Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, February 12, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH

Alhamdulillah, syukur tak terhingga ke hadrat Allah SWT, kita berpeluang menyusuri Hari Keputeraan yang juga Hari Kewafatan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1434 H tempoh hari. Semoga hati dan mulut kita tak lekang berselawat ke atas Baginda.

Di samping rasa bersyukur sempena dengan salah satu hari kebesaran umat Islam itu, kami juga bersyukur kerana meraikan 'kelahiran' generasi baru ANAK POKOK KURMA semaian kami yang kian bercambah dan membesar dengan sihat di atas izin-Nya.

Sorotan bergambar di bawah menceritakan serba sedikit perihal berkenaan.



Batang yang berbentuk tirus di hujungnya, berwarna hijau pucat timbul dari permukaan tanah. Ianya umpama bayi yang baru dilahirkan. :-)




  

Daripada batang tidak berdaun yang timbul dari permukaan tanah tersebut, muncul pula batang yang pekat sedikit warna hijaunya. Di hujung atasnya mempunyai bentuk kepala tirus. Ianya umpama bayi yang sudah mula memberi respon terhadap persekitarannya.





Rupa-rupanya, batang yang berbentuk kepala tirus itu membentuk pula sehelai daun dengan hujung yang sedikit tajam. Pada fasa ini pula, ianya umpama bayi yang baru nak belajar bertatih.

Generasi inilah yang akan menghiasi lanskap mahupun dusun bakal pemiliknya kelak. Kami bersyukur dapat membantu anda dalam konteks pemilikan Anak Pokok Kurma anda sendiri.

:-)