Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, May 2, 2015

Hajat yang Teliti


29 April 2015 - Cik Zainab Mohd Isa, warga kerja sebuah pasaraya di Ipoh, telah lama berhajat dalam pemilikan Pokok Kurma. Beliau mula mengetahui tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma sejak 2010. Namun menangguh hajat dalam pemilikan pada masa itu kerana masih berasa sangsi dan gusar dengan penanaman Pokok Kurma di Malaysia samada mampu hidup subur atau sebaliknya.

Setelah mengikuti perkembangan kami sejak 2010 hingga kini, lebih-lebih lagi setelah menonton perihal kami kami dalam dokumentari yang bertajuk Kurma Malaysia di Majalah 3 pada Jun 2014 dan di Agrojurnal TV1 pada Februari 2015, akhirnya keputusan diambil dalam pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu untuk perlanskapan halaman rumah beliau di Ampang, Ipoh.

Rata-rata majoriti pemilik dan prospek POKOK KURMA 'Made In Malaysia' berada dalam kategori sama seperti Cik Zainab iaitu individu yang sudah lama mencari dan berhajat memiliki Pokok Kurma. Hajat yang ditangguhkan cukup lama dan kini terbuka hati memiliki.

Sangat jarang bagi individu yang baru tahu tentang Pokok Kurma, terus berhasrat dalam pemilikan. Cuma berlaku kes-kes terpencil yang mana kami yakin, Allah campakkan rasa teruja ke dalam hati insan-insan yang baru punyai info tentang Pokok Kurma, ini, terus mahu untuk memilikinya.

Berbanding dengan individu yang sudah lama mencari dan berhajat, kami yakin Dia terapkan sifat kenali betul-betul, cukupkan pengetahuan tentang Pokok Kurma dengan pencarian pelbagai info Penjagaan, Pembajaan dan Penyelenggaraan khusus Pokok Kurma, kemudian membuat penilaian serta pemilihan spesis Pokok Kurma yang mana menjadi idaman dan daripada pembekal yang mana menjadi pilihan dalam pemilikan.

Kepada Cik Zainab yang juga empunya empayar MAHER WELLNESS - pengedar buku dan alat bantuan mengajar, kami ucapkan tahniah dan terima kasih atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Anda pula kategori yang mana..? wink emoticon

No comments: