Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, August 30, 2014

Pokok Kurma Merdeka 57


Apa..?? Tawaran harga diskaun POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sempena Merdeka 57..??

Ini pencerahannya :

HANYA dari jam 5.00 petang – 7.00 petang
HANYA 2 hari, 31 Ogos dan 1 September 2014

HANYA di Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh (tidak sah pemilikan di tempat lain).

1 unit Pokok Kurma = Diskaun RM5.70

57 unit Pokok Kurma dan ke atas = Diskaun 57%...!!!

Ah ha..! Peluang anda melanskapi rumah anda, premis perniagaan anda, juga kampung anda dengan dengan Pokok Kurma yang sangat banyak..!! 

Apa..? Banyak sangat nak buat apa..?

Sedekahkan kepada ibu bapa anda, jiran tetangga anda, guru anda, sahabat anda, insan kesayangan anda, tetamu VIP anda, orang yang dirai anda, dengan Pokok Kurma yang berbaki itu.

Atau lebih baik miliki secara berjemaah, iaitu pakat-pakat dengan individu yang disenaraikan seperti di atas, kongsi-kongsi miliki secara bersama. OK..? 

Tak OK lagi..? Alang-alang banyak sangat, anda bantu je sesiapa yang mahu milikinya dengan Harga Asal (Normal Price). Bisnes pulok... Amacam..? 

Cepat-cepat hubungi dengan menelefon/WhatsApp :

019-570 9334 Syful


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sila tinjau ziarah senarai harga Pokok Kurma mengikut spesis dengan klik pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html. Hanya sah untuk PAKEJ PERAK. 

Penutup Syawal 1435 H


26 Ogos 2014 - Hari terakhir Syawal 1435 H, Mini Nerseri Pokok Kurma kami dikunjungi oleh Tuan Che Lat (tengah) dari Chemor bersama sahabatnya (kiri).

Kunjungan penutup Syawal 1435 H ini menyaksikan pemilikan Che Lat dan sahabatnya sebanyak 5 Pokok Kurma Madu. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih kepada Tuan Khairul Gucci (kanan)dan isteri, penyelia Mini Nerseri Pokok Kurma RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh yang banyak berjasa sepanjang menerima serta menyambut mesra kunjungan para pemilik sepanjang Syawal 1435 H. 

Tuesday, August 26, 2014

Harriya Mai Pokok Kurma


25 Ogos 2014 - Pertemuan di Angsana Ipoh Mall, memerterai beberapa kerjasama yang bakal terjalin kelak dengan Tuan Ahmad Nasaruddin. Beliau sanggup mengambil cuti rehat dan memandu dari Pulau Pinang untuk bertemu sua dengan kami.

Pemilikan 1 Pokok Bonsai Tamar, 1 Pokok Mariami dan 500ml supplimen BIO-ORGANIK, bakal 'memeriahkan' jadual hidup beliau yang terselit perihal Pokok Kurma selepas ini. 

Tahniah Tuan Ahmad Nasaruddin. Terima kasih daun kurma, Insha Allah kelak kita bekerjasama. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sampai sudah beliau ke destinasi lewat malam tadi. Syukur. 

Pokok Kurma Beruas


23 Ogos 2014 - Dari Beruas kunjung tandang. Singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh, Ipoh pada tengahari.

Tuan Haji Mohd Pauzi Ismail, membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah dan 500ml supplimen BIO-ORGANIK, sekaligus merupakan warga Beruas pertama memiliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Tahniah dan terima kasih Tuan Haji. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syawal 1435 H semakin hampir ke penghujung. Masih ada lagikah Bakal Pemilik Pokok Kurma yang singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami sebelum berakhirnya Syawal..? 

Saturday, August 23, 2014

8 Pokok Kurma Madu Melanskapi Rumah Baru

21 Ogos 2014 - Terima kasih Tuan Azma Fadli Ahmad dari Tasek, Ipoh. Beliau singgah ziarah ke Nerseri Mini Pokok Kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh pada sebelah petang.

Pertukaran pemilikan 8 Pokok Kurma dan 500ml supplimen BIO-ORGANIK tidak dapat dirakam oleh lensa kamera kerana beliau perlu segera bergegas untuk melaksanakan urusan yang lebih penting selepas itu.

Penanaman telah terlaksana pada petang itu juga di rumah baru beliau yang sedang dalam pembinaan di Kampung Tersusun Batu 6. Ini kiriman gambar daripada beliau 2 hari selepas penanaman :


Terima kasih dan tahniah Tuan Azma kerana sudi melanskapi rumah baru anda dengan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Teratur elok dengan penjarakkan yang tepat Pepohon Tamar milik beliau tersebut. 

Wednesday, August 20, 2014

Seurat Akar Kurma


Anda pernah tengok akar Pokok Kurma..? 

Beginilah rupa seurat akar Pokok Kurma. Sedikit kecut selepas 3 hari terputus daripada induknya dalam beg poli.

Sebelum ini, beberapa pelajar IPT menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat tentang Pokok Kurma dalam kajian-kajian mereka. Baru-baru ini pula dihubungi seorang pelajar bagi kajian buah kurma Malaysia.

Kajian-kajian ini sangat bagus dirintis. Biarlah kita dikatakan sudah ketinggalan berbanding negara-negara lain dalam menterjemahkan 'keperibadian' Pokok Kurma. Yang penting kita mulakan sesuatu. Di neraca timbangan di sana kelak, penilaian disukat berdasarkan ikhtiar dan usaha yang bermanfaat, tidak bersandarkan sepenuhnya pada hasil serta keputusan yang diperoleh.

Alihkan pula selepas ini kepada kajian komponen-komponen Pokok Kurma yang lain. Kepada akar sebagai contoh. Mungkin juga akar Pokok Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Mungkin akarnya berguna dalam perubatan. Mungkin juga ekstrak akarnya dapat menambah nilai 'kemeriahan' industri herba di Malaysia. Mungkin juga akarnya berkeupayaan 'top up' keberkesanan produk kecantikan. 

Jika demikian kemungkinannya, secara automatik ianya dapat menambah nilai hidup pemilik Pokok Kurma di Malaysia. Dalam erti kata lain, menambah peluang 'masyuk' yang serba besar. 

Segalanya mungkin, kan..? 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Oh ya! Sebelum kami sentuh tentang akar Pokok Kurma ini, pernah kami titipkan tentang umbutnya terlebih dahulu. Ya, umbut kurma..!  Ini pautannya http://syfultamar.blogspot.com/2013/12/umbut-kurma-rakyat-malaysia-yang.html

Tuesday, August 19, 2014

Tunas Bertunas

Anak kami pelajar Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam.  :-)


Kami pula perintis Pusat Asuhan Tunas-Tunas Kurma.  :-)


Moga kedua-duanya dikurniakan manfaat oleh-Nya kepada setiap perincian kehidupan ummah.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pakar Penyemaian dan Pembenihan Pokok Kurma bagi tujuan PerLANSKAPan, PerLADANGan serta PeWAKAFan.  :-)

Rembau Most Wanted


18 Ogos 2014 - Memandu beberapa jam dari Rembau, sampai jua Tuan Haji Jaafar (berkemeja) bersama Tuan Haji Halim (berbaju belang) ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh.

Haji Jaafar mempunyai Pokok Kurma berusia 8 tahun. Datang semata-mata mahu mendengar sendiri tip 'make over' Pokok Kurma beliau yang masih belum berbunga. Memang besar jiwa beliau, tekad yang luarbiasa, dari jauh kunjung tandang.

Haji Halim yang menemani, merupakan pengusaha pelbagai jenis tanaman. Juga pengasas formula baja yang bakal diletupkan.

Cenderahati masing-masing dibawa pulang. Haji Jaafar 1 Pokok Ajwah dan 1 Pokok Shafawi. Haji Halim 1 Pokok Ajwah dan 1 Pokok Madu.

Terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua Tuan Haji atas pemilikan tersebut. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Rembau Most Wanted yo..! 

Monday, August 18, 2014

Pokok Kurma Haji Sabri Kedua


17 Ogos 2014 - Selesai 'make over' Pokok Kurma di laman mini lanskap pada bahagian hadapan rumah (pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/make-over-sendiri-pokok-kurma-anda.html), Tuan Haji Sabri bersetuju pula memiliki Pokok Kurma kedua yang ditempatkan di laman tepi rumah beliau.

Kepakaran kami dalam penjagaan dan pembajaan Pokok Kurma secara berkala turut diwartakan kepada Pokok Kurma yang baru milik beliau itu.

Terima kasih dan tahniah Tuan Haji Sabri. Kita jumpa kelak juga secara berkala. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Bagi memgetahui pakej pemilikan Pokok Kurma yang ditawarkan, sila klik http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Sunday, August 17, 2014

'Make Over' Sendiri Pokok Kurma Anda


17 Ogos 2014 - 'Make over' Pokok Kurma milik Tuan Haji Sabri Bin Ahmad dalam waktu Dhuha di Kampung Kolam, Kuala Kangsar. Pemilikan beliau adalah sejak 21 April 2013.
Pokok Kurma beliau kurang penjagaan dan pembajaan khusus serta berkala selama ini. Dedaun yang layu tidak dicantas. Pertumbuhannya agak terbantut. Rupa paras pokok tidak berkemas. Mujur juga Pokok Kurma tersebut masih kecil. Mudah 'dikerjakan'. Oleh sebab itu, khidmat kami direkrut beliau pagi tadi dan diperlukan secara berkala selepas ini.

Jika anda juga pemilik Pokok Kurma, kami tidak rekemen khidmat dan kepakaran kami dalam 'make over' Pokok Kurma anda. Ini kerana caj yang kami kenakan boleh tahan tinggi nilainya, lebih-lebih jika Pokok Kurma tersebut sudah besar dan matang.

Bagi kes Tuan Haji Sabri, beliau kurang kemampuan menguruskan penjagaan dan pembajaan Pokok Kurma dengan sendiri. Juga tiada waris lelaki yang tinggal bersama beliau, yang mampu melaksanakan kerja-kerja tersebut secara berkala. Disebabkan itulah kepakaran kami ditagih.

Tapi jangan bimbang, anda juga boleh aplikasi kepakaran tersebut dengan 'make over' Pokok Kurma anda sendiri. Bagaimana..? 

Kami ajari anda secara PERCUMA..! Ya, PERCUMA..! 100% PERCUMA..! Aplikasikannya secara PERCUMA di pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : "Nyerhonyeng, nyerhonyeng juge. Selamat beramal." Pinjam dan ekjas sedikit nukil kata PU Yeop. 

500ml di KTM


15 Ogos 2014 - Misi penyerahan supplimen BIO-ORGANIK 500ml kepada Puan Hasnah Osman beres dilaksana kira-kira lagi setengah jam sebelum keretapi bertolak dari KTM Ipoh ke KL Sentral jam 10.00 pagi.

Kesempatan pertemuan singkat tersebut dirancang selepas percutian raya bersama kakak beliau di kampung nenek mereka di Jelapang, Ipoh selama beberapa hari.

Akhirnya, tercapai hajat Puan Hasnah memiliki supplimen BIO-ORGANIK yang mana beliau ada bertanya di pautan berikuthttps://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=934618359887431&id=545633278785943&comment_id=935087189840548&offset=0&total_comments=4&notif_t=feed_comment.

Insha Allah semakin subur segar bugar Pepohon Tamar dan tanaman lain di sekitar rumah Puan, impak daripada penggunaan supplimen tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Puan Hasnah adalah delegasi pemilikan di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/07/dari-anggerik-mall-ke-sungkai.html

Misi Khas ke KL


14 Ogos 2014 - Selepas berurusan dengan pemilik Pokok Kurma dari Perlis di Nerseri Mini Pokok Kurma pada sebelah tengahari, sempat kami bertelepot dan bermonopod ke Hotel Meridien, KL. Ianya bertujuan menyempurnakan misi pemilikan Pokok Kurma oleh Tuan Mohd Zawawi Ahmad (bersongkok).

Terima kasih para pengiring penyerahan; Puan CEO Klasik Niaga Event, Puan Fatin Diyana, Cik Puteri Lelabayu dan Tuan Wan Hassan, yang berkawal menjaga keselamatan Pokok Kurma penghantaran khas tersebut.

Moga Pokok Mariami dan Kurma Dekorasi Pasu @ Bonsai Tamar itu baik-baik belaka dalam jagaan Abe Awie.

Dekorasi pasu? Bonsai? Ah ha.. Bagi pencerahan intro, boleh klik di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/dekorasi-dalam-pasu.htmldan http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/lentikan-bonzai-tamar.html

Tahniah dan terima kasih Abe Awie atas pemilikan. Terima kasih juga sekalian pengiring yang tampan dan menawan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Gurau je ye.. Idok bertelepot, cuma wakil penghantaran secara manual memandu. Idok juga bermonopod, cuma mohon bantuan individu lain secara manual mengklik kamera. 

Ujong Utara Mai


14Ogos 2014 - Tiga sahabat, Tuan Yazid (berbaju hitam), Tuan Azhar (berbaju putih) dan Tuan Bob (berbaju belang), nun dari hujung Utara, singgah ziarah tengahari di Nerseri Mini Pokok Kurma kami.

Berkenalan sejak Ramadhan melalui telekomunikasi telefon, akhirnya tiba juga Tuan Yazid ke sini dan membawa pulang dalam pemilikan 3 Pokok Madu, 1 Pokok Ajwah serta 1 botol BIO ORGANIK 500ml ke kampung halaman di Simpang Empat, Kangar, Perlis.




Hampir sejam dalam deretan perkongsian info penanaman, penjagaan serta pembajaan Pokok Kurma. Sebelum berangkat pulang, sempat pula Tuan Bob memiliki 500ml BIO-ORGANIK.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dalam singgah ziarah Nerseri Mini Pokok Kurma sempena Syawal 1435 H, ini adalah delegasi ketiga nun dia dari Utara..!  :-)  

Saturday, August 16, 2014

Jitra Datang Lagi.. :-)


13 Ogos 2014 - Jitra datang lagi..!  Ini kali kedua sempena Syawal 1435 H, Nerseri Mini Pokok Kurma kami dikunjungi oleh warga Jitra. 

Tuan Nadzri Rejab (berbaju putih) dari Kubang Pasu, Jitra 'di escort' oleh sahabat beliau, Tuan Azman (berbaju merah) dari Bercham, Ipoh.

Sejak awal Syawal kami hanya berhubung dan suai kenal melalui WhatsApp. Agak terkesima dengan ikhtiar Tuan Nadzri yang bertekad singgah walaupun sudah lewat petang dan membawa pulang ke Jitra akan 2 Pokok Madu serta 1 Pokok Mariami.

Tahniah dan terima kasih Tuan Nadzri. Terima kasih juga Tuan Azman selaku marsyal. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Pautan berikut merupakan kunjungan warga Jitra pertama -http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/jitra-luar-biasa.html

Wednesday, August 13, 2014

Supplimen Pokok Kurma


Pada dasarnya, kami formulakan supplimen BIO ORGANIK ini khusus untuk tanaman KURMA, disamping manfaat yang turut dikongsi untuk tanaman DELIMA, ANGGUR, TIN dan ZAITUN.
Namun, dewasa ini, para pemilik supplimen BIO-ORGANIK tegar mengatakan, ia berkeupayaan menyegar dan menyuburkan tanaman lain. Mmm.. agak janggal pada mulanya, disebabkan ianya bukanlah baja mahupun booster. Tapi bila semakin ramai pemilik yang mengatakan sedemikian, kini kami pun redha dengan ketentuan rezeki-Nya itu. 



Apa kandungan rahsianya..? Tiada rahsia, cuma istimewa. 

Ini ramuannya :

1. Air terbaik dunia - ZAM ZAM
*tiada setitik pun kandungan air biasa, 100% zam zam

2. Madu terbaik dunia - MADU YAMAN

3. Herba penawar segala penyakit - HABBATUS SAUDA

4. Pati salah satu buah syurga - DELIMA

5. Garam mineral terbaik dunia - GARAM BUKIT/KRISTAL


Bagi pencerahan lanjut, anda boleh klik pautan ini :http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih kepada akhbar KOSMO! AHAD (artikel 29 Jun 2014) yang sudi mendasari kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Kurma serta penghasilan supplimen BIO ORGANIK. 

Monday, August 11, 2014

Pokok Kurma Bukit Kepong 2



"2 Pokok Kurma yang telah ditanam pada 5 Syawal lepas.." Itu antara kandungan mesej WhatsApp berserta 2 gambar POKOK KURMA 'Made In Malaysia'kiriman oleh Tuan Alif Aizat.

Pepohon Tamar itu telah selamat dialih tanam ke tanah di kampung mertua beliau, Tuan Muhamad Bin Yunus di Kampung Padang, Bukit Kepong, Johor.

Penanaman ini adalah yang kedua seumpamanya di Bukit Kepong selepas rekod pemilikan pertama seperti pada pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/04/misi-ipoh-bukit-kepong-jb-puchong-ipoh.html

Terima kasih dan tahniah Tuan Alif dan keluarga Mertua. Ikuti secara istiqomah tentang tip dan panduan penjagaan serta pembajaan Pokok Kurma yang kami kongsikan secara PERCUMA tempoh hari. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lepas ni Bukit Kepong bakal jadi hub perlanskapan Pokok Kurma nampak gayanya ni. 
 

Pokok Kurma Rumah Baru


CEO Klasik Niaga Event, Puan Ummi Diera menyerahkan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kepada Cik Puteri Lelabayu tengahari tadi.

Dihadiahi Puan CEO untuk ditanam di rumah baru keluarga Cik Puteri di Kampung Kepayang, juga tanda terima kasih kesudian menjemput ke kenduri doa kesyukuran merangkap rumah terbuka di rumah baru beliau itu.

Kami juga adalah jemputan sekaligus menjadi pemudahcara hajat Puan CEO.

Tahniah kedua-duanya. Moga tautan ukhuwwah sesama anda semakin mekar melalui pemilikan Pokok Kurma tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kenyang sudah.. 

Saturday, August 9, 2014

Pokok Kurma Ibu Kapten


Insha Allah segar bugar dan sihat subur barisan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' milik Kapten (B) Khairul Anuwar Bin Nasoha. Manakan tidak, Pepohon Tamar berkenaan dihadiahkan kepada ibu beliau.

Seperti yang kita sedia maklum, bila digembirakan dengan kebaikan akan hati insan paling keramat hidup kita itu, limpahan rahmat memagneti kita. Dan Insha Allah, tidak terkecuali cebisan rahmat tersebut melingkari penanaman Pepohon Tamar hadiah seorang anak terhadap ibunya.

Gembira hati seorang ibu, tatkala anaknya menunaikan hajat hatinya yang kepingin memiliki Pokok Kurma sebelum ini. Sekali dapat, tu dia.. 4 pokok sekaligus.. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bulan Ramadhan tempoh hari pemilikan Kapten Khairul dan ibu beliau seperti di pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/dari-anggerik-mall-ke-sungkai.html

Energi JDT

8 Ogos 2014 - Kunjungan Raya ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami diteruskan lagi oleh para pengunjung yang singgah bersama keluarga.

6 Syawal sebelum ini, sekeluarga dari Temerloh (http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/nerseri-mini-pokok-kurma-tutup-hari-ini.html). Semalam, 11 Syawal sekeluarga dari Jitra (http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/jitra-luar-biasa.html). 12 Syawal pagi tadi dikunjungi pula sekeluarga dari Senai, JDT.

Ketua keluarga berkenaan, Tuan Abdul Majid Bin Md Yunos, seawal jam 8.00 pagi telah hubungi kami dengan memaklumkan sudah berada di Pengkalan! Dasat.. 

Kehadiran keluarga ini mengundang ceria pagi, dengan sikap ramah mesra dan perlaksanaan sesi fotografi secara aktif di sekeliling kawasan. Energi keterujaan sebegini yang melonjakkan lagi rating tindakan dalam setiap perincian perkhidmatan kami. 

Lambaian pulang mengiringi keluarga ini bersama 1 Pokok Ajwah dan 2 Pokok Madu. Tahniah dan terima kasih Tuan Abdul Majid serta keluarga. 


SyfulTamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Nerseri Mini Pokok Kurma dah macam Pusat Hentian Pelancongan pula kan..? Nak apply le kat Tourism Malaysia.. 
 

Friday, August 8, 2014

Pokok Kurma Berbuah kat Kedah naaa...


2 gambar kiriman Tuan Haji Yani melalui aplikasi WhatsApp kepada kami, sangat selesa untuk ditekuni.

Lokasi gambar di Masjid Kilang Gula, Kuala Nerang, mengusik pandangan dengan sepohon tamar yang berbuah.

Menurut Tuan Haji Yani, seperti info yang disampaikan oleh imam masjid tersebut, Pokok Kurma itu mula berbuah lebat semasa bulan Ramadhan. Tetapi kini seperti di dalam gambar, buahnya tinggal fasa pengakhiran setelah khairiah di masjid itu memakannya saban hari.

Jika diperhatikan, Pokok Kurma itu dalam keadaan yang sangat elok dan dijaga rapi. Itulah salah satu faktor penyebab ianya berbuah. Anda juga boleh mencontohi kaedah penjagaan Pokok Kurma secara spesifik di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Tahniah khairiah Masjid Kilang Gula, yang dilapangkan rezeki menikmati buah kurma kelahiran Kedah naaa... Terima kasih Tuan Haji Yani atas info yang sangat bermanfaat ini.

Bagi tinjauan lokasi-lokasi lain yang mana Pokok Kurma turut berbuah, sila klik pautan ini http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Haji Yani merupakan salah seorang pewakaf Pokok Kurma seperti di pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pepohon-tamar-wakaf-surau-al-falah.html

Pokok Kurma Hijrah


Tuan Anid Sallehudin Ruhdina tidak ketinggalan mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan tempoh hari untuk alih tanam Pokok Kurma milik beliau. Peristiwa pemilikan beliau ada di pautan berikut :http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/pemilikan-oleh-tuan-sallehudin-kassim.html

Tidak terus alih tanam ke tanah, tetapi dialih ke bekas kitar semula yang bersaiz besar. Ini kerana lagi beberapa tahun beliau akan berhijrah dari lokasi permastautinan beliau tika ini di Lenggong. Jadi, Pepohon Tamar berkenaan dibawa bersama kelak.

Beliau juga kongsikan manfaat penggunaan supplimen BIO-ORGANIK kepada sebahagian besar tanaman yang lain selain penggunaan ke atas Pepohon Tamar tersebut. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sungguh, kami bukannya guru. Kami hanyalah posmen yang bertindak berkongsi info dan input kurniaan-Nya berkaitan Pokok Kurma kepada sekalian anda. Peen! Peen! Posto! Posto!

Pelepah Kurma Gerbangi Pusara


Kelihatan sugul seorang remaja Gaza di tepian pusara salah seorang keluarganya, mangsa pengeboman orang awam oleh rejim Zionis laknatullah.

Pelepah kurma yang disulam kelihatan seperti pintu gerbang, menjadi tanda penghargaan terakhir buat syuhadah berkenaan.

Suka diingatkan, jangan mensuamkan sokongan terhadap warga Palestin dan seluruh manusia sejagat yang ditindas hina di seantero dunia.

Kepada aktivis tegar dan penyokong senyap terhadap pemboikotan jitu, lebih-lebih lagi tarikh bersejarah pada hari ini, suka kami titipkan pesanan agar istiqomahlah. Juga perluaskanlah 'wilayah' pemboikotan kita, jangan hanya pemakanan dan barang keperluan lain, tetapi rokok di celahan jai jemari dan selukan poket anda itu juga merupakan kiriman peluru dan serbuk peledak buat setiap individu Palestin.



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Al-Fatihah buat kedua ibu bapa kita, para mujahidin dan rakyat Palestin samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Thursday, August 7, 2014

Jitra Luar Biasa




7 Ogos 2014 - Selepas singgah ziarah sebuah keluarga dari Temerloh pada 6 Syawal di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, pagi tadi sebuah keluarga lain pula datang bertandang, kali ini dari Utara, nun dia mai dari Jitra..!

Bertolak selepas Subuh, pasangan Cikgu Bakar dan Cikgu Azah serta salah seorang anak lelaki mereka, tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi.

Sudah lama mencari Pokok Kurma dan kebetulan rezeki Cikgu Azah menonton liputan Majalah 3 pada awal Ramadhan tempoh hari. Setelah itu mula menjejaki kami melalui internet.

Hasil 'window shopping' keluarga ini, mereka memiliki 2 Pokok Ajwah, 2 Pokok Madu, 2 Pokok Mariami, 1 Pokok Shafawi dan 2 liter supplimen BIO-ORGANIK.

Sebelum berangkat pulang, sempat kami bertanya kepada Puan Azah akan ke mana destinasi tujuan selepas ini. Ini jawapan beliau, "Teroih balek Jitra la. Esok nak tanam kat kampung kat Pendang. Arini mintak cuti semata-mata nak datang ambek Pokok Kurma ni la.."

Wuuuiiihh.. Mengagumkan. Keinginan membuak-buak mereka dalam pemilikan Pokok Kurma menyebabkan mereka melakukan satu tindakan luar biasa pada hari ini.

Dengan senyuman terukir, sempat beliau menyambung, "Nanti nak tunjok gambaq-gambaq ni kat kawan-kawan, nak habaq kat depa yang kami dah datang kat tempat Pokok Kurma yang masok tv aritu." 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tiada rasa bangga, namun rasa dihargai dan berbaloi atas usaha sejak 2008 sebagai pemudahcara pemilikan Pokok Kurma buat rakyat Malaysia. 

Pokok Kurma Birthday


5 Ogos 2014 - Ini adalah 'surprise' yang paling 'surprise' punya oleh Tuan Gundam Emi sempena 'birthday' bapa beliau. Idea 'surprise' yang agak kreatif.

Bapa beliau memang sudah lama mencari dan mahu memiliki Pokok Kurma sejak dulu. Dan Tuan Emi mengambil inisiatif memberi kejutan dengan menunaikan hajat bapa beliau yang sekian lama terpendam. 

Penyerahan pemilikan dilaksana di Prescint 9, Putrajaya melalui wakil transit Pokok Kurma kami di Putrajaya, Tuan Nikz Rich.

Ini adalah satu contoh nilai yang mulia seorang anak yang ditonjolkan oleh Tuan Emi. Kami tumpang gembira menjadi pemudahcara idea 'surprise' beliau. Insha Allah 3 Pokok Madu berkenaan mendatangkan manfaat dan kegembiraan kepada bapa Tuan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih daun kurma ya Tuan Emi. 

Pokok Kurma Zam Zam


Puan Hajjah Tinah Saclan dan Tuan Haji Mazlan Bin Noordin memerterai pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' melalui penghantaran ke JB. Pautan berikut merupakan rangkuman pemilikan Pokok Kurma oleh pasangan suami isteri ini :http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/rangkuman-kembara-musafir-ipoh-jb-ipoh.html

Mula mendedahkan perihal pemilikan itu di FB semasa sambutan awal Syawal tempoh hari. Menerima ucaptama dan bait-bait suka serta pesona daripada keluarga dan taulan.

Pemilikan Pokok Kurma di kediaman mereka merupakan salah satu gandingan akrab atas perniagaan yang dijalankan iaitu pembekalan air zam zam melalui syarikat Hajjah Tinah Saclan Trading.

Gandingan mantap ala Tanah Arab..! 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Supplimen BIO-ORGANIK kami khusus untuk tanaman kurma juga menggunakan 100% air zam zam, tiada langsung walau setitik pun air biasa.

Pokok Kurma Sentap


Puan Anim Abu memiliki POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ketika berkunjung ke daerah halaman kami, Kuala Kangsar. Pautan berikut memberi pencerahan tentang pemilikan tersebut :http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/pertemuan-sentap-dan-tamar.html

Pokok Kurma beliau dialih tanam dari beg poli ke tanah ketika bulan puasa, mengambil berkat sempena Ramadhan 1435 H. Tidak perlu dibimbang akan pembajaan Pokok Kurma tersebut. Ini kerana Puan Anim merupakan pemilik empayar Baja Sentap Anim - AgroExt SuperBio (Baja Biorganik).

Pekehe pulok baja tu sentap..?? Untuk mengetahuinya, anda boleh terus ke pautan FB empayar beliau di :https://www.facebook.com/pages/AgroExt-SuperBio-Baja-Biorganik/253367661440188


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Info berkenaan pembajaan Pokok Kurma ada di pautan berikut -http://syfultamar.blogspot.com/2014/08/pembajaan-pokok-kurma.html

Tuesday, August 5, 2014

Pembajaan Pokok Kurma


Pembajaan Pokok Kurma disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Elakkan penggunaan baja kimia. Ini kerana, seperti juga manusia, kimia mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek.

Perlu diingatkan, hanya penggunaan baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ini kerana, sepanjang pemerhatian dan penangan 'try and adjust' sejak 2008 kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pepohon Tamar ini, Pokok Kurma 'panas' terhadap kesan tinja, yang mana ianya boleh menyebabkan tumbesarannya terjejas.

Sila ikuti panduan dan saranan serta tip penggunaan yang dimaklumi pembekal/pengedar baja organik berkenaan. Berkenalan sebaik mungkin daripada mereka tentang intipati dan implikasi baja organik itu terhadap tanaman anda.

Tip pembajaan ini juga sangat bernilai tinggi untuk dipraktikkan kepada tanaman lain. Ini kerana baja organik adalah sangat besar kadar keselamatannya terhadap manusia dan alternatif yang amat molek penggunaannya terhadap tumbuhan.

Insha Allah kita mampu melaksanakannya demi kesuburan semulajadi tanaman kita dan juga kesejahteraan persekitaran alam sejagat.  :-)



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kelak nanti hasilnya sayur organik, bunga organik dan buah organik.  :-)