Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, December 21, 2015

Kurma Nabi SMKABC

11 Disember 2015 - Sebelum perlaksanaan Laman Kurma Nabi di FELDA LASAH pada sebelah petang, kami terlebih dahulu terlibat dalam program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK pada sebelah pagi di SMK Aminuddin Baki, Chemor (SMKABC).

Program anjuran Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Negeri Perak itu melibatkan 9 item wakaf yang diwakafkan oleh usahawan PERDASAMA Perak sendiri termasuklah 2 Pokok Kurma Nabi (Ajwah).

Disamping membekal 2 Pokok Kurma Ajwah tersebut, kami turut diamanahkan sebagai pemudahcara dalam perlaksanaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma bagi kedua-dua Pokok Kurma itu.
Sejarah tercipta di SMKABC, yang mana Pokok Kurma pertama yang 'menghuni' bumi sekolah itu telah disempurnakan penanamannya oleh Pengetua, Puan Hajjah Azizah Mat Cha dan YDP PERDASAMA Perak, Puan Suhaida Hashim.


Pokok Kurma kedua pula disempurnakan oleh 4 serikandi bekas pelajar SMKABC.
Tahniah SMKABC, selaku Penerima Manfaat ke-4 bagi program GUGUSAN WAKAF PERDASAMA PERAK.


Terima kasih dan tahniah juga buat seluruh warga PERDASAMA Perak atas inisiatif program amal tersebut.
.
.
Syful Tamar (ST)
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com
019570933

ST : SMKABC juga turut mencipta sejarah selaku sekolah pertama di Chemor yang punyai Pokok Kurma. 👍🏻😃

No comments: