Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, December 3, 2015

Penama Wakaf


Kami faham, ada individu yang menolak menonjolkan nama dalam sumbangan samada sedekah, infaq mahupun wakaf. Lazimnya, ramai yang lebih selesa meletakkan nama sebagai Hamba Allah dalam sumbangan yang dihulurkan.

Tapi berbeza dengan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang diwakafkan kepada surau-surau, masjid-masjid, intitusi pendidikan dan institusi kebajikan sebagai Penerima Manfaat. Kami sangat-sangat mengesyorkan supaya lebih molek anda letakkan penama dalam sumbangan tersebut.

Letakkan penama seboleh-bolehnya dengan nama lengkap, samada nama anda sendiri mahupun nama-nama insan lain yang anda kasihi atau yang pernah anda zalimi (secara sengaja atau tidak sengaja), samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Juga boleh diletakkan nama entiti bisnes mahupun pertubuhan.

Tujuan diletakkan penama dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ini adalah untuk didoakan penama-penama tersebut, kesejahteraan dunia dan akhirat oleh Penerima Manfaat - untuk disampaikan doa oleh pihak jawatankuasa dan khairiah surau/masjid 'direct' serta jelas terus kepada senarai penama wakaf.

Itu yang kami amalkan dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Penerima Manfaat yang mendoakan penama-penama wakaf.

Malah yang lebih memberangsangkan kini, penama-penama wakaf turut diraikan dalam bacaan Yassin secara berjemaah oleh Penerima Manfaat. 👍🏻😃🌴

In Shaa Allah, sumbangan wakaf anda itu menviralkan buakan maanfaat buat sekalian Dermawan Wakaf, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. 👍🏻😃
.
.
Syful Tamar
🌴POKOK KURMA 'Made In Malaysia'🌴
http://syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334

ST : Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta merupakan Penerima Manfaat terkini dengan permintaan sebanyak 30 Pokok Kurma. Anda juga dipelawa untuk turut serta berwakaf. Untuk info lanjut, sila santuni pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/12/wakaf-di-annur.html
 —looking for a kind soul at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments: