Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 31, 2013

Selamat Pagi Kome.. :-)


Sebelah tangan kanan teman tu Anak Pokok KURMA kami, spesis Mariami. Sebelah tangan kiri teman tu pula Anak Kedua kami, spesis Adam.

Teman yang bertanggungjawab atas kelahiran kedua-duanya.  :-)

Anak Pokok KURMA kami tu melalui formula tanpa rekod yang diilhamkan Allah. Manakala Anak Kedua kami pula melalui formula hukum alam tuntutan semulajadi.

Ala, gurau pun tak boleh..  :-p


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Program hari ini pergi ke SSM dan Majlis Agama Islam Perak. Mohon Allah permudahkan segala urusan.  :-)

Tuesday, October 29, 2013

Tetakan di Kwale Kangso

 

Ya, benar dan tepat sekali, kami telah membuat bertalu-talu tetakan semasa ‘menyerbu’ masuk ke kedai kraftangan Tuan Abdul Ghani di Kuala Kangsar. Bukan menetak tuan punya kedai tersebut tetapi membuat beberapa tetakan kecil bagi menguji parang dan mata pahat pelepah pokok yang didagangkan di situ.  :-)





Alhamdulillah, selesai kerja-kerja ‘shopping’ peralatan ‘make over’ pepohon tamar. Terima kasih Tuan Abdul Ghani atas layanan dan rekmen peralatan kualiti terbaik kepada kami. Anda pun boleh membuat percubaan menetak di lokasi perniagaan beliau di Lembah Kuala Kangsar.  :-)

Kemudian kami singgah ke gerai cendol sahabat lama, Tuan Nazerul Amin di Medan Selera Lembah. Selain bertanya khabar dan mengukuhkan ukhuwah, dapat juga menikmati cendol serta laksa telur rebus sentuhan gerai beliau.



Aturan rezeki Allah kepada kami sungguh kaya apabila menu santapan kami itu ‘ditaja’ oleh seorang lagi sahabat lama, Tuan Lokman Rianto yang datang bersama isteri. Beliau senyap-senyap buat bayaran kepada Tuan Nazerul Amin tanpa diketahui oleh kami yang pada ketika itu sedang rancak membincangkan penyediaan kertas kerja PAKEJ GAGASAN WAKAF pepohon tamar yang akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Perak pada minggu ini. Kami doakan Tuan Lokman Rianto dan isteri dirahmati dan diberkati Allah sepanjang minggu ini atas segala urusan duniawi mahupun ukhrawi.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Baru sahaja ‘shopping’ peralatan ‘make over’semalam, sudah ada individu yang hubungi kami bagi tinjauan pepohon tamar yang perlu di ‘touch up’  :-) . Tapi kertas kerja untuk pembentangan kepada Majlis Agama Islam Perak pula belum siap..! ‘Switch’..!  :-)

Monday, October 28, 2013

Siap Tuan! :-)


Susulan daripada ‘rombongan lamaran’ PDRM Sungai Siput yang diketuai oleh Tuan Amin, Tuan Riduan dan Tuan Khalid pada AGROFEST Perak 2013 tempoh hari telah menyingkap era baru dalam empayar Syful Tamar sendiri. Buat pertama kali, kami menambah nilai seni lanskap jabatan kerajaan pada 4 Oktober 2013 dan Ibu Pejabat PDRM Daerah Sungai Siput sebagai perintis era baru perkhidmatan kami ini.
Dari Ibu Pejabat PDRM Daerah Sungai Siput kami dibawa oleh Tuan Amin ke Kompleks Perumahan PDRM Polis Daerah Sungai Siput bagi meninjau lokasi strategik penanaman. Kata putus dicapai, sepanjang laluan masuk kiri dan kanan ke kompleks perumahan berkenaan ‘dihuni’ pepohon tamar PAKEJ DIRHAM.
 






Tahniah PDRM Daerah Sungai Siput atas pemilikan pepohon tamar itu. Terima kasih Tuan Amin atas layanan yang sangat baik terhadap Jemaah Syful Tamar.  :-)

Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Tahniah dan terima kasih juga kepada Tuan Baharuddin yang sanggup memandu dari Subang Jaya bagi mendapatkan pepohon tamar PAKEJ PERAK pada 19 Oktober 2013 pertemuan di Stesen Petronas Sunway Tambun.  :-)


Friday, October 25, 2013

Pepohon Tamar Nan Berbuah :-)

‘Make over’ pepohon tamar yang tumbuh subur di sekitar Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh – inilah salah satu resolusi kata sepakat yang dicapai semasa mesyuarat kami di masjid berkenaan pada 13 Oktober 2013 tempoh hari (sila rujuk ‘post’ di link http://syfultamar.blogspot.com/2013/10/mesyuarat-petang-13-oktober-2013.html).

Jadinya, pada petang semalam yang diiringi renyaian hujan Zulhijjah 1434 H, sekali lagi jemaah kami yang dibarisi oleh Tuan Mustapha Kamal @ Iqra Sohih (Chief de Mission), Syful Tamar dan Tuan Maznan (CEO Biodiversity Resources) bermesyuarat di Restoran Nasi Kandar Vanggey, Silibin membincangkan pembelian peralatan baru bagi tujuan ‘make over’ tersebut sambil mendraf surat permohonan kepada jawatankuasa masjid bagi mendapat kebenaran projek amal kami ini. Ianya bertujuan menggalakkan pembuahan pepohon tamar di situ kerana ada di antaranya sudah mengeluarkan bunga dan berputik. Di samping itu juga mahu mengekalkan kesuburan pokok agar sentiasa sihat dan berkemampuan mengeluarkan hasil buahnya.



Pada malamnya, dengan sengaja kami lalu kawasan Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dan Masha-Allah syeikh, ada di antara pepohon tamar sudah makin galak berbuahlah..! :-) Alhamdulillah, doa kami didengari agar pepohon tamar di situ berbuah subur sedangkan perancangan dan pelan tindakan baru sahaja dibuat.  :-)








Walaubagaimanapun, pepohon tamar di situ masih memerlukan penjagaan khusus kerana buahnya masih goyah cantuman dengan tangkainya. Kalau ditiup angin yang kuat atau disentuh kasar, buahnya senang ‘getak’. ‘Getak’ ni kata orang Perak maksudnya gugur. Faham ke, faham? :-) Jadi, diharapkan sesiapa yang nak singgah ziarah ke masjid tersebut diharapkan anda dapat menahan gelodak rasa ‘excited’ anda supaya tidak menyentuh tandanan kecil buah tamar berkenaan.

Alang-alang dah singgah ke sana nanti, ada afdalnya terlebih dahulu kita dirikan Solat Fardhu Berjemaah dan Solat Sunat Dua Rakaat Memuliakan Masjid serta Dhuha (sekiranya datang waktu Dhuha). Juga jangan dilupa bersedekahlah ke dalam tabung masjid. Bak kata mentor kami, “More you give, more you get back”. :-)

Inilah antara pesanan daripada kami, manusia kudus yang bernama Jemaah Syful Tamar ini.


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Minggu ni ‘shopping’ perkakas ‘make over’lah jawabnya… Dan In Sha Allah juga mulai minggu ni, ‘glamour’ Masjid Muhibbuddin Shah...  :-)

Thursday, October 24, 2013

TAHNIAH Brunei Darussalam!


Setinggi-tinggi tahniah kepada negara Brunei yang terdiri daripada saf kempimpinan dan kesekalian warganya atas perlaksanaan Hudud di sana.

Pendaratan pepohon tamar ke bumi Borneo yang kami jangkakan selewat-lewatnya April 2014 ini yang mana samada Sarawak ataupun Labuan yang akan menjadi perintis pendaratan tersebut.

In Sha Allah, keterkesampingan ke Malaysia Timur, kami akan singgah ziarah ke negara Brunei yang kini menjadi bumi barakah Asia Tenggara atas perlaksanaan salah satu hukum syariat Allah itu bagi meninjau dan mempelajari sesuatu daripada saudara kita di sana di samping meninjau peluang pemasaran yang ada.  :-)

Moga Allah terus merahmati dengan nilai kasih sayang terhadap bumi Malaysia, bumi barakah Brunei dan sekalian umat manusia keseluruhannya, khususnya umat Islam seantero dunia. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
FB : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Ate jadinye, kene le buwat passport cepat-cepat, ye dak..? (passport belum ada lagi ni).  :-)

Wednesday, October 23, 2013

Apa Tanda Al-Quran Merajuk...??

Petikan daripada penyampaian Tuan LOKMAN BIN RAMLI, Ketua Seksyen Pembangunan Produk dan Perniagaan (SPPP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang 'Marketing and Business Development Division (MBDD)' pada 26 Jun 2013.

Kata beliau :

"MEMPELAJARI Al-Quran adalah WAJIB. MEMBACA Al-Quran pula adalah SUNNAH. Kedua-duanya samada MEMPELAJARI atau MEMBACA Al-Quran adalah sangat penting untuk bantu kita di akhirat kelak.

Oleh itu, kita mesti tetapkan hati supaya MEWAJIBKAN diri MEMBACA Al-Quran walaupun sekurang-kurangnya satu ayat setiap hari.

Apa tandanya Al-Quran ‘MERAJUK’ dengan kita..? Apa tandanya..? Ini tandanya….

Apabila bacaan kita mula TERSEKAT-SEKAT lafaznya... sebab kita tak selalu mendampinginya”

Tersentap terduduk teman dengo… Teman pun tergolong dalam individu yang membuat Al-Quran ‘MERAJUK’ rupanya…. Teman kena bertindak LUAR BIASA sekarang! Bagus Encik Lokman, kalau tak sentap, sampai bila pun takkan sedar…

Terima kasih bebanyak kepada pihak COMTRAC yang menganjurkan setiap program KEEP selama ini dengan lancar dan jayanya. Kalau tiada KEEP anjuran kome, tak dapat le teman dengo bait-bait perkataan LUAR BIASA ni. COMTRAC memang LUAR BIASA..!

Pada teman, Tuan Lokman adalah salah seorang ‘The GREAT MARKETER’ yang SSM ada selain daripada seorang lagi individu hebat di SSM, Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad. Tahniah dan terima kasih atas kata-kata LUAR BIASA beliau sepanjang program. Beliau memang LUAR BIASA…!


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
Facebook : POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : SSM merupakan majikan dan lokasi pekerjaan terakhir teman. :-)

Wednesday, October 16, 2013

Mesyuarat Petang 13 Oktober 2013


Mesyuarat Petang 13 Oktober 2013

Alhamdulillah, selesai sudah bermesyuarat bersama Tuan Mustaphan Kamal (Chief de Mission) dan Tuan Maznan (CEO Biodiversity Resources) di ruang rehat masjid berhampiran Hospital Tuanku Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sebentar tadi.

Sebelum itu Allah kurniakan Bonus Mega ke atas kami dengan melapangkan waktu untuk kami berjemaah Zohor bersama imam dan makmum yang lain di masjid berkenaan.

2 perkara penting dapat dicapai kata sepakat dalam mesyuarat berkenaan. Pertama, tentang pemantapan Jemaah Niaga kami dan yang keduanya, persetujuan serta perancangan penyertaan ke MICCOS 2013 di Serdang pada 24-27 Oktober 2013 ini.

Alhamdulillah, Engkau yang telah permudahkan segalanya ya Allah.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"

FB : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Penyertaan ke MICCOS 2013 terpaksa dibatalkan hari ini (14 Oktober 2013) kerana Tuan Mustapha Kamal mengalami masalah kesihatan. Didoakan beliau segera sembuh dan beransur normal bagi meneruskan misi jemaah niaga kami ini. Amin.

AGROFEST Perak 2013 : Hari Terakhir

1 Oktober 2013 orang ramai masih bertali arus mengunjungi Ladang Infoternak Sungai Siput (U) sempena AGROFEST Perak 2013. Booth kami pun tidak terkecuali terpana dengan kehadiran pengunjung yang hadir pada hari terakhir ini. Tetapi kali ini lebih santai disebabkan prop sudah dikemas, hanya tinggal Pokok Tamar sahaja untuk pameran.



Pengunjung pertama pada hari terakhir

Pameran

Alhamdulillah, kami dikunjungi semula oleh segerombolan anggota PDRM mewakili IPD Sungai Siput (U) bagi perbincangan lanjut tentang penanaman Pohon Tamar di IPD berkenaan. Syukur juga, pokok yang dipamerkan pada hari terakhir ini ‘sold-out’ menjelang Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YB Dato’ Saarani Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.




Perbincangan penanaman pokok tamar bersama pihak IPD Sungai Siput (U)





Moga kami sekali lagi dengan izin Allah berpeluang untuk menyertai AGROFEST Perak pada tahun-tahun yang mendatang. :-)


Pentas Utama



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

FB Fan Page : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Terima kasih atas jasa dan keperihatinan Tuan Shahrul Izan (rakan sepermentoran), Tuan Muhammad Amir Izhar Bin Md Anuar (wakil Smart Strategies), PKNP Bahagian Pembangunan, YAB MB Perak, Tuan Rahim Azudin, Perak.fm serta tak lupa juga doa kedua ibu bapa kami dan anda sekalian sepanjang kami berada di AGROFEST Perak 2013 ini berlangsung. :-)

Tuesday, October 15, 2013

AGROFEST Perak 2013 : Baru Tunjuk Muka :-)

Hari ketiga, 30 September 2013 barulah Syful Tamar hadir ke booth. Ini kerana pada 27-29 September 2013 beliau mempunyai komitmen menambah nilai hidup pihak lain dengan menjadi Pengerusi Projek Dana Amal anjuran KN Event bertemakan “Sumbangan Amal BERAS : Sebutir Kasih, Sejuta Sayang” sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE di Angsana Ipoh Mall. Untuk info lanjut berkenaan penglibatan Syful Tamar dalam aktiviti amal ini anda boleh berkunjung ke Klasik Niaga Event.

Salah seorang pengunjung dari Taman Melur, Ipoh yang datang buat kali kedua di booth kami

Pada hari ketiga ini juga sekali lagi Syful Tamar teruja untuk menambah nilai hidup orang ramai di Perak melalui perkongsian beliau tentang penanaman Pokok Tamar (Kurma) di Malaysia atas jemputan Perak.fm untuk ke udara secara langsung. Sesi bual bicara LIVE ON AIR di konti DJ Perak.fm bagi segmen lintas langsung dari AGROFEST Perak 2013 bersiar pada jam 6.00 petang. Alhamdulillah ramai yang bagi maklum balas selepas itu melalui emel, panggilan telefon dan ada yang datang terus ke booth kami bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pohon Tamar ini.  :-)
Aktiviti malam - ceramah Ustaz Kazim

Bergambo kenangan. Dari kiri : Tuan Maznan (CEO Biodiversity Resources), Tuan Mustapha Kamal (Chief de Mission), Tuan Amir (Smart Strategies), Syful Tamar dan Tuan Zulkifli (Pengurus Lokasi)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Besar jasa warga Perak.fm kepada kami dan juga pendengar sepanjang AGROFEST Perak 2013. Hanya Allah yang mampu balas budi kalian.  :-)

Monday, October 7, 2013

AGROFEST Perak 2013 : Hari Perasmian

28 September 2013 (Sabtu) merupakan hari pertama AGROFEST Perak 2013. Kami bersiap-siap memperkemaskan booth dengan menggosok hingga bersih beg poli pokok-pokok tamar yang dipamerkan. Syful Tamar tidak dapat hadir kerana komitmen beliau sebagai Pengerusi Projek Dana Amal sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE di Angsana Ipoh Mall yang direncana lebih awal sebelum ‘kemunculan’ tawaran penyertaan di AGROFEST ini.



Selepas kira-kira ucapan perasmian YAB MB Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir di pentas utama, beliau mengambil inisiatif melawat ke setiap booth khas penyertaan rasmi. Alhamdulillah beliau sudi mengambil masa yang agak lama untuk singgah mendengar penerangan tentang usaha pembenihan dan penyemaian tamar serta bertemu ramah dengan Jemaah niaga kami yang diketuai Tuan Mustapha Kamal. Rentetan daripada persinggahan dan pertemuan itu, kami ada beberapa perancangan tentang pokok tamar ini dengan kerajaan negeri yang akan menyusul selepas ini.  :-)






Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang menyerbu booth kami bagi mendekati dengan lebih rapat lagi tentang tanaman tamar ini sehinggakan tak sempat langsung kami mengambil gambar situasi di booth selepas itu.


Walaupun sedikit kepenatan, namun kami ‘gumbira’ dapat menambah nilai pengetahuan pengunjung tentang penanaman tamar di Malaysia.


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Terima kasih kepada Tuan Rahim Azudin, gambar lawatan MB Perak adalah sumbangan beliau kepada kami.  :-)

Saturday, October 5, 2013

AGROFEST Perak 2013 : Pelan Persediaan

Atas info ihsan Tuan Shahrul Izan melalui FB, kami telah direkmenkan oleh beliau kepada wakil Smart Strategies, Tuan Muhammad Amir Izhar Bin Md Anuar yang merupakan wakil kepada Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Kami ditawarkan booth kategori Bioteknologi sempena program “AGROFEST : Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2013” dari 28 September 2013 – 1 Oktober 2013 di Ladang Infoternak, Sungai Siput (U).





Pembentukan Jemaah Niaga Syful Tamar ditubuhkan serta-merta kira-kira 2 hari sebelum program. Dengan jemaah yang terdiri daripada 4 individu yang berbeza latarbelakang iaitu Syful Tamar (Kuala Kangsar), Tuan Mustapha Kamal (Ipoh), Tuan Maznan (Manjoi, Ipoh) dan Tuan Zulkifli (Manjoi, Ipoh), persedian dibuat serba sederhana tetapi penuh perancangan rapi bagi memikat hati pengunjung yang hadir. Dengan pembentukan Jemaah Niaga ini juga, maka tercetuslah motto, “ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”. :-)



Benar kata mentor, pembentukan Jemaah niaga sangat bermanfaat walaupun kadang-kadang atau selalunya ada di kalangan para Jemaah berkenaan ‘tak sekepala’. Kata mentor lagi, teruskan sahaja berjemaah walaupun banyak rintangannya, sebab Jemaah itu terlalu banyak hikmah dan manfaatnya.





Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Sambung nanti ya. Nak pergi Pasar Tani jap. :-)