Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, May 31, 2015

Kembara Kurma Tok Gajah

Rangkuman rentetan dan tautan peristiwa 'pendaratan' Pokok Kurma ke Pahang pada 30 Mei 2015 :

1. Persiapan sebelum bertolak
    sila klik (di sini)

2. Lokasi 1 - Kerdau, Temerloh
    ~ Perladangan Kurma berpagar milik Tuan Syed Adli
    ~ Pemilikan : 30 Pokok Kurma Ajwah
                         : 20 Pokok Kurma Madu
                         : 10 Pokok Kurma Mariami
                         : 10 Pokok Kurma Shafawi
                         : 3 liter supplimen organik Pokok Kurma
                         : 2 liter Cuka Kayu
    sila klik (di sini)

3. Lokasi 2 - Kampung Kempadang, Kuantan
    ~ Lantikan wakil edaran Kuantan; Tuan Zahari Abd Razak
    ~ Pemilikan stok 35 Pokok Kurma Madu dan 1 pasu Bonsai Tamar
    sila klik (di sini)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Jumpa lagi warga Pahang.  :-)

Saturday, May 30, 2015

Pedo Avokado


Uurrrgghhh..! Pedo bebeno avokado..
Kami cuma mampu menjamah hanya seceduk sudu teh isi avokado. Deria rasa kami masih tidak dapat menyerap enigma rasa berlemak buah itu.
Patutlah para sahabat grup tani rekemen kisar buat jus campur dengan gula.
Gula..? Campur madu lagi sihat..! smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Apa ya, khasiat avokado..?

Kurma Tepi 'Highway'

29 Mei 2015 - Selesai sepenuhnya penyempurnaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di Surau An-Nur, Taman Sri Desa, Ampang, Ipoh kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Jawatankuasa yang menyambut ketibaan kami

Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma

Lokasi surau yang menarik, betul-betul bersempadan dengan Lebuhraya Utara Selatan di susur keluar tol Ipoh Selatan. 
smile emoticon
Kurma menggamit sayup tinggi tiang lampu 'spotlight' lebuhraya

Kurma mendepani pemandangan susur keluar tol Ipoh Selatan
Moga perlanskapan 10 Pokok Kurma Ajwah dan 10 Pokok Kurma Madu di surau yang baru siap pembinaannya itu, menjadi salah satu mercu tanda kekal kepada surau tersebut.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jawatankuasa Surau An-Nur terhadap kepakaran kami dalam melestarikan perlanskapan Pepohon Tamar di situ. smile emoticon

Tuesday, May 26, 2015

'Surprise' Buakan Betina

7 Pokok Kurma telah 'menghuni' Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh sejak tahun 1980an. Namun 4 daripadanya hanya mula berbunga pada penghujung 2012. Kami dijemput tinjau pada 2013. Sedikit sahaja 'sentuhan mukadimah', 4 Pokok Kurma betina di situ mula berbuah lebat hingga ranum selepas itu. smile emoticon
Kami hanya dijemput khas oleh Imam Besar pada Mac 2015, bagi melaksanakan kerja-kerja 'make over' rasmi khusus untuk 7 Pokok Kurma di situ. Rentetan peristiwa tersebut berada pada pautan :
Setelah 2 bulan berlalu, DIA 'surprise'kan jawatankuasa masjid dengan kurniaan buakan bunga betina Pokok Kurma yang tidak pernah mengeluarkan apa-apa hasil sepanjang lebih 20 tahun penanamannya di masjid tersebut. smile emoticon

Dengan kata lain, DIA izinkan Pokok Kurma yang tidak pernah berbunga selama lebih 20 tahun, hanya mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja 'menonjolkan' jantinanya selepas dilaksanakan Adab Khusus Penyelenggaraan Pokok Kurma. 
smile emoticon
Maka kini, diketahuilah umum jua, akan muktamadnya Masjid Muhibbudin Shah, Ipoh, punyai 5 Pokok Kurma Betina dan 2 Pokok Kurma Jantan akhirnya. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : 'Pokok Kurma surprise' tersebut berada pada kedudukan pertama, pada baris 3 pertama di pagar menghadap jalan besar. Warga Ipoh, jenguk-jenguklah ya. smile emoticon

Saturday, May 23, 2015

Kurma Trip Akhir

Trip kedua ke Kota Bharu, merangkap trip ketiga keseluruhan dan juga terakhir pada hari ini - misi penghantaran POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. smile emoticon

3 liter formula baru supplimen organik dan 12 Pokok Kurma Ajwah milik pasangan suami isteri, Tuan Ammar Abdullah dan Puan Mariya Mustapha.
Penghantaran diurus selia oleh pemandu bas ekspres Transnasional No. 41 Club Class WB 7264 G, Tuan Mustafa, yang bertolak jam 10.00 malam sebentar tadi.

Tahniah dan terima kasih kepada pasangan suami isteri tersebut, kerna membuat tindakan luar biasa dengan merebut tawaran luar biasa 35% diskaun pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia', yang bakal berakhir 2 hari sahaja lagi. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Info lanjut saat-saat akhir tawaran 35% tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/20…/…/35-sempena-sultan-ke-35. html

Friday, May 22, 2015

Kurma Ekspres

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Kau kurniakanlah keselamatan dan kesejahteraan terhadap perjalanan pergi serta pulang bas ekspres KKKL No. 50 Trans Lim JPM 5099 dan bas ekspres Mahligai Prestige No. A1 WTT 3333, serta sekalian pemanduan bas dan kenderaan lain, agar turut sama dinaungi selamat dan sejahtera menuju ke destinasi masing-masing sepanjang hari ini. Amin.

4 Pokok Kurma Ajwah dan 4 Pokok Kurma Madu turut menyelit di sudut bonet bas ekspres KKKL yang bertolak jam 9.30 pagi tadi - misi penghantaran khas Pepohon Tamar milik Puan Maznah Muhd Zaid ke Melaka Sentral.

Manakala 1 Pokok Kurma Ajwah dan 2 Pokok Kurma Madu tersusun molek di rak atas bonet bas ekspres Mahligai Prestige yang bergerak jam 10.00 pagi tadi- misi penghantaran khas Pepohon Tamar milik Tuan Zulhisyam Hamzah ke Tesco Kota Bharu. smile emoticon

Tahniah Puan Maznah dan Tuan Zulhisyam kerana merebut tawaran 35% pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang bakal berakhir 25 Mei ini. Terima kasih daun Kurma. 
smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : 35% diskaun pemilikan..? Ya, sila santuni info lanjut tawaran luar biasa tersebut di pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/35-sempena-sultan-ke-35.ht…

Kurma Berbuah di Bumi Bertuah Hang Tuah

Pokok Kurma yang berbuah di Taman Seri Pandan, Melaka ini adalah milik Tuan Mohd Shane Mohd Isa. Kali kedua ianya berbuah. smile emoticon

Namun buahnya kecil-kecil dan banyak yang gugur, tak sempat ranum. Pokok Kurma betina - berbuah tanpa pendebungaan jantan.
Tuan Mohd Shane sentiasa mengikuti penulisan dan perkongsian dalam blog kami. Banyak info dalam blog kami yang telah diaplikasi kepada tanaman Kurma beliau.
Kini beliau sangat memerlukan bunga Pokok Kurma jantan untuk didebungakan dengan Pokok Kurma betina beliau kelak. Bagi anda yang punyai bunga Kurma jantan, mohon PM kami untuk kami hubungkan anda dengan beliau.
Jadi, jelas di sini, Pokok Kurma jantan sangat penting peranannya kan..? Juga turut mampu mendatangkan pulangan lumayan juga kan..? smile emoticon
Mengapa buah Kurma milik Tuan Mohd Shane ini kecil-kecil dan mudah gugur..?
Perkongsian info apakah yang diaplikasi oleh Tuan Mohd Shane..?
Apa pula peranan bunga Kurma jantan kepada bunga Kurma betina..?
Bagaimana pula Pokok Kurma jantan mampu mengeluarkan hasil yang mendatangkan pulangan lumayan..?
Persoalan-persoalan tersebut boleh dirujuk kepada pautan berikut :
In Shaa Allah pautan itu dapat membantu anda dengan pencerahan jitu.smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Peluang anda miliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dengan diskaun 35%, walaupun dengan hanya pemilikan 1 unit pokok bakal berakhir 25 Mei ini. Info lanjut pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/35-sempena-sultan-ke-35.ht…

Kurma Cabutan Milik Wanita

19 Mei 2015 - Sessi cabutan bertuah selepas Mesyuarat Agung Kali ke-14 PERDASAMA Perak menyaksikan 2 wanita menjadi pemilik 1 Pokok Kurma Madu setiap seorang.


Ini adalah kali kedua POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dijadikan salah satu item cabutan bertuah. Kali pertama sebelum ini oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak, seperti yang tersemat dalam pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kurma-cabutan.html
Terima kasih atas kepercayaan pihak PERDASAMA Perak. Tahniah juga kepada para pemenang. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Diskaun 35% pemilikan Pokok Kurma Ajwah dan lain-lain spesis bakal berakhir pada 25 Mei, Isnin ini. Dapatkan info lanjut tawaran pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/35-sempena-sultan-ke-35.ht…

Tuesday, May 19, 2015


19 Mei 2015 - Berpagian kami di pusat Pembangunan Keusahawanan Negeri Perak (PKNP), Meru, Ipoh. Berlangsung "Seminar Keusahawanan Sempena Mesyuarat Agung Kali ke-14 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak".
Kami menjadi pemudahcara kepada idea Perdasama Perak dalam penyampaian cenderahati Bonsai Tamar kepada wakil Perdasama Nasional Malaysia.

Tahniah kepada PERDASAMA Perak atas aspirasi tersebut. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi bagi menyuntik keunikan dalam inovasi penyampaian cenderahati kepada VIP. 
smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Oh, ya! Hari ini juga bermula diskaun 35% untuk pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Pencerahan lanjut berkenaan tawaran luar biasa tersebut, boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/35-sempena-sultan-ke-35.ht…

Monday, May 18, 2015

35% Sempena Sultan ke-35


Apa..?? Tawaran harga diskaun POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sempena sempurnanya tentatif Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35 selama 15 hari..??

Ini pencerahannya :

POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dikenali sebagai pemilikan Pokok Kurma mampu milik sejak 2008 – Ajwah, Madu, Mariami dan Shafawismile emoticon

Bayangkan kini, ditambah pula dengan diskaun 35% bagi setiap unit pemilikannya… smile emoticon

Tawaran ini dibuka selama HANYA 6 hari sahaja, 19 hingga 24 Mei 2015.

1 unit Pokok Kurma Ajwah (PAKEJ PERAK)
Harga Biasa : RM100
Harga Luar Biasa : RM100 x 35% = RM65 sepokok

1 unit Pokok Kurma Lain-Lain (PAKEJ PERAK)
Harga Biasa : RM40
Harga Luar Biasa : RM40 x 35% = RM26 sepokok

Ah ha..! Peluang kepada anda melanskapi rumah anda, premis perniagaan anda mahupun kampung anda dengan Pokok Kurma dengan tawaran harga luar biasa mampu milik..!! smile emoticon

Apa..? Kot terbanyak sangat pemilikan, nak buat apa..?

Hadiah atau sedekahkan kepada ibu bapa anda, jiran tetangga anda, guru anda, sahabat anda, insan kesayangan anda, tetamu VIP anda, orang yang dirai anda, surau anda, dengan Pokok Kurma yang berbaki itu. smile emoticon

Miliki secara saf berjemaah mahupun secara solo berindividu. OK..?

Tak OK lagi..? Alang-alang banyak sangat terborongnya, anda bantu je sesiapa yang mahu milikinya dengan Harga Asal (Normal Price). Bisnes pulok... Amacam..? wink emoticon

Hubungi dengan menelefon atau WhatsApp :

1. Nerseri Mini Pokok Kurma SYFUL TAMAR, Ipoh : 019.570.9334 / 011.2559.5499 (Syful Tamar)

2. Wakil SYFUL TAMAR di Seberang Jaya, Pulau Pinang : 019.498.2719 (Ahmad Nasaruddin)

3. Wakil SYFUL TAMAR di Setapak, Kuala Lumpur : 019.249.8323 (Alif Aizat)

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sila santuni kriteria Pokok Kurma SYFUL TAMAR berserta senarai pakej-pakej pemilikan Pokok Kurma yang lain dengan klik pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html
 —celebrating Pertabalan Sultan Perak ke-35 atTaman Klebang Putra.

Sempurna Pertabalan


17 Mei 2015 - Pada tanggal 28 Rejab 1436 H, sehari selepas Israk dan Mikraj, maka lengkaplah sudah tempoh adat pertabalan Sultan Perak ke-35 yang beristiadat selama 15 hari.
Sebagai rakyat jati negeri Perak, kami telah menitipkan doa dan harapan rakyat Perak terhadap Raja Berdaulat kami pada pautan berikut :
Sempena meraikan sempurnanya adat istiadat pertabalan tersebut, kami berbesar hati membuat tawaran terhadap pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang merangkumi 4 spesis iaitu Pokok Kurma Ajwah, Pokok Kurma Madu, Pokok Kurma Mariami dan Pokok Kurma Shafawi.
Pengumuman tersebut akan kami umumkan pada tengahari ini. Mohon bakal-bakal pemilik memberi perhatian kepada tawaran luar biasa ini. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Jumpa tengahari nanti ya. smile emoticon

Saturday, May 16, 2015

Nurseri Kurma Berhijrah Lokasi


Nurseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh bakal berpindah ke Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

Perlaksanaanya dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dijangka berhijrah sepenuhnya selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Pada ketika ini, Nurseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang masih 'available' untuk dikunjungi. Manakala lokasi baru di Taman Klebang Putra akan dimaklum kemudian tentang status operasinya kelak.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lokasi lama beroperasi di tepi rumah, lokasi baru pun sama bakal beroperasi di tanah sekangkang kera di tepi rumah. smile emoticon
 — feeling thankful at Rpt Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, Perak.

Friday, May 15, 2015

Lenturan Guru


Petikan sebahagian sajak GURU OH GURU

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa."


Tahun 1979 oleh Dato' Usman Awang

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Selamat Hari Guru 2015. smile emoticon

Si Cilik GST


Si cilik GST - Geng Syful Tamar. smile emoticon
Anda juga GST..? smile emoticon
Dapatkan pencerahan jitu pada pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Hari Jumaat yang penuh barakah, Perkasakan selawat perhebatkan sedekah. smile emoticon

Wednesday, May 13, 2015

13 Mei di Setapak


13 Mei 2015 - Manis kuntuman senyuman Puan Mas tatkala selesai rundingan pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 500ml Supplimen BIO-ORGANIK melalui wakil kami di Setapak, Tuan Alif Aizat. smile emoticon
Kontraktor dari Sentul ini berhajat mewakafkan Pokok Kurma Ajwah tersebut sempena perasmian masjid di khairiah beliau yang bakal disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tahniah atas lembaran hajat nan murni Puan Mas itu. Moga majlis perasmian masjid baru itu dipermudahkan dengan lancar kelak. smile emoticon

ST : Wakil Setapak kami, Tuan Alif Aizat boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0192498323.

Tuesday, May 12, 2015

Baki Seberang Jaya


12 Mei 2015 - Tuan Nasaruddin menunjukkan baki stok Pokok Kurma yang masih berada dalam 'dakapan' beliau. Sedikit susut selepas disantuni oleh Puan Salasiah dari Kulim dalam pemilikan 2 Pokok Kurma Ajwah, 3 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.

Tidak diketahui, sampai bila stok sedemikian mampu bertahan. Apa-apa pun, ribuan terima terima kasih dan tahniah buat Puan Salasiah atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Mslaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Ahmad Nasaruddin merupakan wakil kami di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beliau boleh dihubungi melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0194982719.
 — at Masjid Jamek Seberang Jaya.

Kurma Homestay Lekir


10 Mei 2013 - Tuan Haji Ismail dan isteri, singgah ziarah ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami pada tengahari tadi.

Pasangan pesara guru ini membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Madu serta 1 Pokok Kurma Shafawi untuk menjadi peneman Pepohon Tamar yang sedia ada di rumah sendiri dan rumah inap sewa mereka di Sitiawan. Mereka turut membawa pulang 500ml Supplimen BIO ORGANIK bagi tonik kesuburan Pepohon Tamar berkenaan.

Terima kasih Tuan Haji Ismail dan isteri atas luangan masa dalam pelbagai perkongsian. Juga tahniah atas pemilikan. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kurma 'homestay' le ye. wink emoticon
 — at Jalan Kekwa, RPT Pengkalan Pegoh.

Sunday, May 10, 2015

Debo Betuko Stedi


Paparan rakaman video ucapan alu-aluan Ketua Projek MAJLIS PENANAMAN DIRAJA POKOK KURMA AJWAH (NABI), Tuan Zaidi Zamani.
Ianya merupakan peristiwa bersejarah buat CLIFFORD CREW 1995/1999 pada 6 Rejab 1436 H yang lalu, setelah mendapat perkenan Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak yang mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.
Dalam raptai punyalah menggeletar dan berdebar tak 'hengat'. Dalam majlis sebenar punyalah 'steady', 'cool', tidak berpelat. wink emoticon
Tahniah Tuan Zaidi, anda berjaya mengatasi salah satu 'fear factor' anda.smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Rentetan peristiwa majlis DiRaja tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/04/ajwah-diraja.html

Rekod 3 Saat


"Dah alih ke tanah. In Shaa Allah hidup."
Kata-kata yang mengiringi video kiriman Puan Wan Zanariah dari Nilai, Negeri Sembilan. smile emoticon
Rakaman yang memaparkan suami beliau yang telah selesai alih tanam Pokok Kurma Ajwah ke lokasi tanaman.
Walaupun hanya berdurasi selama 3 saat, ianya sudah cukup membuat kami tersenyum lebar, hati kembang berbunga-bunga. Terasa puas dan gembira dapat menjadi pemudahcara pemilikan Pepohon Tamar beliau sekeluarga. smile emoticon
Puan Wan Zanariah telah mencipta rekod baru sebenarnya, kerana selama ini para pemilik POKOK KURMA 'Made In Malaysia' hanya berkongsi keterujaan pemilikan melalui gambar. Beliau pemilik pertama yang berkongsi rasa melalui rakaman video. smile emoticon
Buat Puan Wan Zanariah, deretan Pepohon Tamar milik Puan, In Shaa Allah mampu hidup. Cuma untuk menyuburkan Pepohon Tamar tersebut secara konsisten agar ia bakal mengeluarkan hasil kelak, perlulah melalui proses Penjagaan, Pembajaan dan Penyelenggaraan khusus serta spesifik. Kami kongsikan sepenuhnya akan etika dan kaedahnya secara PERCUMA pada pautan :
Tahniah dan terima kasih sekali lagi buat Wan Zanariah sekeluarga. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Peristiwa pemilikan Puan Wan Zanariah boleh disantuni pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/05/nilai-peri-berniali.html

Thursday, May 7, 2015

Nilai Peri Bernilai


6 Mei 2015 - Usai Subuh dihubungi Puan Wan Zanariah dari selatan. Menyata hajat singgah ziarah untuk pemilikan. Samada Ajwah mahupun spesis lain yang bakal jadi pilihan.

Tiba di Nurseri Mini Pokok Kurma di Lahat, Ipoh selepas tengahari. Beliau hadir bersama suami. Sessi membelek dan pelbagai info Pokok Kurma saling dikongsi.

Telah muktamad pilihan hati. Membawa pulang 500ml Supplimen BIO ORGANIK, 2 Pokok Kurma Ajwah dan 2 Pokok Kurma Mariami. Tahniah dan terima kasih Puan Wan Zanariah sekeluarga kerna sudi miliki. smile emoticon
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Puan Wan Zanariah pulang ke Nilai, Negeri Sembilan dengan membawa tanaman yang punyai nilai estetika Islamik yang peri bernilai tinggi. smile emoticon
 — at RPT Pengkalan Pegoh Seberang

Muizzuddin Negeri Keme


Syukur, selesai sudah adat istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibn Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada tengahari.

Kami merafak sembah Tahniah ke bawah DYMM baginda Sultan Perak yang ke-35 itu. smile emoticon

Gelaran Muizzuddin membawa maksud Pemerkasa Agama. Itulah juga titipan doa dan sandaran harapan rakyat kepada baginda, agar Islam diaplikasi sepenuhnya di setiap pelosok bumi Perak, seterusnya menviral ke peringkat kebangsaan kelak.

In Shaa Allah, Dia permudah. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Masih terkenang-kenang perkenan baginda menyempurnakan penanaman Pokok Kurma Ajwah pada tahun lepas, yang boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html smile emoticon
 — at Kuala Kangsar Bandar Diraja, Perak Darul Ridzuan.

Monday, May 4, 2015

Teroka Belantara Konon... ;-)


4 Mei 2015 – Kami dihubungi oleh Puan Hjh Nor Zakiah Abd Rahman beberapa hari lepas. Beliau memerlukan khidmat kami bagi pengindahan semula dan penyelenggaraan Pokok Kurma milik beliau sejak 20 Julai 2014. Peristiwa pemilikan tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/rangkuman-kembara-ramadhan…
Kami menggunakan kesempatan luangan masa waktu Dhuha sebentar tadi untuk berkunjung tandang ke kediaman Puan Hjh Nor Zakiah. Pokok Kurma milik beliau sangat subur. Beliau hanya menjaga kadar siraman. Rupa paras pokok tidak berkemas. Turut diintimi semak samun. Tidak berbaja, tidak juga diselenggara.
Kami bukan buat apa sangat pun. Hanya menyah rupa seakan-akan hutan belantara kepada paras seakan-akan tanah yang baru diteroka. Juga ditonikkan dengan semburan Supplimen BIO-ORGANIK agar Pokok Kurma istiqomah subur dan segar-bugar. smile emoticon
Jika anda juga pemilik Pokok Kurma, kami tidak rekemen khidmat dan kepakaran kami dalam 'make over' Pokok Kurma anda. Ini kerana caj yang kami kenakan boleh tahan tinggi nilainya, lebih-lebih jika Pokok Kurma tersebut sudah besar dan matang.
Bagi kes Puan Hjh Nor Zakiah, beliau kurang kemampuan mengurus selia sendiri akibat faktor usia yang sudah mencecah 7 abad. Juga tiada waris tinggal bersama beliau, yang mampu melaksanakan kerja-kerja tersebut secara berkala. Disebabkan itulah kepakaran kami ditagih.
Anda juga boleh aplikasi kepakaran tersebut dengan 'make over' Pokok Kurma anda sendiri.
Bagaimana..?
Kami kongsikan secara PERCUMA..! Ya, PERCUMA..! 100% PERCUMA..! Aplikasikannya secara PERCUMA di pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Perkongsian tersebut turut ideal diaplikasi kepada tanaman anda yang lain. Selamat mengaplikasi dan mempraktis. smile emoticon

Sunday, May 3, 2015

Susutan Setapak


2 Mei 2015 - Semakin susut stok Pepohon Tamar dalam simpanan wakil kami, Tuan Alif Aizat di Setapak.

Minggu lepas didatangi Puan Adlina dari Kuantan. Membawa pulang 3 Pokok Kurma Ajwah bagi tujuan perlanskapan halaman pelanggan beliau.

Malam semalam pula dikunjungi Puan Ain dari Keramat. Mendakapi 2 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Mariami untuk diwakafkan kepada sekolah tahfiz anakanda beliau.

'Salute' kedua-dua wanita ini, Puan Adlina - mengaplikasi Pohon Ajwah dengan inovasi bisnes perlanskapan dan renovasi, serta Puan Ain - niat murni melabur saham akhirat melalui perlaksanaan wakaf Pokok Kurma yang diurus selia sendiri. Tahniah dan terima kasih. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Anda juga boleh menyantuni wakil-wakil kami bagi meninjau POKOK KURMA 'Made In Malaysia' melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0192498323 (Setapak, KL - Alif Aizat), 0194982719 (Seberang Jaya, P.Pinang - Ahmad Nasaruddin) dan 0195709334 (Ipoh, Perak - Syful). smile emoticon