Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, October 29, 2013

Tetakan di Kwale Kangso

 

Ya, benar dan tepat sekali, kami telah membuat bertalu-talu tetakan semasa ‘menyerbu’ masuk ke kedai kraftangan Tuan Abdul Ghani di Kuala Kangsar. Bukan menetak tuan punya kedai tersebut tetapi membuat beberapa tetakan kecil bagi menguji parang dan mata pahat pelepah pokok yang didagangkan di situ.  :-)





Alhamdulillah, selesai kerja-kerja ‘shopping’ peralatan ‘make over’ pepohon tamar. Terima kasih Tuan Abdul Ghani atas layanan dan rekmen peralatan kualiti terbaik kepada kami. Anda pun boleh membuat percubaan menetak di lokasi perniagaan beliau di Lembah Kuala Kangsar.  :-)

Kemudian kami singgah ke gerai cendol sahabat lama, Tuan Nazerul Amin di Medan Selera Lembah. Selain bertanya khabar dan mengukuhkan ukhuwah, dapat juga menikmati cendol serta laksa telur rebus sentuhan gerai beliau.



Aturan rezeki Allah kepada kami sungguh kaya apabila menu santapan kami itu ‘ditaja’ oleh seorang lagi sahabat lama, Tuan Lokman Rianto yang datang bersama isteri. Beliau senyap-senyap buat bayaran kepada Tuan Nazerul Amin tanpa diketahui oleh kami yang pada ketika itu sedang rancak membincangkan penyediaan kertas kerja PAKEJ GAGASAN WAKAF pepohon tamar yang akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Perak pada minggu ini. Kami doakan Tuan Lokman Rianto dan isteri dirahmati dan diberkati Allah sepanjang minggu ini atas segala urusan duniawi mahupun ukhrawi.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Baru sahaja ‘shopping’ peralatan ‘make over’semalam, sudah ada individu yang hubungi kami bagi tinjauan pepohon tamar yang perlu di ‘touch up’  :-) . Tapi kertas kerja untuk pembentangan kepada Majlis Agama Islam Perak pula belum siap..! ‘Switch’..!  :-)

No comments: