Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, December 11, 2015

Lakaran Comel Laman Kurma


8 Disember 2015 - Lakaran comel ini dinukil khas melalui 'handimade' teliti kami. 📝

Lakaran prolifiknya melalui adaptasi perkomputeran kenalah tunggu Puan Diera balik cuti dari kampung halaman di Sentosa, Klang. 💻

Itu bidang beliau dalam entiti bisnes Syful Tamar. Kami yang lain cuma pelaksana kerja-kerja perchangkholan je.


Menurut lakaran pelan yang belum mencapai piawaian antarabangsa itu, 27 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) mampu ditempatkan di lokasi LAMAN KURMA NABI (AJWAH) MASJID AR-RAHMANIAH, FELDA Lasah, Sungai Siput (U).

Diselia wakaf oleh NGO Kami Anak FELDA (KAF) melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Bakal disempurnakan simbolik pelancaran Laman Kurma itu oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim pada Jumaat ini.


 Maka, siaplah sudah penandaan dan penggalian awal bagi persediaan Jumaat ini. 👍🏻😃
.
.
🌴Hang Kebun Bergajetkan Changkhol🌴
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334

HK : Laman Kurma kedua di masjid seluruh Perak selepas Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh. 👍🏻😃

No comments: