Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, September 7, 2015

Ladang Kurma Kerdau

Mengagumkan, sehingga terpacul kalimah Subhanallah tatkala melihat gambar-gambar kiriman Tuan Syed Adli. 

Indah sungguh Ladang Kurma di Kerdau, Temerloh ini. Sayup pemandangan. Lanskap mendamaikan.


Rangkuman pemilikan Pokok Kurma bagi tujuan perladangan oleh Tuan Syed Adli pernah kami nukilkan pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/05/kembara-kurma-tok-gajah.html.

Pepohon Tamar di Ladang Kurma Tuan Syed Adli subur dan segar-bugar. Kesan daripada kadar siraman yang mencukupi. Siap berlebihan lagi apabila hujan. Jimat penggunaan air.


Pucuk pokok sihat-sihat belaka, berkembang elok. Pucuk dan akar merupakan teras kesihatan pokok. Pucuk yang sihat dan cantik, In Shaa Allah pokok tiada masalah. Kami percaya, semburan Supplimen Organik Pokok Kurma dan Cuka Kayu secara berkala yang dilaksanakan oleh Tuan Syed Adli, telah menyebabkan Pepohon Tamar beliau menjadi subur serta segar bugar dengan izin Dia.

Dedaun pelepah yang kecoklat-coklatan karat itu normal bagi pelepah lama. Boleh cantas sekarang atau dicantas kemudian, tunggu sehingga ia betul-betul layu dan berwarna coklat sepenuhnya. Kami ada kongsikan teknik cantasan khusus Pelepah Kurma dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.


Secara pandangan mata kasar, air yang bertakung di sekitar Pokok Kurma akibat hujan lebat, boleh menjadi salah satu ancaman. Boleh menyebabkan akar yang terendam lama bakal terjejas.


Ikhtiar beliau menggembur tanah setiap pokok menjadi batas sekelilingnya adalah salah satu langkah relevan bagi mengurangkan daya serapan air ke dasar tanah.


Walaupun bagaimanapun, berdasarkan pengalaman kami di 3 lokasi di Perak sebelum ini seperti situasi di Ladang Kurma Tuan Syed Adli pada ketika ini, tidak mendatangkan masalah buat Pokok Kurma.

Secara keseluruhan, pujian kepada beliau sekeluarga atas kejayaan ini :
- Pokok Kurma subur.
- Sistem pengairan yang berinovasi - sistem perpaipan terus ke pangkal pokok.
- Pemagaran yang menepati piawaian.


Dengan kata lain, operasi Ladang Kurma Tuan Syed Adli adalah bersistematik. Pertama seumpamanya di Malaysia. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi meninjau lebih banyak gambar Ladang Kurma Kerdau, sila klik (di sini).

No comments: