Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, December 21, 2015

Laman Kurma Nabi di SINAR HARIAN



📰 SINAR HARIAN (Edisi Perak)
16 Disember 2015
Mukasurat 41

🌴 Laman Kurma Ajwah di Masjid Ar-Rahmaniah 🌴

Satu lagi perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kelolaan Syful Tamar. 👍🏻😃🌴
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334
reading Sinar Harian at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Adab Oleh Puan KPE


https://www.facebook.com/545633278785943/videos/vb.545633278785943/1264667623549168/?type=2&theater&notif_t=notify_me_page
 
Rupa-rupanya, sudah setahun berlalu peristiwa ini dirakam. Hitungan masa yang pantas berlalu.

Rakaman pendek yang memaparkan aksi seorang wanita. Bukan aksi amuk, bukan juga aksi manja, apatah lagi aksi lagak ngeri, tetapi paparan 'aksi' ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA oleh wanita tersebut.

Puan Zahrah Abdul Wahab Fenner merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Apa yang membanggakan, beliau merupakan wanita pertama selaku nakhoda dalam organisasi badan berkanun itu.

Jika diteliti pada rakaman tersebut, jelas kelihatan begitu tertib dan 'happy' perlaksanaan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA oleh Puan Zahrah. Sememangnya, begitulah juga peranan beliau selaku KPE SSM, tertib dan berintegriti dalam pentadbiran.

Maka, tidak hairanlah mengapa beliau sangat disenangi setiap lapisan dalam keluarga besar SSM di seluruh negara. 👍🏻😃

Moga SSM kekal relevan dan semakin berdaya maju di bawah pentadbiran Puan Zahrah, dengan bantuan serta sokongan keseluruhan warga SSM sendiri. In Shaa Allah. 👍🏻😃
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
0195709334

ST : Intipati peristiwa ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA itu boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2014/12/pepohon-tamar-kampung-talang.html. Besar manalah sudah, Pepohon Tamar tu sekarang ni ya..?
watching Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma 'Made In Malaysia' at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

2828 Like Page Kudus



Cantik aturan nombor ni - 2828 - jumlah individu yang LIKE FB page kudus POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 🌴🇲🇾

Bacaan terkini jam 10.45 pagi tadi - 19 Disember 2015.

Mujur sempat 'snap'. 📷😄

Lepas ni tunggu aturan nombor 8282 pula.

Mampukah direalisasikan kelak..? 😄
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Terima kasih daun Kurma idok terhingga buat sekalian 2828 individu tersebut, yang sudi LIKE seadanya FB page ini. 👍🏻😃🌴
feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Kurma Jejaka Kacak



18 Disember 2015 - Jejaka kacak bersama Pepohon Kurma Madu. Memenuhi hajat pemilikan ayahanda.

Bawa balik ke kampung halaman di Muar. Tak banyak, cuma 20 pokok je.

6 liter Supplimen Organik Pokok Kurma, 1 Pokok Pisang Kaki dan 1 Pokok Delima Jumbo juga turut serta dalam perjalanan. 🚙💨

Selamat bermusafir, pergi dan pulang ya Tuan Mujid. 👋🏻
.
.
Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : In Shaa Allah, perjalanan sekalian anda yang lain, ke destinasi masing-masing, turut sentiasa selamat sejahtera, pergi dan pulang.
meeting customers at Ssm Angsana Mall Ipoh.

Kurma Masjid Baru

17 Disember 2015 - Sehari selepas pemilikan 1 Pokok Kurma Madu, sekali lagi Puan Norlina Amin menghubungi wakil Kuantan kami, Tuan Mohd Zahari. Kali ini bagi tujuan mewakafkan Pokok Kurma kepada masjid di khairiah beliau, Masjid PSJ, Sungai Karang.

Bukan sekadar Pokok Kurma, tetapi Puan Norlina perlukan sekali pakej ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA.

Dilaksanakan sebaik mungkin oleh Tuan Zahari, akhirnya tersergam elok 2 Pokok Kurma Madu di perkarangan masjid yang baru 90% siap itu. Masjid baru berpohon tamar. 👍🏻😃🌴
Secara tak langsung, ini merupakan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang pertama di Kuantan. 👍🏻🌴


Moga perlaksanaan wakaf oleh Puan Norlina ini menviralkan buakan manfaat dunia akhirat buat beliau sekeluarga. In Shaa Allah. 👍🏻
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tuan Zahari (wakil Kuantan) boleh dihubungi melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116. 🌴

Kurma Sungai Karang



16 Disember 2015 - Selepas Tuan Sham dari Kem Batu 10, datang pula Puan Norlina Amin menyantuni wakil Kuantan kami.

Puan Norlina melunaskan hajat pemilikan 1 Pokok Kurma Madu untuk dilestarikan di kediaman beliau di Taman PSJ, Sungai Karang. 👍🏻😃🌴

Sekalian anda warga Kuantan juga boleh turut mengikut jejak langkah Puan Norlina dengan menghubungi wakil kami di Kampung Kempadang, Tuan Zahari melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116. 🌴📲
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Puan Norlina atas pemilikan tersebut. 👍🏻🌴😃
making other people happy in Kampung Kempadang, Pahang, Malaysia.

Kurma Kem Batu 10



16 September 2015 - Selepas membeli belah di pasar raya, sempat pula Tuan Sham singgah bertemu dengan wakil kami di Kampung Kempadang, Kuantan.

Pertemuan singkat tersebut bagi melunaskan hajat beliau dalam pemilikan Pokok Kurma. 👍🏻😃🌴

Kata putus diambil, 2 Pokok Kurma Madu dibawa pulang ke kediaman beliau di Kem Batu 10, Kuantan. 🌴🌴

Tahniah dan terima kasih ya Tuan Sham, atas pemilikan Pepohon Tamar Madu tersebut. 👍🏻😃🌴
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil kami di Kuantan, Tuan Mohd Zahari boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116. 🌴📲
getting connected in Kampung Kempadang, Pahang, Malaysia.


13 Disember 2015 - Curahan hujan makin melebat. Membentuk banyak lopak air besar. Limpahan air juga merentangi jalan tanpa henti.

Deruan angin turut meligat. Menghempas kawanan air dari awan di langit itu ke cermin hadapan kenderaan. Laju sahaja 'viper' menjalankan tugas menyah lebatan hujan tanpa sebarang birokrasi.

Namun, sejurus tiba di Hospital Banting, hujan sudah mula berhenti.

Kami disambut mesra oleh Tuan Haji Shahiran Shukor, individu yang memohon Misi Penghantaran Khas POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ke Banting.

3 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 3 Pokok Kurma Madu kini berada dalam dakapan. Tuan Haji Shahiran gembira senyum melebar keriangan. 😃👍🏻🌴
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Rupa-rupanya, sebahagian besar Semenanjung Malaysia turut mengalami situasi hujan lebat berpanjangan pada petang tersebut. Sehingga ada kawasan yang dilanda banjir.
meeting customers at Hospital Banting.

Laman Kurma Nabi Pertama


SUNGAI SIPUT (U) - Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah telah mencipta sejarah tersendiri selepas melancarkan Laman Kurma Nabi di halaman hadapan menghadap kiblat masjid tersebut.

Idea itu dicetuskan oleh Kami Anak Felda (KAF) cawangan FELDA Lasah dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli NGO tersebut serta penduduk setempat melalui perlaksanaan wakaf.


Menurut Setiausahanya, Ahmad Shaari Abdul Kadir, seluruh ahli KAF di sini sangat teruja dan terharu dengan idea Laman Kurma Nabi di situ. Sehinggakan ahlinya yang bermastautin di luar kawasan turut sama berwakaf.

"Walaupun bukan yang pertama di Malaysia, namun bagi Laman Kurma yang menempatkan khusus spesis Kurma Nabi (Ajwah), kami adalah yang pertama di negara ini. Apa yang paling menarik, perlestarian Pokok Kurma Nabi pertama di masjid ini telah ditanam oleh Timbalan Mufti Perak.




Kami berkeyakinan, Laman Kurma yang dilestarikan sebanyak 27 Pokok Kurma Nabi ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan FELDA Lasah yang sangat efektif dalam masa 2 hingga 3 tahun akan datang."

Pelancaran Laman Kurma Nabi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim sempena Forum Perdana yang bertajuk "Rahmat Syukur Dan Perpaduan" selepas selesai solat Isyak.


 

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh pengerusi masjid, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi dan pengurus besar FELDA Wilayah Trolak, Haidir Moin serta masyarakat setempat.
.
.
Pelancaran LAMAN KURMA NABI Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah
11 Disember 2015
29 Safar 1437 H
.
.
Syful Tamar (ST)

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Satu lagi perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di bawah kelolaan Syful Tamar.

Bonsai Tamar Forum Perdana

11 Disember 2015 - Usai Forum Perdana yang bertajuk "Rahmat Syukur dan Perpaduan" di Masjid Ar-Rahmaniah, pihak Kami Anak FELDA (KAF) menyampaikan cenderahati Bonsai Tamar kepada moderator dan barisan panel. 4 pasu Bonsai Tamar itu diwakafkan oleh ahli-ahli KAF.






Disampaikan oleh Pengurus FELDA Lasah kepada :

1. Moderator (baju Melayu merah).



2. Ahli panel 1 - Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim (berkopiah).



3. Ahli panel 2 - Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak, Encik Haidir Moin (baju Melayu jingga).





4. Ahli panel 3 - Pengerusi Masjid Ar-Rahmaniah, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi (baju Melayu biru).


Selepas penyampaian cenderahati Bonsai Tamar, tetamu dan khairiah masjid mendirikan solat Isya' berjemaah. Kemudian bergerak ke halaman sebelah hadapan masjid bagi pelancaran LAMAN KURMA NABI MASJID AR-RAHMANIAH.
.
.
Syful Tamar (ST)

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

  ST : Bonsai Tamar merupakan alternatif unik cenderahati kepada tetamu jemputan atau hadiah kepada orang yang dirai.

Kurma Nabi SMKABC

11 Disember 2015 - Sebelum perlaksanaan Laman Kurma Nabi di FELDA LASAH pada sebelah petang, kami terlebih dahulu terlibat dalam program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK pada sebelah pagi di SMK Aminuddin Baki, Chemor (SMKABC).

Program anjuran Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak itu melibatkan 9 item wakaf yang diwakafkan oleh usahawan PERDASAMA Perak sendiri termasuklah 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah).

Disamping membekal 2 Pokok Kurma Ajwah tersebut, kami turut diamanahkan sebagai pemudahcara dalam perlaksanaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma bagi kedua-dua Pokok Kurma itu.
Sejarah tercipta di SMKABC, yang mana Pokok Kurma pertama yang 'menghuni' bumi sekolah itu telah disempurnakan penanamannya oleh Pengetua, Puan Hajjah Azizah Mat Cha dan YDP PERDASAMA Perak, Puan Suhaida Hashim.


Pokok Kurma kedua pula disempurnakan oleh 4 serikandi bekas pelajar SMKABC.
Tahniah SMKABC, selaku Penerima Manfaat ke-4 bagi program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK.


Terima kasih dan tahniah juga buat seluruh warga PERDASAMA Perak atas inisiatif program amal tersebut.
.
.
Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com
019570933

ST : SMKABC juga turut mencipta sejarah selaku sekolah pertama di Chemor yang punyai Pokok Kurma. 👍🏻😃

Saturday, December 12, 2015

Laman Kurma FELDA

11 Disember 2015 - Siap sudah medan pelancaran LAMAN KURMA NABI MASJID AR-RAHMANIAH FELDA LASAH. Penempatan 27 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) di Laman Kurma ini. 👍😃🌴


Bakal dilancarkan oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim sebentar lagi, selepas selesai forum perdana peringkat FELDA Lasah dan solat Isya'.


Cenderahati 4 pasu Bonsai Tamar juga telah tersedia untuk disampaikan kepada 4 tetamu kehormat.
Moh dengo forum dulu ye.. 👍😄

.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

ST : Rekod baru ni, tak pernah buat sebelum ni - perlaksanaan Adab Khusus Pokok Kurma memalam hari. 😎🌴

Friday, December 11, 2015

Lakaran Comel Laman Kurma


8 Disember 2015 - Lakaran comel ini dinukil khas melalui 'handimade' teliti kami. 📝

Lakaran prolifiknya melalui adaptasi perkomputeran kenalah tunggu Puan Diera balik cuti dari kampung halaman di Sentosa, Klang. 💻

Itu bidang beliau dalam entiti bisnes Syful Tamar. Kami yang lain cuma pelaksana kerja-kerja perchangkholan je.


Menurut lakaran pelan yang belum mencapai piawaian antarabangsa itu, 27 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) mampu ditempatkan di lokasi LAMAN KURMA NABI (AJWAH) MASJID AR-RAHMANIAH, FELDA Lasah, Sungai Siput (U).

Diselia wakaf oleh NGO Kami Anak FELDA (KAF) melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Bakal disempurnakan simbolik pelancaran Laman Kurma itu oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim pada Jumaat ini.


 Maka, siaplah sudah penandaan dan penggalian awal bagi persediaan Jumaat ini. 👍🏻😃
.
.
🌴Hang Kebun Bergajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

HK : Laman Kurma kedua di masjid seluruh Perak selepas Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh. 👍🏻😃

Monday, December 7, 2015

Pelepah Kurma Dihinggap Cakcibo


Tatkala kami sedang mencari-cari sudut bersesuaian bagi mengambil gambar Pepohon Tamar yang selesai dilestarikan di Laman Kurma Fasa 2 Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) pada 18 November lepas, tidak semena-mena muncul sang pepatung merah hinggap di dedaun salah satu pelepah Kurma Nabi (Ajwah) terakhir yang ditanam pada hari tersebut.

Tanpa berfikir panjang, tanpa hiraukan samada sudut gambar itu bersesuaian atau tidak, spontan sahaja kami klik 'snap button'.

Peristiwa 'pembukaan' Laman Kurma Fasa 2 MSAS ini boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/11/laman-kurma-msas-fasa-2.html.

Sudah lebih 2 minggu berlalu. Kami temui semula gambar tersebut, setelah sesi tinjau lihat gambar-gambar dalam menu 'Pictures Gallery'.

Agak epik juga bilamana diteliti gambar hinggapan sang pepatung merah itu.

Berehat sebentar, sebelum menghenjut sayapnya, terbang bebas dan riang ria di udara. 🚁💨

Berehat sebentar, tanpa perlu Kit Kat, hanya bekalan oksigen segar bugar 'direct' dari Pokok Kurma. 😄🌴

Lantas terus teringatkan bait-bait kata yang sama maknanya di FB oleh 2 tokoh dakwah, berkaitan dengan perlaksanaan wakaf pokok.

"Plant a tree. People and animals use for food or shade, you earn." - Dr. Zakir Naik.

"Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya." - Ustaz Don Daniyal.

Bait-bait kata kedua-dua tokoh terkemuka ini boleh diteliti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/wakaf-pokok-kurma.html.

Berdasarkan peristiwa bergambar tersebut, In Shaa Allah, para Dermawan Wakaf bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di banyak lokasi perlaksanaan wakaf, sedang menjana rantaian pahala bagi manfaat di dunia pada ketika ini dan membuat tuaian hasil 'saham' tersebut di negeri akhirat kelak. 👍🏻😃🌴

Penerima Manfaat terkini bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' adalah Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta. Anda boleh terus hubungi kami untuk turut serta atau selidiki terlebih dahulu infonya pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/12/wakaf-di-annur.html.
.
.
🌴Hang Kebun Betgajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334

HK : Pepatung juga dikenali sebagai sibur-sibur. Terjemahan Inggerisnya pula, Dragonfly. Agak ganas dan 'stylo' juga bunyinya kan..? Bila diolah ke bahasa Perak pula, jadinya Cakcibo. Maka, tidaklah berapa ganas dah bunyinya, namun aura 'stylo'nya meningkat mendadak. 😄
 — feeling blessed at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Thursday, December 3, 2015

Penama Wakaf


Kami faham, ada individu yang menolak menonjolkan nama dalam sumbangan samada sedekah, infaq mahupun wakaf. Lazimnya, ramai yang lebih selesa meletakkan nama sebagai Hamba Allah dalam sumbangan yang dihulurkan.

Tapi berbeza dengan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang diwakafkan kepada surau-surau, masjid-masjid, intitusi pendidikan dan institusi kebajikan sebagai Penerima Manfaat. Kami sangat-sangat mengesyorkan supaya lebih molek anda letakkan penama dalam sumbangan tersebut.

Letakkan penama seboleh-bolehnya dengan nama lengkap, samada nama anda sendiri mahupun nama-nama insan lain yang anda kasihi atau yang pernah anda zalimi (secara sengaja atau tidak sengaja), samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Juga boleh diletakkan nama entiti bisnes mahupun pertubuhan.

Tujuan diletakkan penama dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ini adalah untuk didoakan penama-penama tersebut, kesejahteraan dunia dan akhirat oleh Penerima Manfaat - untuk disampaikan doa oleh pihak jawatankuasa dan khairiah surau/masjid 'direct' serta jelas terus kepada senarai penama wakaf.

Itu yang kami amalkan dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Penerima Manfaat yang mendoakan penama-penama wakaf.

Malah yang lebih memberangsangkan kini, penama-penama wakaf turut diraikan dalam bacaan Yassin secara berjemaah oleh Penerima Manfaat. 👍🏻😃🌴

In Shaa Allah, sumbangan wakaf anda itu menviralkan buakan maanfaat buat sekalian Dermawan Wakaf, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. 👍🏻😃
.
.
Syful Tamar
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334

ST : Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta merupakan Penerima Manfaat terkini dengan permintaan sebanyak 30 Pokok Kurma. Anda juga dipelawa untuk turut serta berwakaf. Untuk info lanjut, sila santuni pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/12/wakaf-di-annur.html
 —looking for a kind soul at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Wednesday, December 2, 2015

Wakaf di Annur


Berhajat mewakafkan Pokok Kurma..? Penerima Manfaat kini adalah Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta, Perak.
Masjid An-Nur mampu dilestarikan dengan 30 Pokok Kurma. Buat masa ini sudah 3 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) telah diwakafkan. Kini berbaki 27 Pokok Kurma sahaja lagi.
Bagaimana..? Berhajat..? 😃
Sambil miliki pahala infaq, niatkanlah sekali apa-apa hajat untuk anda sekeluarga. Niatkanlah juga untuk kestabilan dan kemajuan karier mahupun perniagaan anda. Atau apa-apa sahaja hajat lain yang bermanfaat. 😃
Pokok Kurma yang bakal ditanam adalah bersaiz antara 1-2 kaki (ukuran dari permukaan tanah dalam beg poli sehingga ke hujung daun).
Boleh pilih mana-mana pokok yang mahu diwakafkan samada Kurma Madu mahupun Kurma Nabi (Ajwah).
.
.
A. Pokok Kurma Madu + ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA + semburan Supplimen Organik Pokok Kurma
RM65 sepokok
- letakkan 4 penama wakaf
.
B. Pokok Kurma Nabi + ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA + semburan Supplimen Organik Pokok Kurma
RM125 sepokok
- letakkan 11 penama wakaf
C. Supplimen Organik Pokok Kurma
RM15 bagi 500ml
- letakkan 1 penama wakaf
Boleh berwakaf secara INDIVIDU atau pakat-pakat BERKONGSI/BERJEMAAH/BERKUMPULAN
Senarai penama itu akan didoakan pihak masjid dan dirai dalam bacaan Yassin sebagai tanda penghargaan buat pewakaf.
Penama boleh diletakkan untuk orang yang masih hidup dan/atau yang telah meninggal dunia dan/atau nama syarikat/pertubuhan.
Hubungi panggilan terus atau WhatsApp di talian 0195709334 dan 01125595499. 📲
Dan In Shaa Allah, perlaksanaan wakaf oleh anda bakal menviralkan buakan manfaat buat anda sekeluarga, baik di dunia mahupun di 'perhimpunan mega' kelak. 👍🏻😃🌴
🌴Hang Kebun Bergajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com
HK : Anda juga boleh meninjau PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sebelum-sebelum ini pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.my/p/wakaf-pokok-kurma.html

Kurma Muhibbah

25 November 2015 - Perancangan kami, bermusafir di hening pagi ke Juru, melanskapi Pepohon Tamar di Pusat Pengajian Pondok Turath Islam Malaysia (PPPTIM).
Perancangan Allah pula, menggantikan perancangan kami itu kepada perlestarian Pepohon Tamar pada pagi hari di Surau Al-Islamiah, Kampung Muhibbah, Sungai Siput (U).
Kedua-dua lokasi tersebut di bawah naungan wakaf KEDAI EMAS CHE SU SDN BHD yang beroperasi di Silibin, Ipoh.
PPPTIM punyai agenda yang peri penting pada pagi itu. Ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Kami ditemani salah seorang AJK Surau Al-Islamiah, Tuan Amri ketika menyempurnakan ADAB KHUSUS PENANAMAN POKOK KURMA di situ. Menempatkan 1 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami, 1 Pokok Kurma Shafawi dan 1 Pokok Kurma Deglet Nour.
Tahniah khairiah Surau Al-Islamiah atas peristiwa tersebut. Juga tahniah dan terima kasih KEDAI EMAS CHE SU SDN BHD atas perlaksanaan wakaf itu. 👍🏻😃🌴
🌴

Hang Kebun Bergajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
HK : Lokasi wakaf seterusnya adalah Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta dan Masjid Al-Wahidiah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Tawaran wakaf kini dibuka kepada sekalian anda bagi kedua-dua lokasi tersebut. Dipersilakan. 👍🏻😃🌴

Friday, November 27, 2015

Kurma Muar


20 November 2015 - Pada sebelah pagi, kami berkolaborasi dengan PERDASAMA Perak bagi program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SK Sultan Idris II dan SMK Raja Muda Musa. Kedua-duanya terletak di bandar Kuala Kangsar.

Sejurus selesai solat Jumaat pula, kami bersua temu dengan Tuan Firdaus dan isteri di hadapan Kolej Sunway, Tambun. Pasangan suami isteri ini datang dari Muar.

Tuan Firdaus mula kenal kami sejak menonton program Agro Jurnal yang bertajuk "Kurma Malaysia" di TV1. Daripada situ, beliau hanya memendam hajat pemilikan Pokok Kurma disebabkan lokasi yang sangat jauh, antara kampung halaman beliau di Muar dengan Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

Peluang bertandang ke Ipoh atas urusan peribadi tidak dilepaskan begitu sahaja untuk beliau hubungi kami.📲😃

Akhirnya, 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 1.5 liter Supplimen Organik Pokok Kurma dibawa pulang ke kampung halaman pasangan suami isteri ini di Muar.

Tahniah dan terima kasih kepada Tuan Firdaus serta isteri atas pemilikan tersebut. 👍🏻😃🌴

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334

ST : Jurnal tani kami di Agro Jurnal boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/08/kurma-malaysia-di-youtube.html
 — feeling Syukur at Sunway College Ipoh.

Tuesday, November 24, 2015

Kolaborasi Bersama PERDASAMA Perak

Pagi Jumaat 20 November 2015, kami dijemput oleh Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak, untuk berkolaborasi dalam program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK.

Program wakaf itu merupakan insiatif NGO tersebut yang berkongsi dan menyumbang sebahagian pendapatan ahli-ahli mereka untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah sebagai Penerima Manfaat. Item sumbangan wakaf utama adalah kelengkapan surau dan Pokok Kurma.

Ini adalah rentetan kolaborasi PERDASAMA Perak dan kami pada 20 November tersebut :

A. Misi Ke-2 GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar
Bagi meninjau info lanjut Misi ke-2 ini, sila klik (di sini)

B. Misi Ke-3 GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
Bagi meninjau info lanjut Misi ke-3 ini, sila klik (di sini)

Moga, GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK ini sentiasa menviralkan kebaikan, bukan sahaja kepada Penerima Manfaat, malah kepada seluruh organisasi PERDASAMA Perak serta para Dermawan Wakaf di kalangan Usahawan PERDASAMA Perak sendiri.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

ST : Wadah wakaf kelolaan kami pula adalah PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.  :-)

Thursday, November 19, 2015

Laman Kurma MSAS Fasa 2


18 November 2015 - Misi selesai jam 11.30 pagi. Perlestarian Laman Kurma Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) Fasa 2. Menempatkan 10 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 12 Pokok Kurma Madu.


Misi disempurnakan oleh kami berempat termasuk 2 Hang Kebun cilik. Terungkai rasa lega dapat melaksanakan amanah oleh 11 Dermawan Wakaf dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.


Namun gusar, apabila modus operandi penandaan kami pada 2 minggu lepas berlaku kekhilafan. Disangka hanya 21, rupa-rupanya mampu dilestari sebanyak 25 Pepohon Tamar di Laman Kurma MSAS Fasa 2.


Sepokok telah ditampung oleh pewakafan yang berlebih daripada seorang individu kenalan WhatsApp.


Dan sepokok yang lain pula diwakaf oleh mantan Pengetua SMK Raja Chulan, Ipoh, Puan Hajjah Saadiah Binti Alang Abdullah, yang 'walk in' meninjau gerak kerja kami dalam Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma, selepas beliau tamat kelas pengajian Islam di MSAS.


Kini berbaki lagi 2 Pokok Kurma sahaja lagi untuk melengkapkan 25 Pokok Kurma di Laman Kurma MSAS Fasa 2.

Anda berhajat mewakafkan salah satu atau memenuhi baki kedua-dua kuota tersebut..? Boleh terus berhubung dengan kami melalui WhatsApp atau panggilan terus di talian 0195709334.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Laman Kurma Fasa 1 di masjid yang berpusat di Jalan Dairy, Ipoh itu sebelum ini telah menempatkan 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu. Paparan peristiwa perlestarian itu boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/10/syok-berhujan.html