Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, October 25, 2013

Pepohon Tamar Nan Berbuah :-)

‘Make over’ pepohon tamar yang tumbuh subur di sekitar Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh – inilah salah satu resolusi kata sepakat yang dicapai semasa mesyuarat kami di masjid berkenaan pada 13 Oktober 2013 tempoh hari (sila rujuk ‘post’ di link http://syfultamar.blogspot.com/2013/10/mesyuarat-petang-13-oktober-2013.html).

Jadinya, pada petang semalam yang diiringi renyaian hujan Zulhijjah 1434 H, sekali lagi jemaah kami yang dibarisi oleh Tuan Mustapha Kamal @ Iqra Sohih (Chief de Mission), Syful Tamar dan Tuan Maznan (CEO Biodiversity Resources) bermesyuarat di Restoran Nasi Kandar Vanggey, Silibin membincangkan pembelian peralatan baru bagi tujuan ‘make over’ tersebut sambil mendraf surat permohonan kepada jawatankuasa masjid bagi mendapat kebenaran projek amal kami ini. Ianya bertujuan menggalakkan pembuahan pepohon tamar di situ kerana ada di antaranya sudah mengeluarkan bunga dan berputik. Di samping itu juga mahu mengekalkan kesuburan pokok agar sentiasa sihat dan berkemampuan mengeluarkan hasil buahnya.



Pada malamnya, dengan sengaja kami lalu kawasan Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh dan Masha-Allah syeikh, ada di antara pepohon tamar sudah makin galak berbuahlah..! :-) Alhamdulillah, doa kami didengari agar pepohon tamar di situ berbuah subur sedangkan perancangan dan pelan tindakan baru sahaja dibuat.  :-)








Walaubagaimanapun, pepohon tamar di situ masih memerlukan penjagaan khusus kerana buahnya masih goyah cantuman dengan tangkainya. Kalau ditiup angin yang kuat atau disentuh kasar, buahnya senang ‘getak’. ‘Getak’ ni kata orang Perak maksudnya gugur. Faham ke, faham? :-) Jadi, diharapkan sesiapa yang nak singgah ziarah ke masjid tersebut diharapkan anda dapat menahan gelodak rasa ‘excited’ anda supaya tidak menyentuh tandanan kecil buah tamar berkenaan.

Alang-alang dah singgah ke sana nanti, ada afdalnya terlebih dahulu kita dirikan Solat Fardhu Berjemaah dan Solat Sunat Dua Rakaat Memuliakan Masjid serta Dhuha (sekiranya datang waktu Dhuha). Juga jangan dilupa bersedekahlah ke dalam tabung masjid. Bak kata mentor kami, “More you give, more you get back”. :-)

Inilah antara pesanan daripada kami, manusia kudus yang bernama Jemaah Syful Tamar ini.


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Minggu ni ‘shopping’ perkakas ‘make over’lah jawabnya… Dan In Sha Allah juga mulai minggu ni, ‘glamour’ Masjid Muhibbuddin Shah...  :-)

No comments: