Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, April 30, 2014

Hari Pekerja 1435 H


Selamat HARI PEKERJA kepada seluruh warga kerja di pelbagai sektor dan kerjaya.

Tahniah dan terima kasih kerana anda adalah penggerak empayar perniagaan serta jalur perkhidmatan. :-)

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Kami 'Hang Changkhol'. :-)

Sunday, April 27, 2014

Ajwah di Bengkel Perabot Rawi

 
24 April 2014, Gugusan Manjoi - Bengkel Perabot Rawi, merupakan lokasi pembuatan perabot kayu buatan tangan. Dimiliki oleh Tuan Rawi (gambar kiri).

Di tepi bengkel tersebut telah tersematnya pohon Ajwah, penghias subur perkarangan bengkel.

Tahniah dan terima kasih Pak Rawi, menjadi pemilik pohon Ajwah yang terkini.  :-)

 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pak Rawi adalah pemilik keempat pepohon tamar di Gugusan Manjoi selepas Masjid Al-Ittihadiah, KOMAS dan Haji Muhamat. :-)

Friday, April 25, 2014

Transformasi Perladangan Alaf Baru


Anda mempunyai TANAH pertanian untuk dimajukan tetapi masih tidak mempunyai idea tanaman apa yang mahu diusahakan..?

Usah gundah tanpa idea, SYFUL TAMAR bantu anda dengan cetusan idea baru industri perladangan di Malaysia.

Atau anda sedang bercadang dan mempertimbangkan TANAH anda itu untuk tanaman sawit atau lain-lain tanaman..?

Usah terburu-buru meneroka tanah untuk tanaman sawit dan lain-lainnya, SYFUL TAMAR bantu anda dengan alternatif tanaman baru yang mengujakan untuk diusahakan.

Kepakaran SYFUL TAMAR ialah membantu anda ‘berkenalan’ dan seterusnya ‘mendampingi’ tanaman yang menjadi simbolik selama ini kepada Tanah Arab dan Timur Tengah iaitu Pepohon Tamar atau lebih dikenali sebagai Pokok KURMA.

Dengan kata lain, SYFUL TAMAR mempunyai kepakaran dalam penyemaian dan pembenihan pepohon tamar bagi tujuan PerLANSKAPan, PerLADANGan dan PeWAKAFan.

Apa..? Mustahil Pokok KURMA boleh hidup subur dan berbuah di Malaysia..?  :-)  Tidak mengapa, itu respon biasa daripada para responden. SYFUL TAMAR rungkaikan keraguan itu melalui dokumen yang dinamakan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA.

Apa isi kandungan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA..? Antara yang terkandung dalam dokumen tersebut adalah ‘Kertas Kerja Penanaman Pokok KURMA’ dan ‘Perbezaan Ciri-Ciri dan Perbandingan Hasil Tanaman Sawit dengan KURMA’.

Berapa bayaran nak dapatkan PELAN PENANAMAN POKOK KURMA..? Tanpa apa-apa bayaran, SYFUL TAMAR hanya nak kongsikan info tersebut secara 100% PERCUMA. Iya, betul.  :-)

Bagaimana nak dapatkannya secara PERCUMA..? Mudah sahaja, anda boleh terus lawati dan Like Facebook Page kami yang bernama POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Kemudian, selepas Like, taip pada wall FB Page tersebut dengan perkataan ini, “Saya Mahu PELAN PENANAMAN POKOK KURMA”. Atau juga anda boleh tinggalkan emel anda di sini untuk tindakan selanjutnya oleh kami.

TIADA Paksaan, TIADA Bayaran, HANYA Perkongsian.  :-)



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : BELIEVE what you BELIEVE, IN SHA ALLAH your BELIEVE will COME TRUE.  :-)

Petik Kurma Menggunakan Jari Jemari Anda Sendiri, di Kediaman/Premis Anda Sendiri :-)


Moh petik Kurma di halaman rumah masing-masing menjelang 2020 nanti.  :-)

Apa..? Pokok Kurma pun tiada..?

Idok ngape..

Sementara menunggu terbukanya pintu hati anda untuk memiliki Pepohon Tamar di rumah dan ladang anda masing-masing atau menunggu dengan penuh khusyuk untuk ditakdirkan dihadiahi Pepohon Tamar ( ;-) ) oleh mana-mana individu kepada anda, anda boleh 'feel' dulu rasa memetik serta terus mamam kurma matang di lokasi-lokasi yang tertera di pautan ini : http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html

Peringatan kami, wajib meminta izin dengan baik kepada tuan punya Pepohon Tamar terbabit. Bina terlebih dahulu titian ukhuwwah dan talian silaturrahim, barulah sampaikan hajat membuak-buak anda memetik kurma kepada empunya pokok.

Selamat memetik..!  :-)





Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Ada sesiapa pemilik Pepohon Tamar di sini..? Boleh PM kami kongsikan situasi dan status terkini Pepohon Tamar anda.  :-)

Monday, April 21, 2014

Tangis Sebatang Tamar

Video : Tangis Sebatang Tamar
Artis : Daqmie


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=861439387205329&id=545633278785943&notif_t=notify_me




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Rasulullah SAW menenangkan tangisan Tamar itu dengan pelukan Baginda.

Saturday, April 19, 2014

Cher Tanya :-)

 
Usah ditanya tentang tanaman kontan, pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain. Bukan berlagak sombong tak moh jawab, tapi memang tak berapa nak tahu.

Tapi tanyalah apa sahaja tentang pepohon tamar. Insha Allah boleh saling berkongsi manfaat pelbagai info. Sebab itu memang kepakaran kami.  :-)

 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Misi 3P - PerLANSKAPan, PerLADANGan dan PeWAKAFan.  :-)

Thursday, April 17, 2014

Tinjau Ziarah Pergigian Teluk Tasik Chendroh

Pandangan satelit

14 Mei 2014 - Persekitaran Tasik Chendroh kaya dengan biodiversiti dan keindahan semulajadi. Dasarnya pula sarat dengan kepelbagaian sejarah dan warisan terdahulu.

 
 Subhanallah. Indah kan..?

Bertuah kami, dipandu arah oleh empunya tanahnya sendiri, Tuan Haji Mohamed Yunus Hassan. Tanah seluas 12 ekar ini di apit arus Tasik Chendroh, membentuk seakan-akan teluk. Bakal dibangunkan menjadi wilayah Agro-Pelancongan tersohor bagi Parlimen Padang Rengas khususnya, dan Malaysia amnya.


Diskusi, perkongsian dan gerak kerja
 
Tidak mahu didedahkan lebih terperinci perancangan dan gerak kerja serta jaringan kerjasama yang sedang terjalin. Segalanya selesai nanti, akan dimaklumkan kelak. :-)


  
Penelitian idea, perhalusan tindak kerja

Mohon Allah permudahkan segala urusan baik-baik kami dan juga sekalian anda. Moga kita sentiasa memberi manfaat dan menambah nilai diri kita sendiri serta hidup orang lain. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Betul-betul semulajadi..! Benar-benar fuuiiiyyyoooo...! :-)

Wednesday, April 16, 2014

'Kidnapped' Ajwah ke Alor Setar

10 April 2014 - Dari KL, henti singgah ke Ipoh, bagi tujuan pemilikan 3 Pepohon Ajwah untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Alor Setar.


Tuan Azhar kirimkan gambar ini tatkala beliau berada di Alor Setar. Tahniah Tuan Azhar, pastikan praktik secara istiqomah teknik penjagaan dan pembajaan serta info lain yang dikongsikan tempoh hari. Insha-Allah, Ajwah Tuan berbunga kelak. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Untuk perkongsian info PERCUMA Pepohon Tamar, sila klik (di sini)

Pohon Tamar Berbuah di Wakaf Tembusu

Selepas Ipoh, Gua Musang, Sabah, Baling dan Kuantan dikurniakan pembuahan terhadap Pepohon Tamar yang ditanam, kini tiba giliran Wakaf Tembusu pula menikmati pembuahan tersebut.



Pautan ini dapat membantu anda menjenguk pepohon tamar yang berbuah di lokasi-lokasi tersebut : klik (di sini).


 

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"

ST : Tahniah kepada warga Wakaf Tembusu.  :-)

Tuesday, April 15, 2014

Pokok KURMA dan BIO-ORGANIK di Gugusan Manjoi


8 April 2014 - Tuan Haji Muhamat Bin Ghazali merupakan salah seorang 'old timer' Gugusan Manjoi, Ipoh.

Petang selepas hujan sebelum perlaksanaan pada malam hari Misi Ipoh - Bukit Kepong - JB - Puchong - Ipoh, beliau berbesar hati memiliki supplimen BIO-ORGANIK dan juga turut memiliki Pokok Kurma yang ditanam di halaman rumah beliau.



Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan Tuan Haji Muhamat terhadap kepakaran kami.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"

ST : Madu Yaman yang kami gunapakai dalam SOP khusus penanaman Tamar pun turut diborong beliau.  :-)

Monday, April 14, 2014

Misi Ipoh - Bukit Kepong - JB - Puchong - Ipoh


Perancangan kami, menyempurnakan misi menaiki Proton Wira. Ketentuan Illahi, mengedit perancangan tersebut dengan bermisikan Nissan Wagon. :-)

Bertolak jam 11.30 malam pada 8 April 2014. Berhenti di R&R Seremban jam 2.30 pagi, baik punya lelap. Selepas Subuh, misi disambung.


Permulaan Misi : 1 Ekar di Bukit Kepong

Penghantaran 1 ekar Pokok Kurma selamat mendarat di Kampung Raja, Bukit Kepong jam 10.35 pagi pada 9 April 2014. Sungguh, sangat mencabar bagi kami mencari jalan ke lokasi. Tanpa GPS, tanpa peta, hanya berhubung melalui telefon dan mengikut papan tanda yang tertera di bahu jalan. Akhirnya sampai jua ke destinasi tujuan.
 
Penghantaran menaiki Nissan Wagon, pengganti Proton Wira. Luas sedikit ruangnya.

Bagi ketiga-tiga kami, inilah kali pertama menjejak kaki ke bumi Bukit Kepong. Disambut mesra oleh anakanda Tuan Haji Amat Sabiki, kami saling bersuai kenal sambil memunggah turun Pepohon Tamar yang ditempah dan berkongsi pelbagai info berkenaan Pepohon Tamar kepada beliau.
 
Memunggah turun Pepohon Tamar 1 ekar

Mengasingkan Pepohon Tamar mengikut spesis
 
Beliau juga memborong semua stok supplimen BIO-ORGANIK kami sebanyak 12 liter, hinggakan nyaris-nyaris terambil BIO-ORGANIK tempahan khas Tuan Ir Md Nasir Hashim.  :-)
 
Bersama anakanda Tuan Haji Amat Sabiki

Alhamdulillah selesai sudah di Bukit Kepong. Berangkat pula ke Johor Bahru, bertemu sua dengan Tuan Ir Md Nasir Hashim.
 
Jemaah Niaga Syful Tamar di Bukit Kepong
 
Tata Bukit Kepong. Insha Allah bertemu lagi kelak. :-)
— at Bukit Kepong, Muar Johor.
 
 
Pertengahan Misi : BIO-ORGANIK Singgah Skudai
 
 
Pertemuan dengan Tuan Ir Md Nasir Hashim di Bandar UDA Utama, Skudai jam 2.00 petang. Beliau membuat tempahan khas supplimen BIO-ORGANIK 4 liter.

Beliau merupakan pemilik Pokok Kurma SYFUL TAMAR semasa berkunjung tiba di Chemor pada 28 Februari 2013. Hajat beliau pada masa itu untuk sekaligus memiliki supplimen BIO-ORGANIK tertangguh disebabkan kehabisan stok.

Tertunai sudah akhirnya hajat Tuan Ir Md Nasir dengan diiringi senyuman lebar empunya diri.

Selesai sudah misi di Johor pada kali ini. Moh singgah R&R Machap. Mandi dan rilek-rilek jap sebelum misi henti singgah di Puchong.


Pengakhiran Misi : Kampung Seri Aman, Puchong


Jam 9.30 malam, merupakan penamat 'misi bantuan' penghantaran atas tempahan Pokok Kurma dan BIO-ORGANIK ke Bukit Kepong, JB dan Puchong.

Lokasi terakhir adalah di Kampung Seri Aman, Puchong. Segan juga, memalam dok ngaco masa lapang Tuan Del Pezal, namun kedatangan kami sangat dialu-alukan. Siap tunjuk lagi lokasi yang bakal ditanam di halaman rumah beliau.

Seperti biasa sebelum berangkat pulang, sesi soal jawab dengan pelbagai 'lempiasan' info dikongsikan bersama Tuan Del Pezal. Beliau ni, tak lekang dengan senyuman sepanjang pertemuan.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selesai bermisi. Penat..? Huh.. memang jenuh. Best..? Ah ha.. syok habis.. Masyuk..? Wow weee.. Shhhh...
  :-)

Monday, April 7, 2014

Pokok di Bumi Tua


 
Pokok merupakan penyelesaian kepada majoriti permasalahan persekitaran kita. Pokok bukan sahaja berfungsi sebagai 'paru-paru' bumi malah bertindak sebagai duta tunggal pembekalan udara kepada hidupan.

Pastikan kediaman kita mempunyai sekurang-kurangnya sepohon pokok selain rerumput yang tumbuh melata bagi membantu mengurangkan ketenatan yang sedang ditempuhi bumi tua kita.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi mendapat gambaran lebih tepat tentang situasi bumi, sila selidiki Peristiwa Israk Mikraj.

Saturday, April 5, 2014

Kini Tidak 'Bolen' Lagi

Yea Yea! 'Baju' minggu depan siap. Tiada lagi 'perbolenan' dalam pembotolan BIO-ORGANIK berbanding sebelum ini (ini pautannya : http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/beraksi-bolen.html). Barulah lebih gah dan berani menonjolkan diri. :-)


BIO-ORGANIK sedia membantu 'mentonak-tonikkan' pepohon KURMA, TIN, ZAITUN, DELIMA dan ANGGUR milik anda supaya lebih subur serta segar bugar sehingga mampu membuahkan hasil yang membuak-buak kelak. Tanaman lain juga sangat relevan terpana akan impak supplimen pokok ini. :-)



100% Organik, 100% Selamat. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen BIO-ORGANIK hanya pencetus tindakan, pembuakan hasil Allah punya keizinan.

Thursday, April 3, 2014

Sebakul Ajwah Milik KOMAS

2 April 2014 - Bermula SOP penanaman selepas kerja-kerja pembersihan pada pagi 1 April 2014 di tanah bersebelahan Pusat Pelupusan Al-Quran. Kedua-dua lokasi ini milik Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS).
 


Selain daripada itu KOMAS juga membuat tempahan khas gegelung besi (wire mesh) pelindung pepohon Ajwah di tanah lokasi berkenaan. 'Up sales'..!  :-)
 
Sebakul Ajwah Menghuni KOMAS
 
Gali lubang

SOP penanaman dilaksana

Piawaian penanaman dipraktik

Dilingkari gegelung besi

Dijangka kerja-kerja penanaman spesis Ajwah ini akan siap sepenuhnya pada petang ini. Insha Allah, dipermudahkan oleh-Nya.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Hari-hari hujan. Situasi yang sangat disukai oleh kami selaku 'Hang Changkhol'.
— at Gugusan Manjoi.

1/3 Ekar Ajwah Milik Dr. Hazlan

1 April 2014 - Pagi kami membersih tanah lot milik Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) seluas 70'x90' bersebelahan dengan Pusat Pelupusan Al-Quran juga milik KOMAS di Manjoi, bagi kerja-kerja penanaman pepohon tamar di situ.

Lepas Zohor pula kami bertolak ke Sungai Buloh bagi bertemu mesra Dr. Hazlan Hamzah, pemilik empayar Ibnusina Resources Sdn Bhd yang juga merupakan doktor klinik beliau di Kuantan.

Sungguh merendah diri Dr. Hazlan dalam pergaulan dan percakapan. Tidak terasa jurang taraf ketika berbicara dan berdiskusi dengan beliau.

Walaupun tidak pernah bertemu sebelum ini, hanya berkenalan melalui internet dan telefon, beliau optimis membuat bayaran penuh melalui akaun Syful Tamar ketika membuat tempahan pokok kurma Ajwah bagi penanaman keluasan 1/3 ekar tanah beliau di Kemaman..! Kami bersyukur limpahan perspektif kepercayaan kurnian-Nya terhadap kami.  :-)

Beliau maklumkan dengan teruja, ini adalah pertama kali dalam sejarah beliau sebagai seorang doktor dan 'Big Boss', punyai masa yang sangat terluang untuk bertemu dengan kenalan apabila 'out-station' ke Lembah Klang. Kuasa Allah kan, dipermudah segala urusan.  :-)

Beliau maklumkan lagi, segala persoalan beliau tentang pepohon tamar selama ini terjawab sudah. Sungguh, kami tak lokek berkongsi info tentang pepohon tamar. Kita saling berkongsi manfaat.  :-)

Disebabkan itu juga, beliau ‘sapu bersih habis’ stok simpanan pokok kurma lain spesis Deglet Nour, Safia dan Mariami yang kami tak sengaja bawa sekali dalam kereta termasuklah 4 liter supplimen BIO-ORGANIK khusus bagi tanaman kurma yang masih ‘bolen’, tidak ‘berbaju’, sebab label belum siap. :-)  Rezeki kan. Lain kali pertemuan dengan Dr. Hazlan, kami nak naik lori 3 tan lah..! Ala, gurau pun tak boleh..  ;-p
 
Acara memuat masuk Pokok Ajwah ke kereta Dr. Hazlan

Kedudukan suku bahagian pokok ketika dimuat masuk

Dr. Hazlan (berkemeja biru)



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen BIO-ORGANIK..?  :-)  Ini pautannya http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/beraksi-bolen.html
— at Restoran Jejantas Sungai Buloh, PLUS.