bukan Baja


17 September 2014 - Cik Azwa Hashimhash merupakan pengguna baja organik yang diformulakan oleh kami pada 2010 yang pada masa itu masih dalam peringkat PERCUBAAN.

Walaupun hanya percubaan, dengan izin-Nya, berjaya juga membuakkan hasil kesemua pokok dan tanaman di sekitar rumah beliau di Kampung Melayu, Ipoh. Yang takjubnya, beberapa pokok buah yang tak pernah mengeluarkan apa-apa hasil sebelum itu, tiba-tiba sahaja memproduktivitikan hasil tanpa henti hingga kini. 

Apa yang menariknya pula, Cik Azwa hanya membuat sekali sahaja pemilikan dengan pembungkusan pada masa itu hanya dalam botol mineral togel tanpa label. 

Kini setelah baja organik tersebut kami kemaskini dengan hanya berstatus supplimen, bukan lagi baja, diperkasakan dengan hanya 5 nutrien sunnah, dan dibotol serta dilabelkan cantik-cantik, Cik Azwa memilikinya buat kali kedua selepas 4 tahun berlalu.

Cuma kini didatangkan dalam edisi lengkap, berbanding pada 2010 hanya peringkat percubaan. 

Moga penggunaan supplimen BIO ORGANIK itu mendatangkan kesinambungan manfaat yang berterusan kepada beliau. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi pencerahan lanjut tentang kefungsian Supplimen BIO ORGANIK, sila klik http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia 2014


16 September 2014 - Persinggahan pertama misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia adalah di R&R Jejantas Sungai Buloh. Misi ini digeraksiagakan oleh wakil henti singgah kami, Tuan Khairul Gucci (kanan sekali).

Tepat jam 12.00 tengahari, Dato Dr Hj Ir Tajul Ariffin (berkopiah) bersama isteri dan anak beliau menelusuri pertemuan bagi pemilikan Pokok Ajwah PAKEJ DINAR. Pemilikan ini adalah bertujuan sebagai peneman Pokok Kurma beliau yang sedia ada. 

Tahniah dan terima kasih Dato atas pemilikan salah satu pohon syurga ini. Insha Allah, ia akan menjadi bukan sahaja teman karib kepada Dato sekeluarga, malah bakal akrab dengan Pokok Kurma Dato yang sedia menanti di rumah. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dato merupakan follower page POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang aktif berinteraksi dengan kami sejak Ramadhan 1434 H. 




16 September 2014 - Persinggahan misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia yang terakhir adalah di Anggerik Mall, Shah Alam.

Tuan AB Alias Bachik yang diwakili anak beliau, tiba di lokasi pada jam 2.30 petang. Namun foto penyerahan pemilikan 3 Pokok Ajwah, 3 Pokok Madu, 3 Pokok Mariami, 3 Pokok Shafawi dan 4 liter Supplimen BIO ORGANIK tidak menjadi. Rakaman melalui telefon pada ketika itu mengalami masalah teknikal. Sayang berkali-kali, tak dapat abadikan 'kemeriahan' item-item pemilikan tersebut bersama anak beliau.

Hanya ketebalan not RM10 yang dimulai dengan nombor siri BJ6801100, sebagai ganti rakaman foto yang tidak menjadi. Inilah nilai pemilikan yang diserahkan oleh anak Tuan Alias sebagai tukarganti untuk item-item tersebut. Baru lagi tau not-not tu. Pekat lagi bau deme. 

Tahniah dan terima kasih Tuan Alias Bachik. Insha Allah hidup subur dan segar bugar Pepohon Tamar yang bakal menghiasi persekitaran kediaman Tuan sekeluarga. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sekian misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia pada tahun ini. Jumpa lagi pada edisi mendatang kelak. 
 

Wednesday, September 17, 2014

Moh Berbudi kepada Tanah, Sebelum Kita Bersatu dengan Tanah


"Moh Berbudi kepada Tanah, Sebelum Kita Bersatu dengan Tanah."

Bercucuk tanam, berkebun, berladang, bertani. Kesemua bermaksud kepada tanah kita berbudi. Bagi penghasilan pelbagai rantaian produk mahupun makanan ruji. Ikhtiarkan tanam apa sahaja yang memberi manfaat kepada duniawi mahupun ukhrawi. Samada jambu batu, orkid, kaktus, bonsai, vanilla, tebu, betik, bunga raya mahupun kurma Nabi. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Sumber hadis : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6558-islam-tuntut-umat-usahakan-pertanian-hingga-akhir-zaman

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia


Syukur, KEMBARA MUSAFIR HARI MALAYSIA khusus untuk pemilikan Pokok Kurma dan supplimen BIO-ORGANIK seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/09/kembara-musafir-kembali-lagi.html, melibatkan 14 pemilikan daripada 2 individu; seorang di R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh dan seorang lagi di Anggerik Mall, Shah Alam.

Insha Allah, dipermudahkan segala urusan baik-baik kita pada hari ini. 

Selamat Hari Malaysia daripada POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com

Saturday, September 13, 2014

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'


Kuntuman Roselle



Terima kasih daun kurma kepada Puan Rodiah, isteri kepada Tuan Khairul Gucci yang menghadiahkan kami kuntuman roselle. Sedang dididihkan dalam periuk bagi mendapatkan pati jusnya bagi dijadikan bancuhan minuman roselle. Nyam! Nyam! Sego dari ladang. 

Syukur, sedikit sahaja semburan supplimen BIO ORGANIK secara berkala ke atas pokok roselle, membuakkan hasil bunganya yang masih belum habis dituai sejak Ramadhan tempoh hari. 

Menurut Puan Rodiah, kuntuman roselle yang telah direbus itu nanti jangan dibuang. Ianya boleh diulang rebus sehingga 2 hingga tiga kali lagi..! Wow..! Manyak syok..! 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya! Puan Rodiah merupakan penyelia di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Tatkala singgah ziarah ke sana kelak, che cuba tanya kot-kot ada lagi buakan kuntuman roselle tu untuk anda bawa balik rebus sendiri di rumah. Che tanya, che tanya nanti. 

Meet Uncle Hussein @ Mini Nursery of Dates Tree :-)


11 September 2014 - Dari Air Hitam, Kedah datangnya, singgah Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Tuan Haji Hussein (kanan), ditemani sahabat beliau dari Changkat Lada, Kampung Gajah, tiba jam 9.50 pagi.

Beliau suka dengan perkongsian info kami tentang Pokok Kurma; penjagaan dan pembajaannya, sehingga 'terbawa balik' 4 Pokok Madu, 2 Pokok Mariami, 2 Pokok Shafawi dan 500ml supplimen BIO ORGANIK. 

Tahniah dan terima kasih Tuan Haji Hussein. Insha Allah jumpa lagi di lokasi yang sama, pada waktu yang berlainan kelak. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini adalah rombongan ketiga dari Kedah, lawatan tertinggi dari luar Perak setakat ini. 

Wednesday, September 10, 2014

Pokok Kurma Rai Hari Malaysia


KEMBARA MUSAFIR kembali lagi. Tercetus selepas mengambil kesempatan atas individu rapat kami yang bakal bermusafir bagi urusan peribadi ke Selangor. Tapi kini hanya berada di satu lokasi sahaja. Bila? Tang mana? Ni nak kabo ni :

Tarikh : 16 September 2014 (Cuti HARI MALAYSIA)

Masa : 2.00 petang

Lokasi : Anggerik Mall, Shah Alam

Caj Henti Singgah : Hanya RM35 sahaja (Tiada tempahan minimum, walaupun 1 unit atau lebih)

Tempahan dibuka untuk :

1. Pokok Kurma Ajwah, Madu, Shafawi dan Madu - PAKEJ PERAK sahaja
(untuk tinjauan senarai harga, sila klik pautan berikut :http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html)

2. Supplimen BIO-ORGANIK - formula untuk tanaman berasaskan 100% Air ZAM ZAM, MADU YAMAN, HABBATUS SAUDA, GARAM BUKIT dan Pati DELIMA
(bagi tinjaun kefungsian dan harga, sila klik pautan berikut :http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html)

Sila siasat terlebih dahulu pautan-pautan di atas sebelum merebut peluang dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' samada pemilikan secara peribadi mahupun secara berjemaah.

Tempahan akan ditutup selepas ruang kuota yang disediakan oleh wakil penghantaran kami itu sudah penuh.

Diskusi tempahan dan info lanjut, sila telefon atau WhatsApp ke :

019-570 9334 (Syful)

Insha Allah, POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sempena Hari Malaysia bakal didakapi anda. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat Hari Malaysia. 

Tuesday, September 9, 2014

Penghargaan Penyertaan KJUO 3 Kali Berturut-Turut

Nukilan ini adalah daripada 'post' di pautan berikut :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.712121125531524.1073741871.466274486782857&type=1

31 Ogos 2014 - Penghargaan terima kasih dan syabas kami titipkan buat 4 delegasi Usahawan Peserta serta 2 entiti krew Karnival Jualan Usahawan Online (KJUO) atas penyertaan 3 KALI BERTURUT-TURUT dalam KJUO.

Pokok Kurma Bonsai, tajaan Syful Tamar ( POKOK KURMA 'Made In Malaysia') menjadi simbol tautan ukhuwwah tersebut kepada :

Usahawan Perserta :

1. FABULOUS ROSES - Kosmetik FCC (Farmasi Colour Cosmetic)


2. Anw Biz Ipoh - Pengiklanan dan percetakan


3. D SYAZ ENTERPRISE - Kerepek House dan Nasi Arab Segera


4. BajuKurung Bayi Hannan Full - Pakaian dan kelengkapan bayi serta kanak-kanak


Krew :

1. Zamel Music - Sistem siaraya dan studio muzik


2. Ahmad Khairul Anuar - DJ dan penyanyi tempatan


Tahniah dan terima kasih atas istiqomah penyertaan dan kepercayaan anda terhadapKlasik Niaga Event, sebagai pemudahcara dalam memperkenalkan perniagaan serta perkhidmatan anda daripada alam maya ke situasi realiti kepada para pelanggan dan prospek yang memagneti. 


KN Event (KNE)
"SALING BERKONGSI MANFAAT"

KNE : Bagi meninjau profil serba ringkas tentang perniagaan kesemua para Usahawan Peserta bagi KJUO edisi 1-3, sila klik pautan berikut

1.https://www.facebook.com/466274486782857/photos/a.477744642302508.1073741827.466274486782857/702858053124498/?type=1&theater

2. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.590504774359827.1073741869.466274486782857&type=1

3. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.554319224645049.1073741851.466274486782857&type=3


Friday, September 5, 2014

Pokok Kurma SMKA Kerian

3 September 2014 - Pagi di waktu Dhuha, selesai perlaksanaan penanaman 20 Pokok Kurma Madu (Pakej Dinar) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian. Ini merupakan fasa pertama penanaman. Menanti lagi 3 fasa untuk disempurnakan.





Terima kasih SMKA Kerian yang diterajui Pengetua, Tuan Md Radzi Bin Ismail dan seluruh tenaga pengajar serta warga tadbir atas kerjasama semasa operasi penanaman dilaksanakan. Tak lupa juga kepada 3 orang pekerja am yang membantu dalam penggalian lubang penanaman.

Tahniah sekalian anda warga SMKA Kerian atas pemilikan Pepohon Tamar berkenaan. :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamarblogspot.com/

ST : Bagi meninjau gambar-gambar operasi penanaman dalam album penuh, sila klik (di sini).

Thursday, September 4, 2014

Lecetan Terkoyak


3 September 2014 - "Lain kali, jangan dok eksyen gagah, gali tanah tak pakai sarung tangan kulit yang dok bawak tadi." Pesanan tulus dari hati kecilku, buat fizikal dan mindaku.

Koyakan kulit, kesan geseran genggaman alat gali tanah terhadap kulit tapak tangan kanan, ketika menggali 20 lubang Pokok Kurma Madu PAKEJ DINAR di SMKA Kerian.

Dah abeh koje, baru sedo. Aduuhhh...




Di atas adalah ntara babak-babak faktor kulit tapak tangan melecet lantas terkoyak. Itu pun mujur dibantu oleh delegasi Perlanskapan dan Pembersihan SMKA Kerian.




Esok-esoklah ya, paparan visual proses penanaman 20 Pokok Kurma Madu PAKEJ DINAR dan penyempurnaan penanamannya yang dimulai Tuan Pengetua, Ustaz Radzi. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Malam ni buat rangkuman penanamannya. Berganda gumbira kami tatkala jelas tergambar keterujaan warga sekolah berkenaan. Sebab tu tak sedo kesan melecet tu. 


Tuesday, September 2, 2014

Seorang Pemilik Merdeka 57

Syukur, walau cuma mampu menggamit seorang pemilik sempena tawaran Merdeka 57 bagi pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Pautan tawaran tersebut ada di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/pokok-kurma-merdeka-57.html

Tuan Ridzuan bersama keluarga, dari Temerloh, dalam perjalanan menghantar anak ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh.

Pemilikan 1 Pokok Ajwah dan 1 Pokok Shafawi di kala hujan, terlepas kesempatan kami bergambar bersama.

Apa-apa pun tahniah dan terima kasih Tuan Ridzuan sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Harga Pokok Kurma kembali normal sedia kala.