Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, February 28, 2014

KoTaRaja 1 Mac 2014

Esok, 1 Mac 2014 SYFUL TAMAR di KoTaRaja. Menimba ilmu dan mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama Muslim.


Disamping itu SYFUL TAMAR membawa misi penanaman 1 Pokok Kurma Ajwah dan 3 Pokok Kurma spesis lain-lain di KoTaRaJa bagi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh para Pewakaf kepada kami.

Moga Allah permudahkan segala urusan baik-baik kita pada hari ini, pada esok hari dan pada hari-hari yang mendatang.  :-)

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Jumpa esok di KoTaRaJa.  :-)

Thursday, February 27, 2014

Pengairan Tanaman Anda : Berhadapan Cuaca Panas Kering

Semasa musim hujan sebelum ini, tersenyum 'lebo' golongan 'Hang Changkhol' seperti kami. Apa tidaknya, tidak perlu membuat penyiraman berkala setiap hari. Syukur sangat-sangat.  :-)

Tatkala kini dalam perubahan mendadak iklim negara kepada panas kering, pun bersyukur sangat-sangat. Ini kerana, urat dan otot kami dapat membentuk sihat akibat bertungkus lumus melakukan kerja-kerja penyiraman 2 kali sehari.

Pagi sekali, petang sekali. Pagi sebelum jam 10.30 pagi, awal pagi lagi baik. Petang jam 6 petang ke atas, sebelum tergelincirnya matahari (menjelang Maghrib). Elakkan penyiraman semasa pancaran terik mentari. Kecut layu pokok dibuatnya.

Ya, 2 kali sehari..! Kenapa 2 kali..? Kan membazir..? Nanti 'ayo' kena catu.. Masa pun tiada..

Tuan-Tuan, Puan-Puan.. Pokok pun berasa 'hangat bijo' juga, kehausan juga bila berpanasan. Pandai-pandailah 'ekjas' sukatan penggunaan air dan aturan masa anda.

Selamat beramal.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Anda pun minum banyak-banyak tau. Tuan pokok pun kena jaga kesihatan. :-)

Wednesday, February 26, 2014

PeWAKAFan Pokok KURMA oleh Warga SSM Perak

Bertandangnya kami ke SSM Perak pada petang 11 Februari 2014 yang lepas adalah membantu menunaikan hajat beberapa orang warga kerja di situ untuk mencapai status sebagai Pewakaf bagi program "Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma".

Penelitian dokumen dan lafaz akad pewakafan

Bersama sebahagian daripada Pewakaf warga SSM Perak

Dan sekali lagi kami dijemput pada hari terakhir Februari 2014 iaitu pada hari Jumaat ini bagi menunaikan hajat beberapa orang warga kerja yang lain pula.

Pewakafan kalian semestinya membantu pemilikan Pepohon Tamar kepada para Penerima Manfaat yang disenaraikan. Manakala status sebagai Pewakaf pula semestinya membantu kalian dalam pertimbangan amal 'di sana' kelak.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Kami sedia menerima sebarang jemputan membantu hajat pewakafan anda. :-)

Tuesday, February 25, 2014

Jaminan KURMA Berbuah..?


Bagaimana ingin kami jaminkan? Sebabnya, berbuah atau sebaliknya, bukan kerja kami. 100% ketentuan-Nya.

Kerja kami hanyalah berkongsi info dan teknik penjagaan serta pembajaan secara PERCUMA kepada para pemilik pepohon tamar supaya pokok berterusan subur, berbunga dan berbuah.

Ikhtiar secara istiqomah dengan info dan teknik berkenaan serta Doa dari pemilik Pokok KURMA sendiri adalah penentu kepada pembuahannya.

 
Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST :
Dalam konteks penjagaan KURMA, konsep Doa yang dimaksudkan membawa penghuraian yang lebih teliti untuk difahami. Apakah ia..?  :-)

Thursday, February 20, 2014

Penandaan Kompleks JPS Perak

Selesai sudah kerja-kerja penandaan lokasi penanaman Pepohon Tamar di Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Ipoh, Perak. Selama 2 hari berturut-turut kami berterikan di bawah panahan bahang cahaya matahari 17 & 18 Februari 2014 bagi menyelesaikan misi kawasan yang tersangatlah luas ini. Fuuhhh...

Pelan Kompleks JPS Perak

Tugu pintu masuk

Biarpun kejenuhan, tekad untuk membantu JPS Perak 'menghutani' lanskap yang ada di sini dengan pepohon tamar, menginspirasikan kami untuk bekerja keras bagi memenuhi wawasan Penolong Pengarahnya, Tuan Muhammad Zulkifli Bin Zaini.


Cadangan pemagaran

Cadangan perlanskapan

Cadangan pemagaran dan perlanskapan

Kertas kerja dan cadangan sedang disiapkan. Pemetaan sedang dimantapkan. Pemanjatan doa sedang dilipatkali gandakan. Moga tercapai dan dimakbulkan hajat kedua-dua pihak, JPS Perak dan Syful Tamar. :-)



Jalan masuk pintu utama


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Semasa hari terakhir penandaan, terjumpa pula dengan pepohon tamar yang kesian. Mengapa kesian..? Nantilah dikupaskan.. :-)


Pepohon tamar yang kesian..

Wednesday, February 19, 2014

Logo Rasmi SYFUL TAMAR

Syukur, delegasi POKOK KURMA 'Made In Malaysia' secara rasmi sudah mempunyai 'Corporate Logo' merangkap 'Brand Logo' atas nama SYFUL TAMAR sejak 16 Januari 2014.  :-)

Jutaan syukran kepada Tuan Muhammad Azizi atas impak kreativiti beliau. Ini tempahan ketiga melalui kami selepas 'banner' dan banting KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE pada September 2013 yang lepas anjuran Klasik Niaga Event yang diterajui oleh Ummi Diera.

Suka kami labelkan nukilan kreatif Tuan Azizi ini sebagai 'ZD50' yang mana membawa erti "Zizie Design RM50".

Hanya RM50 sahaja bagi setiap 'design' bermutu + idea berseni sentuhan beliau. Terlebih berbaloi kerana antara yang terendah di pasaran.  :-)

 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Menanti siap pula tempahan keempat, label botol supplimen Bio-Organik untuk tanaman KURMA, ZAITON, TIN dan DELIMA (4 dalam 1).  :-)

Kupasan yang Mengelupas

Seperti yang dijanjikan baru-baru ini (klik di sini untuk rujukan), kami akan membuat kupasan tentang pembungaan yang terhasil daripada salah satu Pepohon Tamar Tuan Mahayuddin Yassin. Tetapi betapa mengelupasnya hati kami, tatkala sudah bersiap siaga lagak umpama wartawan akhbar membuat liputan, situasi yang kecewa pula berlaku.

Bunga jantan yang mempunyai 4 jambak mekar sebelum ini sejak penghujung Disember 2013 menurut Tuan Mahayuddin, kini sudah mengering dan bunganya berguguran bertaburan di bumi.

Terasa sangat ralat disebabkan penundaan beberapa kali tidak berkesempatan singgah ziarah di kebun Tuan Mahayuddin ini. Kami hanya mampu mengambil gambar mayang yang keguguran bunga. Berharap banyak hikmah disebaliknya.





Mengapa bunga jantan tersebut mengering setelah melalui tempoh tertentu..? Apakah yang perlu dilakukan ketika keluar mayang bunga..? Dan apa pula perlu dilaksanakan sekiranya bunga jantan tersebut mekar sejambak..? Insha Allah, akan dinukilkan dalam kupasan yang mendatang.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Menurut Tuan Mahayuddin lagi, bunganya sangat unik dan menarik. Tapi beliau pun tak terlintas nak bergambar pada masa tu. Hmm..

Sunday, February 16, 2014

'Make Over' di Kebun Mahayuddin Yassin

15 Februari 2014, 10.30 pagi, Batu Gajah

Setelah 3 minggu bertunda tatkala dijemput oleh Tuan Muhammad Mahayuddin Bin Yassin, barulah SYFUL TAMAR berkesempatan menjejak kaki ke kebun beliau di Batu Gajah. Pelbagai tanaman berada di sini seperti tebu, kelapa, nangka, dan gaharu. Dan tak lupa juga 3 Pepohon Tamar yang menjadi penghuni di sini. Sebab itulah khidmat SYFUL TAMAR diperlukan untuk tujuan 'make over'. :-)







Pepohon Tamar di sini sangat subur. Sesubur Pepohon Tamar di Masjid Al-Ittihadiah, Masjid Kampung Tengku Hussein, Manjoi yang mana khidmat SYFUL TAMAR diperlukan di sana pada minggu lepas. Klik (di sini) untuk info lanjut tentang perkhidmatan SYFUL TAMAR di masjid tersebut.







Tuan Mahayuddin merupakan salah seorang pelanggan SYFUL TAMAR pada tahun 2011. Klik (di sini) untuk info lanjut tentang pemilikan. Dan Pepohon Tamar di kebun beliau adalah hasil pembenihan dan penyemaian oleh SYFUL TAMAR. :-)





Tak sangka pula cepat betul berbunga. Ya, berbunga..! Tak sampai 3 tahun pemilikan, mula berbunga pada penghujung Disember 2013. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Kupasan pembungaan Pepohon Tamar Tuan Mahayuddin akan dinukilkan nanti. :-)

Friday, February 14, 2014

Selamat Hari Radio Sedunia

Semalam, 13 Februari 2014 adalah HARI RADIO SEDUNIA.

Kepada warga kerja siaran radio dan para pendengar radio, SYFUL TAMAR ucapkan "Selamat Hari Radio Sedunia".  :-)




http://syfultamar.blogspot.com/2013/11/live-on-air-perakfm-untuk-komeee-aje.html


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Untok Komeee Je... :-)

"BUILD our economy. Bukan BIYOT ekonomi kita."

"BUILD our economy. Bukan BIYOT ekonomi kita."

Salah satu 'topik rancak' yang disentuh pada petang 11 Februari 2014 dalam sesi 'Mini Business Coaching' dengan Tuan Muhd Afnan, Tuan Muhammad Azizi dan Tuan Syammil Azreen Shamsul Kamal selepas lafaz akad Pewakafan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' oleh beberapa orang warga kerja SSM Perak.

Manfaat pahala wakaf dapat, manfaat perkongsian situasi bisnes pun dapat.  :-)

Monday, February 10, 2014

Pewakaf PERTAMA

Bahagian Teknologi Pendidikan (Kementerian Pendidikan) Negeri Perak di Jalan Kampung Tawas, Tasek, Ipoh menjadi PENERIMA MANFAAT yang PERTAMA.



Ianya diwakafkan sebayak 2 pokok kurma PAKEJ DINAR spesis Lain-Lain oleh salah seorang warga kerja Bahagian Teknologi Perak.



Terik panas mentari petang 27 Januari 2013 mengiringi penanaman Pokok Kurma Wakaf.

Lokasi penanaman pertama menggantikan tunggul pinang yang telah ditebang. Manakala lokasi kedua pula di celahan pokok hiasan lanskap.










Lanskap di sini sangat bersih dan indah yang diselia oleh Pakcik Anip yang dibantu oleh 5 pekerja am yang lain.




Tahniah dan terima kasih Tuan Pewakaf. Tahniah kepada Penerima Manfaat, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.  :-)





Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Anda juga PEWAKAF..? :-)

Sunday, February 9, 2014

Selesai Sudah Alih Tanam

Misi Mengurma di Station 18, Pengkalan yang tertangguh tempoh hari sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri. Kami dijemput pula oleh pihak KOMAS dan Jawatankuasa Masjid Al-Ittihadiah, Kampung Tengku Hussien di Manjoi untuk melaksanakan kerja-kerja pemindahan 5 pepohon tamar masjid berkenaan ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik.

Kerja-kerja penandaan lokasi dilakukan pada 2 Februari 2014 manakala kerja-kerja ‘make over’, mengorek serta alih tanam pokok bermula 4 Februari 2014 dan berakhir pada 7 Februari 2014.

Pelbagai pengalaman dan pelbagai ilmu baru dapat dipelajari serta dipraktikkan dalam seni ‘make over’ pokok, teknik mengorek akar, kaedah pengalihan dan kemahiran penanaman semula ke lokasi yang dipersetujui.


Terima kasih kasih kepada pihak jawatankuasa masjid dan KOMAS kerana memberi peluang kepada kami membantu alih tanam 5 pepohon Tamar ‘remaja’ di situ.

Syukur, sepanjang 4 hari kerja-kerja pengindahan semula (‘make over’), alih tanam, pengemasan lokasi dan pembajaan pokok Kurma, dapat bersilaturrahim dengan para khairiah dan jemaah masjid yang ‘sempoi-sempoi’ belaka. Tak lupa juga dapat berkenalan dengan para prospek yang prihatin terhadap kepakaran kami.  


Insha Allah pepohon tamar berkenaan terus subur dan segar-bugar memperindahkan lanskap masjid.














Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST :
Berbuah kelak..? Ikhtiar sudah dilaksana, tunggu masa dan ketika tatkala diizin-Nya.  :-)

Monday, February 3, 2014

Misi Mengurma


Esok ada 2 Misi penting yang menterujakan..!

Pertama : Pagi - Misi tinjau ziarah ke kebun Pak Usop di Station 18, Pengkalan kerana menurut beliau, pokok kurma yang dibeli daripada kami 4 tahun lepas sudah berbunga..! Esok kena pastikan..!

Kedua : Tengahari - Misi penyelamatan Pokok KURMA di tepi jalan besar juga di Station 18, Pengkalan. Pokok KURMA itu sudah besar (seperti di dalam gambar) tetapi kurang sihat dan daunnya akan mengganggu lalu lintas.

 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Esok berkampung di Pengkalan..!  :-)

Saturday, February 1, 2014

Diskusi di KoTaRaJa

"Huu.. huu.. huu.. haa.. haaa..." Tu dia, sesekali kedengaran sayup bergema bersahutan lolongan sekawan ungka nun jauh dari ketebalan hutan sekeliling.

Tidak terganggu dengan lolongan itu, diskusi singkat SYFUL TAMAR pada tengahari semalam bersama Ustaz Azhan Ishak tentang Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA berjalan dengan penuh muhibbah dan lancar.



Ustaz Azhan Ishak, Pengarah KoTaRaJa ini 'sempoi' dan 'sporting' orangnya. Tidak terasa jurang perbezaan mesra dalam perbualan bersama beliau dan beberapa 'orang kanan' beliau.


Pelbagai perkongsian oleh Ustaz Azhan tentang sejarah, kefungsian dan jasa KoTaRaJa kepada umat Islam yang bukan sahaja di Ipoh sini, malah seluruh negara dan melangkaui sempadan negara sehingga Tok Guru dari Timur Tengah pun pernah 'tinggal jejak' di bumi barakah KoTaRaJa ini.


Kami pula memaklumkan tentang penjagaan dan serba sedikit 'biodata' dan 'biografi' berkenaan pepohon yang menjadi ikon Tanah Arab, pepohon Tamar dalam perkongsian balas kami dengan beliau.


Alhamdulillah, Ustaz Azhan bersetuju menjadikan KoTaRaJa sebagai penerima manfaat dalam Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA dan akan membawa isu ini ke dalam jemaah A-Taqwa pada minggu hadapan bagi membincangkan jumlah pokok yang tepat untuk ditempatkan di sini. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Moh daftar menjadi Pewakaf untuk KoTaRaJa. :-)