Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, November 30, 2013

Ada..?

Ada sesiapa di sini yang memiliki pepohon tamar (pokok kurma)..?

Mungkin keluarga atau kenalan anda yang memilikinya..?

Pokok yang masih kecil atau dah besar bagak, namun berbunga pun belum atau sudah berbuah ranum..?

Kalau ada, maklumkan di sini atau PM kami. Anda boleh buat sebarang pertanyaan tentang pokok kurma.

Dan In Shaa Allah kami akan kongsikan serba sedikit 'rahsia' teknik penjagaan dan pembajaan yang betul berkenaan pepohon tamar ini.  :-)

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Moh berpohon tamar..!  :-)

Thursday, November 28, 2013

Tinjau Redah Tanah Che’gu :-)

Aktiviti hari ini sedikit lasak. Ewahh.. Idoknye lasak. Cuma meredah mengelilingi tanah seekar di Ulu Chepor milik guru subjek Reka Cipta teman masa di Clifford dulu, Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin.



 Pandangan dari atas bukit

                                                                Pandangan dari kaki bukit

Aktiviti : Cadangan Projek Pemagaran Empat Penjuru Sempadan Tanah dengan Pepohon Tamar
Pemilik : Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin
Keluasan : 1 Ekar
Lokasi : Ulu Chepor, Chemor


Pandangan dari sisi atas bukit

Banyak fasa perlu dilalui sebelum pepohon tamar boleh menjadi ‘penghuni’ di situ. Tanah perlu ‘diterangkan’. Sesiapa yang ada ‘backhoe’, boleh hubungi kami, Tuan Haji Rajuddin memang sangat memerlukannya.


Penerangan Tuan Haji Rajuddin tentang tanah beliau

Dalam perjalanan mendaki tanah yang berbukit, terdapat kesan tapak kaki dan bekas sondolan tanah oleh ‘kerbau pendek’. Memang betul pun, laju sahaja kelibatnya berlari-lari anak masuk ke hutan. Mujur si ‘kerbau pendek’ itu tidak menuju ke tempat kami, kalau tidak terpaksalah teman menggunakan teknik terakhir dalam aksi ‘bertempur tanpa senjata’ iaitu ‘langkah seribu’. :-)



Jalan masuk yang akan ditar

Tanah di sini subur, bersempadan dengan tanaman getah, sawit dan gaharu. Terdapat kolam takungan air untuk penyiraman tanaman kelak. Cuma perlu dibina pam air untuk proses penyiraman, kalau tidak, jenuh nak cedok.

Kolam takungan air

Selepas aktiviti tinjauan, dibincangkan mengenai kaedah dan kos penanaman. Alhamdulillah, Tuan Haji Rajuddin pada dasarnya bersetuju tetapi perlu ada fasa perbincangan yang lebih terperinci selepas ini.



Tuan Haji Rajuddin sedang meneliti dokumen yang kami sertakan dalam perbincangan



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Sebelom berangkat pulang, beliau hadiahkan teman 15 biji deroyan dari duson beliau di Manong. Kalo rope ini gayenya, tinjo tanah ari-ari pon idok mengape. :-)


Sedekah jariah deroyan daripada Tuan Haji Rajuddin

Bunga Jantan dan Kematian

Satu pengalaman menarik dan perit kami tempuh pada 26 November 2013, situasi sebelum dan selepas penanaman pepohon tamar Pakej Dirham di rumah Ustaz Hamdan Bin Abdullah di Botani, Ipoh.

Sebelum berangkat ke Botani, kami singgah terlebih dahulu di Kampung Sungai Tapah di Gugusan Manjoi bagi meninjau pohon tamar di tepi jalan berhadapan dengan gerai makanan. Apa yang menariknya, pokok kurma berkenaan sudah berbunga. Dan bunganya adalah bunga jantan…! Dan yang kesiannya pula, bunganya semakin kering yang akan mengakibatkan hilang kefungsiannya. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kelak.





Selepas selesai urusan di Botani, kami singgah pula di Masjid Sultan Azlan Shah berhampiran dengan Politeknik Ungku Omar (PUO). Apa yang ‘best’nya, ada satu pokok kurma yang baru dipindah alih ke situ. Dan yang paling menyedihkan pula ada satu pokok kurma yang lebih besar daripada pokok kurma yang ada, mati kekeringan juga akibat dipindah alih. Aduh.. Rugi, rugi.. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kemudian.







Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Dua kupasan menarik akan dinukilkan bagi menyentuh dua isu seperti di atas, kefungsian bunga pepohon tamar dan mati apabila dialih tanam.

Wednesday, November 27, 2013

Bubur Deroyan Campur Jagung Bercicahkan Roti Paun… Sedaaaaappp… :-)


Mentari terik 2.30 petang 26 November 2013 mengiringi ketibaan kami di Taman Bougainvilla, Botani, Ipoh. Disambut penuh mesra oleh tuan rumah dan isteri, Ustaz Hamdan Bin Abdullah serta Puan Suraya, Syful Tamar bersiap sedia dengan peralatan khusus penanaman pepohon tamar Pakej Dirham yang ditempah.

Proses penanaman pepohon tamar Pakej Dirham oleh Tuan Maznan


Adik Farok, waris lelaki Ustaz Hamdan menjenguk proses penanaman pohon tamar oleh Tuan Maznan


Keterujaan jelas tergambar di kedua-dua wajah Ustaz Hamdan dan Puan Suraya sehingga sanggup menggantikan tanaman lanskap yang sedia ada untuk ditempatkan di beberapa lokasi strategik di halaman tepi rumah pasangan suami isteri ini.


Antara tanaman lanskap yang terpaksa di'substitute' bagi memberi laluan 'penempatan' pepohon tamar Pakej Dirham

Tercapai sudah hajat Puan Suraya yang mahu berlanskapkan pepohon tamar, yang sebelum ini beliau berikhtiar bersungguh-sungguh menjejaki pepohon tamar di nerseri tanaman di serata Semenanjung. Akhirnya, pencarian di enjin Google mempertemukan khidmat Syful Tamar dengan impian beliau dan suami. Kami juga berasa terharu dapat menjadi pemudah cara bagi merealisasikan impian Ustaz Hamdan dan Puan Suraya.  :-)


Selesai penanaman  :-)

Sempat juga kami berkongsi pengetahuan penjagaan pepohon tamar dan pepohon lanskap yang ada di sekitar halaman rumah Ustaz Hamdan ini. Tak lupa juga perkongsian kepakaran kami tentang kaedah penggunaan baja ‘Bioganic’ yang dimiliki oleh Ustaz Hamdan sebanyak 5 liter isipadu.



 Ustaz Hamdan dan Puan Suraya. Sangat mesra dan baik budi bicara.  :-)

Menjelang Asar, sebelum beredar pulang, kami disajikan dengan hidangan istimewa oleh Puan Suraya. Bubur Durian Campur Jagung bercicahkan Roti. Perrgghh… Jemaah kami yang bertiga ini bergilir-gilir menambah ‘mamam’ sajian tersebut. Sangat sedap dan sungguh istimewa! Terima kasih Puan Suraya.  :-)

Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : ‘Bioganic’merupakan formula baja organik yang dirumus khas oleh Syful Tamar khusus untuk kesuburan dan pembungaan pepohon tamar.

Kiyut Miyut Kan..? :-)

Comel-comel kan 'anak-anak' kami ni.  :-)









Gambo baru-baru 'lahir' masa tu. Sekarang dah hampir setahun dah usia 'deme'.

Membeso sihat dan sego bugo ya sayang sekalian. Nanti keluarkan hasil membuak-buak banyak tau.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'


ST : Kenapa..? Masih terdetik ketidakpastian Pepohon Tamar (Pokok Kurma) mampu berbuah di Malaysia..?  :-) Untuk pencerahan 'spotlight', sila rujuk pautan ini http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html

Monday, November 25, 2013

Pohon AJWAH untuk ABANG ABU MEKANIK$

Menghadiahi mentor kewangan jemaah Syful Tamar, ABANG ABU MEKANIK$ akan Pokok Kurma AJWAH selepas Garaj Wang 3.3.3 pada 23 November 2013 di Shah Alam, membuat kami tersenyum lebo dek keterujaan dan kegembiraan beliau semasa menerimanya.

 
Apa yang dihadiahi jemaah Syful Tamar ini selaku anak murid atau lebih suka digelar oleh Abang Abu sebagai ‘adik-beradik’, tidaklah seberapa berbanding dengan segala ilmu yang beliau kongsi dan titipkan pada hari tersebut. Dengan pemberian yang tidak seberapa itu sahajalah yang kami mampu terjemahkan penghargaan kami ke atas beliau.

Moga ABANG ABU MEKANIK$ dan barisan ‘coach’ dikurniakan kesihatan yang cemerlang bagi meneruskan misi sekalian anda berkongsi pengetahuan ilmiah kewangan dan kekayaan dunia serta akhirat dengan seluruh rakyat Malaysia. BEST! BEST! BEST!  :-)




Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Jutawan Emas Fizikal, Tuan Mohd Hasnizam Hj Muda yang bertanggungjawab menjerumuskan kami ke kancah ilmiah yang sangat bernilai ini. :-)

Sunday, November 24, 2013

Garaj Wang 3.3.3 : ABANG ABU MEKANIK$

Majlis ilmu Garaj Wang 3.3.3 oleh ABANG ABU MEKANIK$ (http://abangabu.com) di Shah Alam semalam (23 November 2013) merupakan 'venue' ilmu terbaru yang dihadiri oleh delegasi jemaah Syful Tamar. Teman sendiri mewakili jemaah Syful Tamar hadir bersama isteri, Ummi Diera yang mewakili KN Event.

Robert T. Kiyosaki's CASH FLOW edisi Bahasa Melayu


Robert T. Kiyosaki's CASH FLOW edisi Bahasa Melayu
 

Alhamdulillah, dapat keluar dari 'kepompong' Rat Race.  :-)


ABANG ABU dan para 'coach'.


Alhamdulillah, kehadiran yang terlebih baloi, bukan sahaja ilmu kewangan dapat dipelajari, ilmu kekayaan dunia dan akhirat pun diajari ABANG ABU kita ni. BEST! BEST! BEST!  :-)

Para Model dalam kelas
 

Bersama empunya empayar CAUSAR, Tuan Afiq Fakhri Ayoub


 Bersama ABANG ABU


ABANG ABU BEST! BEST! BEST!  :-)


Bersama tokey sabun pencuci DOBI POWER


Syful Tamar (ST)
ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Ilmu pun dapat, Ukhuwah pun tererat. Pakej lengkap!  :-)


 

Tuesday, November 19, 2013

Dari SENI BISNES ke MAGNET 2013

Alhamdulillah, banyak info dan elmu diperolehi dalam Kuliah Seni Bisnes oleh Tuan Jerry Rizal di Shah Alam pada 14 November 2013 dan balik ke Ipoh pada 15 November 2013. Terima kasih banyak-banyak Tuan Jerry Rizal, terima kasih banyak-banyak Richworks.


Pentas elmu Kuliah Seni Bisnes

Mantera Guru Kuliah Seni Bisnes, Tuan Jerry Rizal (kiri) bersama Syful


16 November 2013 pula jemaah Syful Tamar berangkat bersama Puan Zaiton Abdul Malik ke Pulau Pinang bagi menghadiri Seminar Magnet 2013 pada hari 17 November 2013. Mencedok elmu lagi bagi memperkasakan saf. Terima kasih banyak-banyak Dr Azizan Osman, terima kasih banyak-banyak Richworks.


Jemaah Syful Tamar bersama saudara sepermentoran yang lain


Syful


Maznan


In Shaa Allah diaplikasikan segala elmu dalam segala urusan. 






Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Penat..? Memang penat. Tapi dapat diatasi melalui prinsip ini, "KNOWLEDGE IS POWER".  :-)

Dilingkari Gegelung Besi Penghalang Noda


10 November 2013, delegasi Syful Tamar mendatangi SAHOM FARM RETREAT di Kampar bagi kerja-kerja penanaman dan pengemasan pepohon tamar Pakej Dinar yang ditempah. Kami disambut mesra oleh penyelianya, Tuan Yon pada petang itu.

Pintu Gerbang SAHOM FARM RETREAT


Pepohon Tamar penghuni baru SAHOM FARM RETREAT
 

Penanaman oleh Tuan Mustafa Kamal (Chief de Mission)  


Siraman formula suplimen pepohon tamar oleh Tuan Maznan


Salah satu pokok kurma yang ditanam di SAHOM FARM RETREAT
 
Di Sahom Farm Retreat sungguh segar udara dihirup, terpana akan keindahan dan kenyamanan gabungan alam semulajadi dan seni lanskap teliti. Apa yang ada di sini..? Resort, ladang sawit, kolam mandi, penternakan lembu, rusa dan kambing serta kolam pancing ikan. Ianya juga dikenali sebagai salah satu ‘Eco-Tourism’ negeri Perak. ‘Best’ kan..?  :-)
Tangga Batu Sungai. Kreatif kan..?


Suasana damai SAHOM FARM RETREAT

Sahom Farm Retreat telah menambah nilai perkhidmatan kami dengan idea meletakkan gegelung dawai besi yang ditempah khas selepas proses penanaman. Ianya bertujuan samada menghalang ‘dinodai’ oleh pijakan manusia mahupun pencerobohan haiwan ternakan. Tapi buat makluman anda, ianya tidak termasuk dalam pakej perkhidmatan kami. Sekiranya berminat, boleh, tetapi ianya satu perkhidmatan yang berlainan (‘up sales’ :-) ).




Penanaman pepohon tamar di SAHOM FARM RETREAT dalam lingkungan gegelung dawai besi
 
Terima kasih, Sahom Farm Retreat, terima kasih Tuan Yon.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

ST : Untuk info lanjut berkenaan Sahom Farm Retreat ini, anda boleh kunjungi laman blog http://sfrperak.blogspot.com