Susulan daripada ‘rombongan
lamaran’ PDRM Sungai Siput yang diketuai oleh Tuan Amin, Tuan Riduan dan Tuan
Khalid pada AGROFEST Perak 2013 tempoh hari telah menyingkap era baru dalam
empayar Syful Tamar sendiri. Buat pertama kali, kami menambah nilai seni
lanskap jabatan kerajaan pada 4 Oktober 2013 dan Ibu Pejabat PDRM Daerah Sungai
Siput sebagai perintis era baru perkhidmatan kami ini.
Dari Ibu Pejabat PDRM Daerah
Sungai Siput kami dibawa oleh Tuan Amin ke Kompleks Perumahan PDRM Polis Daerah
Sungai Siput bagi meninjau lokasi strategik penanaman. Kata putus dicapai,
sepanjang laluan masuk kiri dan kanan ke kompleks perumahan berkenaan ‘dihuni’
pepohon tamar PAKEJ DIRHAM.
Tahniah PDRM Daerah Sungai Siput atas
pemilikan pepohon tamar itu. Terima kasih Tuan Amin atas layanan yang sangat
baik terhadap Jemaah Syful Tamar. :-)
Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'
ST : Tahniah dan terima kasih juga
kepada Tuan Baharuddin yang sanggup memandu dari Subang Jaya bagi mendapatkan
pepohon tamar PAKEJ PERAK pada 19 Oktober 2013 pertemuan di Stesen Petronas
Sunway Tambun. :-)
No comments:
Post a Comment