Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, April 29, 2015

Kurma Seberang Jaya


Secara rasminya, memperkenalkan wakil kami di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Tuan Ahmad Nasaruddin Bin Che Embi. Taraaaa..! smile emoticon
Tidak lain dan tidak bukan, lantikan rasmi beliau ini adalah semata-mata menjadi pemudahcara dan perantara bagi pemilikan Pepohon Tamar serta Supplimen BIO ORGANIK yang berasaskan nutrien sunnah untuk tanaman Kurma, khusus bagi anda yang bermastautin dan bermukim di sekitar Utara.
Anda yang kebetulan berada di Pulau Pinang bagi sebarang tujuan juga boleh berurusan dengan beliau bagi melunaskan hajat dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dan Supplimen BIO ORGANIK tersebut.
Tuan Nasaruddin boleh dihubungi melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0194982719. In Shaa Allah, kami boleh membantu anda, selagi stok beliau selaku wakil Seberang Jaya masih ada. smile emoticon

Syful Tamar. (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Moga ikhtiar kudus kami ini, bagi melestarikan perlanskapan warga Pulau Pinang dengan Pepohon Tamar, sentiasa mendapat perkenan dan rahmat Dia.

Kurma Dua YB

Bersamaan tarikh dengan MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) di Kuala Kangsar pada 25 April 2015, turut berlangsung KARNIVAL KAMPUNG KESAYANGANKU di Klang yang juga menyenaraikan penanaman Pokok Kurma sebagai salah satu tentatif program karnival tersebut.
Karnival itu merupakan salah satu wadah penyantunan kerajaan negeri menjelajah ke perkampungan yang ada di Selangor.
Sekolah Islam Alfarabi di Kampung Delek Kiri, Klang menjadi salah satu destinasi persinggahan delegasi karnival. Kami sebelum ini, telah melaksanakan tanggungjawab selaku pemudahcara pemilikan Pokok Kurma pihak sekolah pada 10 April 2015. Paparan pemilikan tersebut berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/alfarabi-quranic-botanical…
Bertempat di ALFARABI QURANIC BOTANICAL GARDEN berhampiran di padang sekolah, penanaman Pokok Kurma Ajwah dan Pokok Kurma Madu itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Yang Berhormat Datuk Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang, Yang Berhormat Dr. Hjh. Halimah Bin Ali.

Kami dimaklumi pihak pengurusan sekolah, program penanaman Kurma sempena karnival tersebut berlangsung dengan jayanya.
Tahniah kerajaan negeri Selangor. Juga tahniah dan terima kasih Sekolah Islam Alfarabi. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Bagi melihat lebih paparan bergambar bagi pos ini, sila klik (di sini). smile emoticon

Kurma Mercu Tanda Clifford


Pokok Kurma Jadi Mercu Tanda Baharu : Sinar Harian, 29 April 2015, Halaman 42

Kelihatan dalam paparan artikel, Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Yang Berhormat Maslin Sham Razman (kemeja biru) sedang menekuni penerangan tentang perlaksanaan wakaf 2 Pokok Kurma Ajwah serta 3 Pokok Kurma Madu oleh Pengerusi CLIFFORDIAN 1995/1999, Tuan Azhari Zamin dan pembantu pengiring MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI), Tuan Shah Nahar Rafie (kiri sekali). smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah CLIFFORDIAN 1995/1999 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. smile emoticon
— reading newspaper with Zaidi Zamani.

Tuesday, April 28, 2015

Menjunjung Kasih DYAM Tuanku


Sekalian warga CLIFFORDIAN 1995/1999 menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah atas perkenan mencemar duli berangkat dan seterusnya menyempurnakan MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) di perkarangan Dewan Hamdan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar pada 25 April 2015.
Pertemuan pertama kali dengan DYAM Tuanku menitipkan sejarah unik buat CLIFFORDIAN 1995/1999. Ini kerana, ianya bukan sekadar pertemuan Raja dengan rakyatnya, malah pertemuan tersebut juga adalah tautan temu antara senior dengan juniornya yang berjarak puluhan tahun. Ini kerana, DYAM Tuanku juga merupakan penuntut SMK Clifford, Kuala Kangsar suatu masa dahulu. smile emoticon
Sekali lagi CLIFFORDIAN 1995/1999 merafak sembah penghargaan dan menjunjung kasih ke bawah DYAM Tuanku. Moga bertemu lagi pada sessi tautan yang mendatang. In Shaa Allah. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Coretan persitiwa bergambar majlis DiRaja tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/04/ajwah-diraja.html

Bonsai Tamar DiRaja


CLIFFORDIAN 1995/1999 mempersembahkan cenderahati Bonsai Tamar kepada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah atas perkenan baginda mencemar duli ke MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) di perkarangan Dewan Hamdan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar pada 25 April 2015.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Bonsai Tamar tanda menjunjung kasih CLIFFORDIAN 1995/1999 kepada DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan. smile emoticon

Monday, April 27, 2015

Ajwah DiRaja

25 Mac 2015 - Lakaran sejarah dicipta pada petang 6 Rejab 1436 H oleh CLIFFORDIAN 1995/1999 - bekas penuntut SMK Clifford, Kuala Kangsar bagi sessi 1995 hingga 1999.
CLIFFORDIAN 1995/1999 merupakan salah satu delegasi bekas penuntut SMK Clifford yang sangat aktif menganjurkan pelbagai program tahunan.
Penganjuran program kali ini, melonjakkan lagi kemampuan delegasi ini ke fasa yang lebih berprestij dengan terjemahan idea MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) - 2 Pokok Kurma Ajwah dan 3 Pokok Kurma Madu diwakafkan sendiri oleh CLIFFORDIAN 1995/1999 kepada pihak sekolah.
Penanaman Pokok Kurma Ajwah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.
Persiapan majlis dari kerja-kerja dokumentasi, percetakan hinggalah kerja-kerja penanaman Pokok Kurma dan pemasangan khemah serta perincian tugasan lain, diuruskan sendiri oleh CLIFFORDIAN 1995/1999 secara bergotong-royong.
Simbolik penanaman bagi 3 Pokok Kurma Madu pula disempurnakan oleh Pengetua SMK Clifford, Tuan Haji Salim Bin Suhaimi, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Yang Berhormat Encik Maslin Sham Bin Razman dan empunya empayar Kicap Tamin, Datuk Mior Idris Bin Mior Jaafar.
Jelas tergambar perasaan gembira dan puas pada raut wajah setiap CLIFFORDIAN 1995/1999. Penat bersiap siaga bagi persediaan majlis sangat berbaloi dengan pencapaian tersebut. Good job..! smile emoticon
Tahniah CLIFFORDIAN 1995/1999 dan SMK Clifford, Kuala Kangsar atas perlaksanaan wakaf Pokok Kurma melalui penganjuran majlis DiRaja yang sangat berjaya ini. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Untuk paparan lebih banyak gambar peristiwa majlis DiRaja tersebut sila klik (di sini) dan (di sini).

Sunday, April 26, 2015

Kome Kat Mane..?


Kami di sini petang semalam.

MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) di perkarangan Dewan Hamdan, SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Kome pulok..?

Kome kat mane..? Kome, kome kat mane..? smile emoticon;-)

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur, berlangsung dengan jayanya. Sat-sat nanti kami coretkan rangkuman bergambar majlis tersebut ya.
 — feeling excited at Smk Clifford, Kuala Kangsar.

Saturday, April 25, 2015

Raptai Berfasa Dua

24 April 2015
Cerita petang tadi :
Raptai fasa pertama selesai. Baluti kelubung dengan banting UV bertemakan program juga selesai.
Dijayakan secara berjemaah. Diikhtiar hingga sudah.
Perancangan esok :
Susun atur kerusi DiRaja dan VIP, hiasi khemah DiRaja, pemasangan karpet laluan DiRaja, alih tanam 2 Pokok Kurma Ajwah dan 3 Pokok Kurma Madu ke dalam kelubung serta raptai penuh pada jam 2.00 petang sebelum acara sebenar berlangsung.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Serba sedikit coretan persediaan MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI) yang bakal berlangsung di perkarangan Dewan Hamdan, SMK Clifford, Kuala Kangsar pada 25 April 2015, jam 3.30 petang.

Penanaman DiRaja


Sejak 3 minggu lalu, kerjasama antara alumni SMK Clifford Kuala Kangsar, CLIFFORD CREW 1995/1999 dengan kami bertautan.

Perkongsian kami di FB dan blog dalam tempoh tersebut dialih kepada mod 'free gear'. Berhibernasi seketika. Menghala fokus kepada perancangan dan perlaksanaan persiapan.

Saling bertungkus lumus dan berkongsi manfaat bersama CLIFFORD CREW 1995/199 bagi menjayakan program MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA NABI (AJWAH) pada esok hari, 25 April 2015.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Raptai pada petang ini selepas Asar - persiapan akhir dan praktis protokol DiRaja.
 — feeling excited.

Limpahan Dia


19 April 2015
Goyang hati kami. Bilamana bergoyang-goyang 'awning' depan.
Berdebar jantung kami. Tatkala bergegar-gegar kereta kepunyaan.
Terperanjat jiwa kami. Apabila terangkat-angkat Pepohon Kurma dalam beg polimer.
Situasi ribut petang tadi di tetangga kejiranan kami.
Syukur atas limpah kurnia-Nya. Kami terselamat dari sebarang bencana.

Syful Tamar (ST)
POKOK.KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Gambar menunjukkan persempadanan zink perumahan baru yang hampir roboh. Betul-betul di seberang jalan depan rumah kami.

Saturday, April 18, 2015

Organik Cuka Kayu


Cuka Kayu merupakan item tani organik yang kami gunakan sejak awal tahun ini. Cukup banyak membantu menyah dan menghindar 'persinggahan dan penginapan' serangga serta haiwan eksotik lain seperti siput babi, beluncas dan ulat gonggok daripada 'mengintimi' Pokok Kurma semaian kami.

Pada pengamatan kami, Cuka Kayu juga berperanan mengurangi dan mencegah jangkitan kulat terhadap dedaun pelepah Pokok Kurma.

Cuka Kayu menjadi alternatif terbaik bagi mencapai sasaran SIFAR RACUN atau bahan kimia lain dalam penggunaannya terhadap tanaman.

Menurut pembekal tunggal kami di Chemor, sebatian Cuka Kayu diperoleh daripada pengewapan ketika pembakaran kayu bakau bagi tujuan pemprosesan arang kayu. Formulasasi selanjutnya tidak pula didedahkan. Rahsia syarikat barangkali. smile emoticon

Patutlah botolnya semerbak bau kayu bakaran. Namun bila dibuka penutupnya, tengit pula dengan bau cuka.

Nisbah yang kami amalkan bagi tujuan menghindari serangga dan jangkitan kulat adalah 2:14, iaitu 2 sukatan Cuka Kayu dan 14 sukatan air. Air yang kami gunakan biasanya air tadahan hujan atau Gau atau mineral.

Kelebihan ketara penggunaan Cuka Kayu adalah begini. Andaikan pemilik menyembur racun tani kepada tanaman. Wajib mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum dipetik hasilnya. Ianya bertujuan bagi membantu meneutralkan kesan racun yang disembur. Setelah dipetik, perlu juga direndam dan dibasuh sebersih mungkin bagi menghilangkan kesan racun yang digunakan. Dan ada kemungkinan juga, kesan racun yang dibersihkan itu tidak hilang sepenuhnya, malah ada yang kekal meliputi hasil petikan hinggalah dijamah oleh kita menjadi makanan rutin.

Sebaliknya berlaku dalam penggunaan Cuka Kayu. Setelah tanaman disembur, bila-bila masa sahaja hasilnya boleh dipetik. Hsnya perlu cuci hasil petikan yang bertujuan untuk menghilangkan bau tengit semburan sahaja. Sangat menjimatkan masa dan sangat baik untuk kesihatan. Inilah impak penggunaan 100% bahan organik. smile emoticon

Mampu juga melonjak nilai tambah dalam permohonan 
petani dan pekebun bagi sijil Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice - GAP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. 
smile emoticon

Jadi, apalagi, dapatkan segera Cuka Kayu pelbagai jenama yang ada di pusat jualan item tani berhampiran kawasan anda. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat beramal dan selamat menahan ketengitan bau Cuka Kayu. wink emoticon

Tuesday, April 14, 2015

Logo di Kaca TV


Kami percaya, pasti terdetik rasa puas dan berbunga-bunga di hati, tatkala melihat paparan rekabentuk logo sentuhan sendiri di kaca tv.
Logo unik SYFUL TAMAR dipaparkan pada akhir program Agrojurnal bagi episod bertajuk KURMA MALAYSIA pada 8 Februari 2015.
Nukil reka logo oleh jejaka dari Pulau Pinang, Tuan Muhammad Azizi. Beliau bukan sahaja bijak mencipta logo, malah poster, pelan rekaan dalaman dan perihal yang berkaitan reka bentuk pengiklanan serta industri.
Kami mengambil peluang 'tawaran runtuh' beliau pada 2013, dengan caj yang dikenakan hanya RM50 sahaja bagi satu desain.
Sejak itu kami bergerak dengan logo nukilan beliau tersebut. Gah tersemat di pautan blog, FB page, cetakan risalah, baju t, profail bisnes, cenderahati mug hinggalah kepada paparan program tv tersebut.
Samada masih ada lagi atau tidak tawaran harga sebegitu, dengan 'kecunan' desain sedemikian, cubalah anda bertanya terus kepada beliau. Lagipun, ulangtahun kelahiran beliau baru sahaja dirai pada minggu lepas. Manalah tahu kot rezeki anda, beliau buat 'tawaran runtuh' yang lebih tidak munasabah lagi berbanding 2013 sempena keraian itu.smile emoticon

ST : Oh, tidak, belum lagi. Kami belum lagi muat naik dokumentari tani KURMA MALAYSIA ke Youtube. Sudah kelak kami maklumi semula ya. smile emoticon

Kurma Masjid Dalam Pembikinan


11 April 2015 - Pokok Kurma pertama yang melanskapi Masjid Baru Batu 4, Gerik telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Tuan Arif Fadzilah (bertopi).
Diiringi doa oleh Ustaz Mior (berjubah) dalam majlis yang serba ringkas dalam waktu Dhuha.
Mendapat kerjasama dan tajaan daripada Kolej Komuniti Gerik untuk kerja-kerja gotong royong masjid serta pemilikan Pepohon Kurma Madu.
Terima kasih kepada Tuan Haji Annuar Shadad (baju belang putih) dan Cikgu Sam atas kiriman gambar-gambar penanaman tersebut. Kedua-dua mereka inilah bersama-sama Tuan Haji Sobri (baju t biru + merah), delegasi yang membuat pemilikan Pepohon Kurma Madu di Nerseri Mini Pokok Kurma RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh. Ini pautan peristiwa pemilikan berkenaan - http://syfultamar.blogspot.com/2015/…/kurma-masjid-baru.html
Tahniah jawatankuasa Masjid Baru Batu 4 atas peristiwa bersejarah tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Gambar penuh perlaksanaan penanaman Pepohon Kurma Madu di masjid itu berada pada pautan https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1093528430663089.1073741986.545633278785943&type=1smile emoticon

Alfarabi Quranic Botanical Garden


10 April 2015 - 7 Pokok Kurma Ajwah, 15 Pokok Kurma Madu dan 1 liter Supplimen BIO ORGANIK menjadi milik Sekolah Islam Al-Farabi, Kampung Delik Kiri, Klang.
Bermula dengan sessi suai kenal ketika berurusan di pejabat dan ketika bersarapan di kantin. Disusuli taklimat ringkas dan praktikal Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di lokasi penanaman.
Tempaan sejarah berlaku tatkala penanaman Pokok Kurma pertama di bumi Al-Farabi. Info bergambar perihal tersebut berada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/kurma-pertama-al-farabi.ht….
Sekolah Islam Al-Farabi telah dipilih oleh kerajaan negeri Selangor sebagai salah satu sekolah berlanskapkan tanaman yang terdapat di dalam Al-Quran.
Ruang lanskap yang diberi nama Alfarabi Quranic Botanical Garden, disokong dan diilhami sepenuhnya oleh YB Dr Hjh Halimah Ali,
Adun Selat Klang (N45).
Bakal dikunjungi oleh MB Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali pada 25 April 2015 bagi menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma Ajwah di Al-Farabi.
Tahniah sekalian warga Sekolah Islam Al-Farabi atas pemilikan berkenaan. Juga terima kasih kepada Puan Norfaieza Shahrir, Pegawai Tadbir sekolah persendirian tersebut atas kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai pemudahcara merealisasikan penanaman Kurma di Alfarabi Quranic Botanical Garden. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Peristiwa bergambar tentang perlanskapan Pepohon Tamar Alfarabi Quranic Botanical Garden boleh disantuni pada pautan 
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1092624577420141&id=545633278785943&notif_t=like

Saturday, April 11, 2015

Kurma Pertama Al-Farabi


10 April 2015 - Pahatan sejarah di Kampung Delik Kiri, Klang. Pokok Kurma PERTAMA ditanam dalam waktu Dhuha di Sekolah Islam Al-Farabi.smile emoticon
Pokok Kurma Madu itu ditanam bersama oleh Ahli Lembaga Pengurus, Ekonomi dan Pengurusan Al-Farabi, Tuan Hj Daud Bin Dollah (bertopi) serta Ahli Lembaga Pengurus dan Pentadbiran Al-Farabi merangkap Ketua Kampung Delik, Tuan Hj Shamsulbahri Bin Iksan (berbaju T biru).
Bagaimana tercetusnya idea perlaksanaan penanaman ini? Dan apakah tujuan perlaksanaannya?
Malam-malam sat lagi kami coretkan ya. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Masih terkenang-kenang nilai 'passion' dan keterujaan warga Al-Farabi melestarikan perlanskapan dengan Pepohon Tamar. smile emoticon

Menyantuni Wakil Setapak


9 April 2015 - Puan Noor Samawati dari Kampung Puah, Setapak menyantuni wakil Setapak kami, Tuan Alif Aizat.
Membawa pulang 500 ml Supplimen BIO ORGANIK untuk kegunaan tanaman di sekitar kediaman Puan Noor Samawati. Moga supplimen yang berasaskan 5 nutrien sunnah itu memberi manfaat kepada tanaman beliau.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah dan terima kasih Puan Noor Samawati sekeluarga atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Kurma Kembara Musafir


9 April 2015 - Sedia siap siaga item tempahan Sekolah Islam Al-Farabi, Kampung Delik Kiri, Klang. Tersusun segak dan anggun 6 Pokok Kurma Ajwah serta 14 Pokok Kurma Madu milik sekolah persendirian tersebut yang akan dimuat masuk ke bonet kenderaan kami.

Kembara Musafir ke Klang sehingga Ahad. Shah Alam turut berada dalam permusafiran kali ini. Memudahcara pemilikan Supplimen BIO ORGANIK kepada seorang jejaka.

Mohon doa kalian agar kami dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan dalam perjalanan pergi serta pulang sepanjang bermusafir.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moh monggah masok Pokok Korma..! wink emoticon
 — feeling excited at Taman Klebang Putra.

Kurma Masjid Baru


8 April 2015 - Wakil jawatankuasa pembinaan masjid baru Batu 4 Gerik, Tuan Haji Annuar Shadad bertandang ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Hadir bersama isteri, beliau kongsikan 2 info utama dalam kunjungan petang berkenaan.

Pertama, Ahad ini gotong-royong membersih kawasan masjid dengan kerjasama salah sebuah institusi pengajian swasta di Gerik. Masjid baru yang masih belum dimuktamadkan namanya ini hampir siap pembinaannya. Di antara agenda gotong-royong adalah menanam Pokok Kurma Madu di persekitaran masjid.

Kedua, beliau dan isteri merupakan pengasas formula EM yang bukan sahaja bertindak sebagai baja tani, malah mampu meneutralkan pencemaran air dan bau. Sangat menarik perkongsian tersebut.

Kedua-dua penekunan info ini mengheret kami hampir sejam tanpa sedar dalam perkongsian.

Sebagai salah seorang jawatankuasa pembinaan masjid, Tuan Haji Annuar membawa pulang 13 Pokok Kurma Madu dan 1.5 liter Supplimen BIO ORGANIK untuk keperluan masjid. Turut juga memiliki 500ml Supplimen BIO ORGANIK bagi kegunaan peribadi.

Beliau turut mohon 'reserve' 1 Pokok Kurma Madu yang akan dilaksanakan simbolik penanamannya sempena perasmian pembukaan masjid kelak. Berkemungkinan pada Ramadhan nanti.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih jawantankuasa pembinaan masjid baru Batu 4 atas pemilikan tersebut. smile emoticon
 — at RPT Pengkalan Pegoh Seberang..

Juara Tambun


5 Januari 2015 - Tahniah Zon Chemor atas kejuaraan bolasepak sempena KEJOHANAN BOLASEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN TAMBUN.

Selaku salah satu penaja, kami turut tumpang 'glamour' atas kejayaan itu.smile emoticon

Tahniah sekali lagi kepada keseluruhan pasukan PASTI Zon Chemor - pengurus, jurulatih, guru-guru dan para pemain cilik. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Untuk meninjau lebih banyak gambar detik-detik kejuaraan pasukan bolasepak PASTI Zon Chemor, sila santuni pautan https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1089567267725872.1073741985.545633278785943&type=1

Monday, April 6, 2015

Kurma BerGST


Ramai yang bertanya, samada secara serius mahupun berseloroh, adakah POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dikenakan GST..?

Memang tidak dapat disangkal lagi, dengan penuh yakin, kami mengangguk sambil mengatakan, "Ya, ada GST."

Wajah yang serius menjadi sedikit kelat. Teregang ke belakang kulit muka. Wajah yang seloroh juga turut berevolusi. Kerutan di dahi, dengan senyuman tak jadi.

Namun apabila diperjelas dan diperincikan, GST kami tidak berhubung kait dengan sistem percukaian, ianya merupakan ringkasan terma GENG SYFUL TAMAR (GST), yang membingkiskan penghargaan kepada pihak dan individu yang terlibat.

Wajah sahabat dan prospek yang bertanya kembali ceria, senyum pun semakin melebar. smile emoticon

Bagaimana pula tu..? wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pencerahan tentang definisi dan kefungsian GST kami boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/03/kami-sayang-gst.html

Sentap Kedua Kali


2 April 2015 - Kali kedua bersua temu. Delegasi Sentap Anim Abu. Selepas berjumpa setahun lalu.

Kali pertama dahulu di Perak. Ini kalilah pun juga di Perak.

Bermacam tip kami gali. Berderetan info boleh diaplikasi.

Luangan masa dari selepas Asar hingga menjelang Maghrib. Bakal dikenang menjadi arkib.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Jumpa lagi Puan Anim sekeluarga pada episod kehidupan yang mendatang kelak.  :-)

Hindari Diintim


Ulat dan serangga seperti beluncas serta belalang sangat gemar kepada pucuk muda dan dedaun lembut. Tidak terkecuali juga Pepohon Tamar di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh yang sering diintimi beluncas dan belalang.

Namun syukur kini, dapat diatasi akan situasi tersebut. Tiada penggunaan racun serangga, jauh sekali berkumat kamit dengan jampi serapah.

Ini tindakan yang kami ikhtiarkan :

1. Tabur sekeliling pokok dengan garam bukit/mineral. Ia mencegah ulat dan serangga daripada merayap mendekati pokok disamping menjadi salah satu tonik yang sangat baik untuk tanaman. Sebab itulah kami menjadikan garam bukit sebagai salah satu ramuan istimewa dalam penghasilan supplimen BIO ORGANIK khusus untuk tanaman Kurma. Info tersebut berada pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

2. Gunakan satu item ini yang dinamakan Cuka Kayu. Ianya adalah bahan organik daripada bakaran kayu bakau yang berfungsi menghindari tanaman dihinggapi ulat serangga. Ia boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual bahan dan alat pertanian.

3. Setelah berjaya diatasi, anda juga boleh rujuk pelbagai tip dan info tentang Penjagaan dan Pembajaan Pokok Kurma secara spesifik yang kami kongsikan secara 100% PERCUMA di pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html. Walaupun info tersebut hanya fokus berkaitan Pokok Kurma, namun ia sangat praktikal dan ideal untuk diaplikasi kepada tanaman anda yang lain.

In Shaa Allah, perkongsian yang kami titipkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat berikhtiar. smile emoticon

Bukan Perosak


Ramai yang mentafsirkan ulat dan serangga yang memamah tanaman sebagai serangan makhluk perosak, sama 'level' dengan tikus, babi hutan, kera dan sebagainya. Ada juga yang melabelkan serangga dan haiwan-haiwan ini sebagai musuh tani.

Oh, tidak.. Bukan begitu. Serangga dan haiwan-haiwan ini hanya mengikut fitrah serta aturan alam yang telah ditetapkan. Hanya mengikut kehendak naluri dan keperluan yang telah di'install' kurnia.

Tiada langsung berniat merosakkan hasil tani, juga tiada kepingin langsung mahu memusuhi para pekebun dan petani.

Ya, betul, sebagai petani atau pemilik tanaman, kita juga punyai tanggungjawab menjaga sebaik mungkin tanaman kita. Seandainya berlaku situasi di luar kawalan setelah langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan, sehingga terpaksa kita membunuh serta menghapuskan serangga dan haiwan tersebut, tidak perlu menganggap 'mereka' sebagai perosak mahupun musuh. Lunaskan sahaja tanggungjawab kita dalam pemuliharaan tanaman dengan rasa hormat terhadap sesama makhluk.

Lupus elok-elok dan tertib selepas membunuh 'mereka' samada tanamkan, bungkuskan sebelum buang dan sebagainya. Jadikan pembakaran sebagai alternatif terakhir dalam pelupusan. Mesra alam.

Jika kita menghormati 'mereka' sehingga ke tahap tersebut, percayalah, 'mereka' juga tidak menganggap kita sebagai makhluk perosak mahupun musuh. Walaupun hakikatnya manusia lebih dikenali sebagai perosak mukabumi.

Sebagai iktibar, bilamana kita marah-marah, atau lebih parah hinggakan maki-hamun 'mereka' yang cuma mengikut fitrah, sedarkah pada siapa kita tujukan rasa marah dan hamburan nista itu..? Secara tak sedar, sebenarnya kita tujukan kepada Dia yang telah meng'install'kan naluri tersebut sejak azali kepada serangga dan haiwan-haiwan terbabit. Nauzubillah Min Zalik..

Lagipun, kita juga yang meneroka habitat asal 'mereka'kan..? Jelas, siapa 'abang kawasan' kan..?wink emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Catatan Hang Kebun yang juga pernah tersalah anggap dan melakukan kesilapan yang telah dinukilkan seperti di atas.

Thursday, April 2, 2015

Kurma Ali Sekeluarga


1 April 2015 - Tuan Ali (tengah) sekeluarga dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Utara, singgah petang ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Mengetahui info kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma melalui dokumentari tani "KURMA MALAYSIA" di Agrojurnal TV1.

2 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK dibawa pulang sebagai pemilikan mutlak keluarga ini. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Ali sekeluarga. smile emoticon
— at RPT Pengkalan Pegoh Seberang

Kekecewaan Ramai


1 April 2015 - Ohh.. Hmm.. Ramai yang kecewa sebenarnya. Hmm..

Bukan kami tak mahu memenuhi. Tapi kini tak terdaya memenuhi.

Dahulu ya, kami punyai 3-4 kaki ketinggian Pokok Kurma pelbagai spesis. Setinggi anak-anak kecil yang sudah mampu berlari.

Namun, selepas perkongsian info kami didedahkan dalam akhbar KOSMO! AHAD pada 29 Jun 2014, kadar Pokok Kurma setinggi itu semakin menyusut.

Lebih terkesan setelah dokumentari berkaitan Kurma di Malaysia melalui MAJALAH 3, yang mana paparan tentang kami terselit selama 14 minit dalam program tv yang berdurasi selama 1 jam itu pada 30 Jun 2014.

Sejak itu, hanya Pokok Kurma berketinggian 2-3 kaki sahaja yang 'menginap' di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.

Kini, hanya berbaki Pokok Kurma yang berketinggian 1-2 kaki sahaja. Ini kerana, impak daripada tayangan AGROJURNAL di TV1 melalui naskah yang bertajuk "KURMA MALAYSIA" pada 8 Februari 2015, memaparkan dokumentari tani kami selama setengah jam. Berulang siar beberapa kali sepanjang Februari 2015.

Maafkan kami Tuan Azri dan Puan Alina, sekadar itu sahaja ketinggian 3 Pokok Kurma Ajwah dan 2 Pokok Kurma Madu dalam gambar di atas yang terdaya kami hantar ke rumah pasangan suami isteri ini di Tambun Heights, Ipoh. Syukur kedua-dua mereka tetap gembira dan berpuas hati.

Moga Pepohon Tamar tersebut sentiasa subur dan segar bugar di keluasan tanah lanskap sekeliling kediaman mewah mereka.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Liputan dan terbitan artikel pelbagai medium media tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html
 — at Tambun Heights, Ipoh.