Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, April 6, 2015

Bukan Perosak


Ramai yang mentafsirkan ulat dan serangga yang memamah tanaman sebagai serangan makhluk perosak, sama 'level' dengan tikus, babi hutan, kera dan sebagainya. Ada juga yang melabelkan serangga dan haiwan-haiwan ini sebagai musuh tani.

Oh, tidak.. Bukan begitu. Serangga dan haiwan-haiwan ini hanya mengikut fitrah serta aturan alam yang telah ditetapkan. Hanya mengikut kehendak naluri dan keperluan yang telah di'install' kurnia.

Tiada langsung berniat merosakkan hasil tani, juga tiada kepingin langsung mahu memusuhi para pekebun dan petani.

Ya, betul, sebagai petani atau pemilik tanaman, kita juga punyai tanggungjawab menjaga sebaik mungkin tanaman kita. Seandainya berlaku situasi di luar kawalan setelah langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan, sehingga terpaksa kita membunuh serta menghapuskan serangga dan haiwan tersebut, tidak perlu menganggap 'mereka' sebagai perosak mahupun musuh. Lunaskan sahaja tanggungjawab kita dalam pemuliharaan tanaman dengan rasa hormat terhadap sesama makhluk.

Lupus elok-elok dan tertib selepas membunuh 'mereka' samada tanamkan, bungkuskan sebelum buang dan sebagainya. Jadikan pembakaran sebagai alternatif terakhir dalam pelupusan. Mesra alam.

Jika kita menghormati 'mereka' sehingga ke tahap tersebut, percayalah, 'mereka' juga tidak menganggap kita sebagai makhluk perosak mahupun musuh. Walaupun hakikatnya manusia lebih dikenali sebagai perosak mukabumi.

Sebagai iktibar, bilamana kita marah-marah, atau lebih parah hinggakan maki-hamun 'mereka' yang cuma mengikut fitrah, sedarkah pada siapa kita tujukan rasa marah dan hamburan nista itu..? Secara tak sedar, sebenarnya kita tujukan kepada Dia yang telah meng'install'kan naluri tersebut sejak azali kepada serangga dan haiwan-haiwan terbabit. Nauzubillah Min Zalik..

Lagipun, kita juga yang meneroka habitat asal 'mereka'kan..? Jelas, siapa 'abang kawasan' kan..?wink emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Catatan Hang Kebun yang juga pernah tersalah anggap dan melakukan kesilapan yang telah dinukilkan seperti di atas.

No comments: