Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, September 24, 2015

Kurma Pekat Malam


20 September 2015 - Meredah kepekatan malam bagi merealisasikan impian Tuan Zaidi Salleh memiliki Pepohon Tamar.

Misi penghantaran khas 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami dan 500ml Supplimen Organik Pokok Kurma buat Tuan Zaidi. Sua temu di susur keluar tol Bandar Baharu/Parit Buntar.

Bertemu sua, bertentang mata, berkongsi input dan bertautan ukhuwwah. 👍🏻...
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Zaidi Salleh atas pemilikan. 👍🏻😃🌴
See More
feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Wednesday, September 23, 2015

Sinar Gugusan Wakaf


Wuuuiiihh... YDP Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak, Puan Sue Hashim dan empunya empayar Sayong Resort, Tuan Sharul Fikri Aznir (kiri sekali) dipampang dalam akhbar... 👍📰

Sinar Harian (Edisi Perak)
21 September 2015 (Isnin)
Mukasurat 39

Sempena GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK dalam Majlis Penutup Kokurikulum Madrasah Idrisiah. Dilancarkan oleh DYAM Raja Dihilir Perak pada pagi 18 September 2015 melalui Simbolik Penanaman Pokok Kurma Ajwah (Nabi) DiRaja.

👍😃🌴
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
 
ST : Terima kasih Sinar Harian, Pokok Kurma semaian kami masuk akhbar lagi.  👍😃🌴

Gugusan Wakaf PERDASAMA Perak

Terima kasih Tuan Sharul Fikri Aznir (memegang penyiram), empunya empayar Sayong Resort yang sudi membantu dalam protokol DiRaja pada pagi Jumaat semalam.


Beliau mengetuai Simbolik Penanaman DiRaja Pokok Kurma Ajwah oleh DYAM Tuanku Raja Dihilir Perak di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Kokurikulum Madrasah Idrisiah 2015.


Pokok Kurma Ajwah tersebut merupakan item wakaf di bawah program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK cetusan Perdasama Perak yang... diilhami YDPnya, Puan Sue Hashim.
Terima kasih dan tahniah ya Tuan Fikri. Sudah pasti majlis DiRaja batch CSKK9599 di Sayong Resort pada 3 Oktober nanti berjalan lancar dan 'stedi'.


Tahniah juga buat PERDASAMA Perak atas inisiatif program wakaf dan kebajikan yang dirintis. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat PERDASAMA Perak yang peri prihatin.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Untuk meninjau lebih paparan bergambar, sila klik (di sini).

Kurma Wakaf DiRaja


Berpagian kami di sini - Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar. 🌙

Tautan kerjasama dengan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak - GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK. 🌱

Program DiRaja kami yang ke-4 di Perak dan yang ke-2 melibatkan DYAM Tuanku Raja Dihilir Perak. 👑...

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Satu lagi cabang perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html
feeling thankful at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Monday, September 7, 2015

Ladang Kurma Kerdau

Mengagumkan, sehingga terpacul kalimah Subhanallah tatkala melihat gambar-gambar kiriman Tuan Syed Adli. 

Indah sungguh Ladang Kurma di Kerdau, Temerloh ini. Sayup pemandangan. Lanskap mendamaikan.


Rangkuman pemilikan Pokok Kurma bagi tujuan perladangan oleh Tuan Syed Adli pernah kami nukilkan pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/05/kembara-kurma-tok-gajah.html.

Pepohon Tamar di Ladang Kurma Tuan Syed Adli subur dan segar-bugar. Kesan daripada kadar siraman yang mencukupi. Siap berlebihan lagi apabila hujan. Jimat penggunaan air.


Pucuk pokok sihat-sihat belaka, berkembang elok. Pucuk dan akar merupakan teras kesihatan pokok. Pucuk yang sihat dan cantik, In Shaa Allah pokok tiada masalah. Kami percaya, semburan Supplimen Organik Pokok Kurma dan Cuka Kayu secara berkala yang dilaksanakan oleh Tuan Syed Adli, telah menyebabkan Pepohon Tamar beliau menjadi subur serta segar bugar dengan izin Dia.

Dedaun pelepah yang kecoklat-coklatan karat itu normal bagi pelepah lama. Boleh cantas sekarang atau dicantas kemudian, tunggu sehingga ia betul-betul layu dan berwarna coklat sepenuhnya. Kami ada kongsikan teknik cantasan khusus Pelepah Kurma dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.


Secara pandangan mata kasar, air yang bertakung di sekitar Pokok Kurma akibat hujan lebat, boleh menjadi salah satu ancaman. Boleh menyebabkan akar yang terendam lama bakal terjejas.


Ikhtiar beliau menggembur tanah setiap pokok menjadi batas sekelilingnya adalah salah satu langkah relevan bagi mengurangkan daya serapan air ke dasar tanah.


Walaupun bagaimanapun, berdasarkan pengalaman kami di 3 lokasi di Perak sebelum ini seperti situasi di Ladang Kurma Tuan Syed Adli pada ketika ini, tidak mendatangkan masalah buat Pokok Kurma.

Secara keseluruhan, pujian kepada beliau sekeluarga atas kejayaan ini :
- Pokok Kurma subur.
- Sistem pengairan yang berinovasi - sistem perpaipan terus ke pangkal pokok.
- Pemagaran yang menepati piawaian.


Dengan kata lain, operasi Ladang Kurma Tuan Syed Adli adalah bersistematik. Pertama seumpamanya di Malaysia. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau lebih banyak gambar Ladang Kurma Kerdau, sila klik (di sini).

Tuesday, September 1, 2015

Derhoyan Belanda Merdeka


Hadiah Merdeka ke-58 buat Mak kami, Puan Noor Zaliha. Jeng, jeng...! Pokok Durian Belanda.. wink emoticon

Ditanam di hadapan rumah, umpama penyambut tetamu cilik meraikan kedatangan tetamu. Tapi bakal rimbun meredup bila matang dan dewasa kelak. smile emoticon

Pokok Durian Belanda dan Pokok Pisang Kaki merupakan peneman POKOK KURMA 'Made n Malaysia' di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh. Kami ada nukilkan infonya pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/kaki-dan-belanda.html.

Pokok Kurma dan Pokok Pisang Kaki sudah lama menghiasi halaman Mak. Kini tiba giliran Pokok Durian Belanda. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Oh, ya! Jangan lepaskan tawaran pemilikan bajet mampu milik BONANZA KURMA MERDEKA 58 yang bakal berakhir 4 September ini. Klik sekarang pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/08/bonanza-kurma-merdeka-58.html.
 — celebrating Hari Merdeka with Nadira Hamidi at Taman Chepor Impian.