Berpisah sudah dari batang
Namun, setiap tragedi dan kesusahan yang diturunkan Allah untuk menguji manusia pasti disusuli manfaat kemudiannya. Inilah konsep The Power of HIKMAH. :-)
Kami tersedar, rupa-rupanya terdapat umbut putih di antara batang KURMA dengan tapaknya. Tidak pernah kami tahu langsung akan perkara ini sebelum ini.
Berpisah sudah daripada tapak
Apalagi, dengan lafaz Bismillah, ‘mamam’ sampai habislah. Seeeeeeedap sangat. Manis dan berlemak. Syukur sangat. :-)
Patutlah Allah sengaja aturkan kejadian ini. Rupa-rupanya untuk menambahkan pengetahuan kami tentang tanaman Timur Tengah ini. Dan kami percaya Allah memilih kami bagi menyampaikan info yang tersangat menarik ini kepada anda rentetan daripada kejadian tersebut.
Kami percaya banyak lagi ‘signal’ yang Allah akan ilhamkan selepas ini bagi ‘mengeratkan lagi perkenalan’ kami dengan pepohon Tamar. Dan sudah pastinya akan dikongsikan bersama anda kelak. :-)
Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'
Umbut yang telah habis di'mamam' :-)
ST : Maaf ya, dah habis ‘mamam’, baru dok teringat nak ambil gambar. Tak dapatlah dipamerkan bagaimana rupa umbut KURMA tu. Hehe. Buurrppp..! :-)
No comments:
Post a Comment