Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, June 30, 2015

Sepantas Herlina


Pantas sungguh tindakan wanita ini - Puan Herlina dari Keramat.

Tangahari tadi, pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/setapak-senyom-lebo.html, kami umumkan yang wakil Setapak sudah punyai stok POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dalam simpanan. Sebelah petang, Puan Herlina sudah berjaya dalam pemilikan 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml supplimen organik Pokok Kurma.😃

Tahniah dan terima kasih Puan Herlina atas pemilikan tersebut. 👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil Setapak kami, Tuan Alif Aizat boleh disantuni melalui panggilan terus dan WhatsApp di talian 0192498323.
 — feeling Syukur.

Monday, June 29, 2015

Setapak Senyom Lebo


Hampir 1 bulan setengah wakil kami di Setapak 'kepupusan stok'. Diulit situasi penundaan pertemuan dan penangguhan penghantaran dalam tempoh tersebut. Hingga rasa kurang senang kepada bakal pemilik yang kepingin dan berhajat dalam pemilikan melalui wakil Setapak.

Tanggal 29 Jun 2015, wakil Setapak kembali mengukir 'senyom lebo'. Stok kembali memenuhi ruang simpanan. 😃

Pokok Kurma Ajwah, Pokok Kurma Madu, Pokok Kurma Mariami, Pokok Kurma Shafawi dan supplimen organik Pokok Kurma - stok-stok item POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 🌴

Kepada bakal-bakal pemilik yang telah berhubung sebelum ini, sila hubungi semula wakil Setapak tersebut. Kepada warga Lembah Klang yang baru nak bertanya, risik-risiklah terlebih dahulu jika masih ada rezeki untuk anda. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil Setapak, Tuan Alif Aizat boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0192498323. 👍
 — feeling great.

Penempatan Kurma dan Tin di Batang Kali


26 Jun 2015 - Haji Ghazali dan isteri menginap di Homestay Manjoi, Ipoh untuk bertalaqi di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi selama beberapa hari.

Beliau terserempak pautan blog kami secara tidak sengaja di alam maya sehari sebelum berangkat pulang ke Batang Kali. Setelah diteliti dan diamati info yang kami kongsikan dalam blog, beliau ada perencanaan tersendiri bagi perlanskapan kediaman beliau yang kini dipenuhi Pepohon Tin semaian beliau sendiri.

Kami dijemput ke lokasi sewa inap beliau untuk misi penghantaran 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu dan 500ml supplimen organik.

Tahniah Tuan Haji Ghazali dan isteri atas pemilikan tersebut. Moga POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bertambah subur dan segar bugar apabila ditempatkan bersama Pepohon Tin beliau. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kurma dan Tin - antara tanaman penghias syurga dan buah kedua-dua tanaman itu juga menjadi antara makanan ruji para penghuninya kelak. smile emoticon
 — feeling Syukur.

Friday, June 26, 2015

Kurma Harumadu


25 Jun 2015 - Kami mula berkenalan dengan Tuan Mohamad Hairi Bin Salim dalam program "Sembang Santai MARA - Perdasama Perak" pada minggu lepas di gerai CHOR CHAR KUEY TEOW, Kuala Kangsar. Beliau merupakan salah seorang pegawai MARA Kuala Kangsar.

Suka beliau miliki 1 Pokok Kurma Madu sempena Ramadhan pada tahun ini. Mahu bawa pulang ke kampung halaman di Perlis kata beliau.

Tahniah dan terima kasih Tuan Hairi atas pemilikan tersebut. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Masuk sahaja sempadan Perlis, automatik jadi Kurma Harumadu. wink emoticon
 — feeling happy at Arked Mara Kuala Kangsar.

Thursday, June 25, 2015

Kurma TV : Berita TV1

Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di RTM Perak sempena program penutup JELAJAH RAMADAN RTM di negeri Perak mendapat tempat dalam slot berita TV1 pada petang dan malam semalam.


Pihak RTM Perak memaklumkan kepada kami bahawa ianya bersiaran dalam Berita Semasa jam 4.00 petang, Berita Nasional 5 dan Berita Nasional 8. Kami cuma berkesempatan menonton Berita Nasional 8.  :-)


Bagi melihat lebih banyak 'print screen' slot berita tersebut, sila klik (di sini).



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Peristiwa perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di RTM Perak itu boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/kurma-rtm.html

Kurma Siva Manna


Tuan Siva Manna dari Kamunting telah mengikuti setiap perkembangan kami melalui FB Page sejak tahun lepas setelah direkmen oleh abang ipar beliau yang tinggal di Jawi, Pulau Pinang. Abang ipar beliau sedia maklum yang kami pernah membuat penanaman sebanyak 250 Pokok Kurma di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi, seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/udoh-siyap.html.
Setelah berbincang melalui panggilan telefon pada Ahad lalu, akhirnya Tuan Siva membuat kata putus dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.
5 Pokok Kurma Madu menjadi milik Tuan Siva pagi semalam. Kami wakilkan Tuan Aiman Ajwad (Anw Biz Ipoh) selaku wakil penghantaran kepada Tuan Siva. Kami tidak dapat buat penyerahan kerana terlibat dengan program bersama RTM Perak pada pagi semalam, seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/kurma-rtm.html.
Moga Pepohon Tamar tersebut terus hidup subur dan segar bugar dalam pemilikan dan pengawasan Tuan Siva.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih dan tahniah Tuan Siva Manna atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut. 👍😃

Wednesday, June 24, 2015

Kurma RTM


23 Jun 2015 - Sempurna sudah majlis serba ringkas Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di RTM Perak pagi tadi. Majlis tersebut merupakan penutup kepada program JELAJAH RAMADAN RTM di negeri Perak sebelum konvoi jelajah berlepas pula ke negeri Selangor.

Penyempurnaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dimulakan dengan Pokok Kurma Ajwah oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria.

Seterusnya, juga Pokok Kurma Ajwah oleh Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Sahibul Fadhilah Haji Abdul Farid Bin Mohd Salleh.

Yang ketiga, Pokok Kurma Shafawi oleh Pengurus Radio Klasik, Tuan Haji Mohamed Ayob Bin Syed Mohamed bersama Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Tuan Haji Zazmi Bin Mohd Zain.

Yang keempat, Pokok Kurma Mariami oleh Ketua Bahagian Rancangan, Encik Ahmad Fauzi Bin Ramli.

Yang terakhir, Pokok Kurma Madu oleh Jurutera Penyiaran, Encik Mohd Rizman Bin Sultan Mohd.

Tahniah dan terima kasih NURMARSHA ENTERPRISE atas pewakafan Pepohon Tamar bagi program tersebut.

Juga tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh warga kerja RTM Perak atas satu lagi tempaan sejarah unik beraras tinggi dalam intipati program JELAJAH RAMADAN RTM impak daripada penanaman POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Kami pula cuma Hang Kebun pemudahcara pemilikan dan pewakafan Pepohon Tamar.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Untuk melihat lebih banyak paparan bergambar program tersebut, sila klik (di sini).

Kurma JELAJAH RAMADAN RTM

22 Jun 2015 - Selesai temu sua bersama Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Perak, Tuan Haji Mohd Zazmi Bin Mohd Zain (berkaca mata separa gelap) dan kakitangan serta krew penerbitan RTM.
Berdiskusi kami tentang lokasi dan modus operandi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma oleh 5 tetamu jemputan kehormat sempena program JELAJAH RAMADAN RTM hari kedua di RTM Perak esok.
Sempena program tersebut, melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia', sebanyak 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami dan 1 Pokok Kurma Shafawi telah diwakafkan oleh NURMARSHA ENTERPRISE, empayar produk keluaran kekabu asli yang berpusat di Kuala Kangsar.
Esok pagi, jenguk-jenguklah saluran TV1 dalam rancangan SELAMAT PAGI MALAYSIA kot-kot ada lintas langsung. Andai kata tiada esok, janganlah kami dimarahi pula ya. Nama pun lagi kot-kot ada. 😉

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terharu ada, tersipu-sipu malu pun ada, lantaran dek terjemahan rasa teruja warga RTM Perak sempena Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma esok. 

Kurma Ekspres Tiga Lokasi


21 Jun 2015 - Urusan misi KEMBARA KURMA BAS EKSPRES pagi tadi betul-betul Dia permudahkan. Tak sampai 15 minit, urusan penghantaran ketiga-tiga lokasi selesai dilaksana.

Melaka Sentral - Puan Siti Kabshah - terkesan dengan post kami tentang Pokok Pisang Kaki (http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/pisang-kaki-r.html). Mengambil keputusan segera memiliki 2 pokok melalui penghantaran bas Sri Maju T41 (AHQ138). Sedia terima jam 2.30 petang.


Kota Bharu - Puan Mariya - Ini adalah kali kedua kami bertautan dengan beliau (terdahulu - http://syfultamar.blogspot.com/2015/05/kurma-trip-akhir.html). Bas Transnasional T801EN (WB4811D) membawa 2 Pokok Kurma Mariami beliau. Jam 4.30 petang sampai terima.


Skudai - Tuan Yusoff - Berkomunikasi beberapa minggu melalui WhatsApp. Tekad dengan keputusan pemilikan 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 5 Pokok Kurma Mariami dan 3 Pokok Kurma Shafawi. Sebelum muktamad, bertanya pula beliau tentang apa lagi tanaman yang kami ada. Jawab kami, Pisang Kaki dan Delima Jumbo. Rezeki mutlak beliau, Pisang Kaki turut dimiliki. Namun Delima Jumbo tertangguh disebabkan kehabisan stok. Baki benih yang ada cuma berketinggian 1 inci. Pokok-pokok milik beliau dibawa bas Star Coach (WWY8000). Selamat terima pada jam 5.30 petang.




Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Lega sungguh kami, apabila item pemilikan ketiga-tiga pemilik selamat dalam 'dakapan' masing-masing petang tadi.  :-)

Kurma Felda Keratong

Buat pertama kali, wakil kami di Kuantan menerima panggilan daripada luar daerah Kuantan bagi pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.
Tuan Wan Riduan, daripada Felda Keratong, Rompin membuat keputusan bagi memiliki 2 Pokok Kurma Madu di kediaman beliau berserta dengan khidmat Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma.
Pokok-pokok lain di sekeliling bakal dialih dan diterangkan apabila Pepohon Tamar itu semakin membesar elok kelak.
Tahniah dan terima kasih Tuan Wan Riduan atas pemilikan 2 Pokok Kurma Madu berkenaan. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Wakil Kuantan kami, Tuan Zahari Abd Razak boleh disantuni melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116.

Sunday, June 21, 2015

Terung Mariami


Nak dicabut buang, sayang..

Jadi, biarkanlah sahaja anak pokok terung itu 'tumpang bermastautin' bersama Pokok Kurma Mariami dalam beg poli.

Kiranya bolehlah dianggap pakej pemilikan sekali dengan Pokok Kurma Mariami tersebut kepada pemiliknya kelak. Tapi, tidaklah diketahui samada pokok terung itu daripada benih terung panjang, bulat atau pipit. 😆

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Semakin subur elok Pokok Kurma Mariami dan Shafawi di Nerseri Mini Pokok Kurma kami. Begitu juga dengan benih Kurma Deglet Nour dan Medjoul yang semakin naik cantik. Syukur. 😃
 — feeling positive.

Akhbar 1 Ramadhan


1 Ramadhan 1435 H dan 1 Ramadhan 1436 H. Haribulan yang sama, tahun yang berbeza.

Apa pula kaitannya dua tarikh ini dengan kami...? 😳

Pada kedua-dua tarikh tersebut, artikel tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma telah diterbitkan dalam akhbar. Cuma akhbar yang berbeza. 😃

1 Ramadhan 1435 H kami dijejaki akhbar Kosmo. Garapan artikel tersebut berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/06/pokok-kurma-kosmo-ahad.html.

Manakala 1 Ramadhan 1436 H pula disantuni akhbar Sinar. Nukilan artikel berkenaan berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/sinar-pokok-kurma-rai-ramadhan.html😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tautan artikel kami bersama lain-lain akhbar boleh diselidik dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/liputan-bergambar.html.
— feeling thankful.

Friday, June 19, 2015

Kurma Pantai Sepat


Wahhh... Tuan Zahari Abd Razak semakin dikenali di sekitar Kuantan. 😉

Dikenali sebagai pemudahcara pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Kuantan. 😃

Terbaru, petang semalam, beliau membantu Puan Fauziah di Pantai Sepat 'mendampingi' 3 Pokok Kurma Madu bagi melanskapi halaman kediaman Puan Fauziah sekeluarga. 😃

Tahniah Tuan Zahari atas perlaksanaan amanah yang digarap elok. Tahniah juga kepada Puan Fauziah selaku pemilik baru 3 Pokok Kurma Madu.😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Zahari boleh dihubungi melalui panggilan terus atau WhatsApp di talian 0139019116. 😃
 — feeling happy.

Sinar : Pokok Kurma Rai Ramadhan


18 Jun 2015 - Pagi semalam, perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar mendapat perhatian di slot Selamat Pagi Malaysia (SPM), TV1.

Hari ini pula, mendapat tempat di akhbar Sinar Harian (Edisi Perak) di mukasurat 42. 😃

Sekali lagi kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada para pewakaf PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' serta jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah atas pewakafan tersebut.👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pengisian liputan SPM semalam boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/tv1-spm-pokok-kurma-rai-ramadhan.html
 — feeling good.

Thursday, June 18, 2015

TV1 SPM : Pokok Kurma Rai Ramadhan

Rupa-rupanya, liputan perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar telah bersiaran pada pagi 17 Jun 2015 dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1. smile emoticon
Kami sendiri terlepas tontonan disebabkan tidak mengetahui info penyiarannya. Namun syukur, kami dibantu oleh RTM Perak bagi mendapatkan 'print screen' siaran liputan tersebut. Bagi tinjauan lebih banyak paparan 'print screen' siaran tersebut, sila klik (di sini). 
smile emoticon
Dengan penyiaran itu, jelas di sini yang modus operandi amal dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' ini diiktiraf dan menepati piawaian siaran tv di RTM. Mengisi slot di SPM pula tu. 
wink emoticon
Tahniah dan terima kasih kepada RTM Perak serta pihak jawatankuasa dan khairiah Masjid Hidayatul Ummah atas paparan di TV1 ini. Kami sedang ikhtiarkan pemilikan salinan siarannya untuk perkongsian umum kelak. 
smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Kami mengalu-alukan kecenderungan anda untuk libat rasa sama dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. 
smile
 emoticon


Wednesday, June 17, 2015

BerRamadhan

Pisang Kaki R&B


Setelah 'bermain-main' sejak 2008 dengan tanaman bercuaca panas iaitu Pokok Kurma (Phoenix Dactylifera), kini kami bereksperimentasi pula dengan tumbuhan beriklim sejuk iaitu Pokok Pisang Kaki (Diospyros Virginiana).

Kami telah melalui peringkat 'try and error' dalam pembenihan Pisang Kaki. Kini berada dalam fasa 'try and adjust'.

Longgokan di sebelah kiri, jelas kelihatan pokok pisang kaki yang perlukan rawatan rapi, perlu 'diR&Rkan'. Manakala kumpulan pada bahagian kanan pula ketara subur dan segar bugar, sudah mampu 'enjoy diR&Bkan'.  ;-)

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Apa khabarkah gamaknya Pokok Pisang Kaki milik Puan Noor Zaliha, milik Tuan Khairul Gucci dan isteri, Puan Rodiah Mat Isa serta milik Puan Anim Abu dan suami, Tuan Rahim Ab Rahman..?  :-)
 — feeling fresh at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Kurma Rai Ramadhan


Pokok Kurma Rai Ramadhan 1436 H
Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar melaksanakan penanaman 1 Pokok Kurma Ajwah dan 4 Pokok Kurma Madu. Ianya sebahagian daripada tentatif program "Di Ambang Ramadhan" anjuran masjid tersebut.
Simbolik penanaman sempena meraikan Ramadhan itu disempurnakan oleh Pengerusi masjid, Tuan Haji Radzuan Bin Shariff.
Menurut Setiausaha masjid, Tuan Haji Faizi Bin Haji Aznan, penanaman 5 Pokok Kurma di situ merupakan langkah permulaan bagi melestarikan perlanskapan masjid secara menyeluruh dengan Pokok Kurma selepas ini.
"Pokok Kurma ditempatkan di kedua-dua sisi hadapan pintu masuk utama. Ia umpama penyambut tetamu yang mengalu-alukan kedatangan khairiah masjid, di samping signifikan di antara Pokok Kurma itu sendiri dengan masjid yang sangat rapat dengan nilai-nilai Islamik," tambah beliau lagi.
5 Pokok Kurma itu diwakafkan oleh syarikat bantal kekabu asli, Nurmarsha Enterprise dan seorang individu Malaysia yang tinggal di Jeddah, Arab Saudi melalui program PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang diuruselia oleh syarikat Syful Tamar.
👆 Macam itulah gamaknya liputan RTM Perak pagi semalam. Gamoknye le. 😆
Namun begitu, kami masih tidak menahu lagi tentang tarikh dan slot siaran liputan tersebut. 😆

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Rentetan dan liputan pewakafan Pokok Kurma di masjid tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/06/kurma-wakaf-kota-lama.h…

Kurma Wakaf Kota Lama


16 Jun 2015 - PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kini berlokasi pula ke Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar sebagai Penerima Manfaat.

1 Pokok Kurma Ajwah (Nabi) dan 4 Pokok Kurma Madu (Bam Dates) itu diwakafkan oleh sebuah syarikat bantal kekabu di Kuala Kangsar dan seorang individu follower FB page kami dari Jeddah, Arab Saudi. Kami cuma bertindak sebagai pemudahcara dan pelaksana amanah wakaf mereka kepada pihak masjid.

Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dilaksanakan pada pagi tadi, sebagai salah satu pengisian dalam sessi gotong royong sempena program "Di Ambang Ramadhan" pada hari ini anjuran masjid tersebut.

Delegasi kewartawanan RTM Perak turut hadir membuat liputan bagi program unik oleh pihak jawatankuasa masjid itu, yang merai kedatangan Ramadhan pada tahun ini dengan melestarikan perlanskapan masjid melalui penanaman Pepohon Tamar. 

Terima kasih pihak pewakaf PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. In Shaa Allah pewakafan ini bakal menviral buakan impak manfaat yang sangat besar di pertimbangan 'neraca amal' kelak.

Terima kasih jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah yang diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Radzuan Bin Shariff dan Setiausaha, Tuan Haji Faizi Bin Haji Aznan. Layanan yang sangat baik kami terima daripada Tuan-Tuan sekalian.

Terima kasih juga RTM Perak yang sudi berliputan. Bila pula tarikh dan masa siarannya ya..? 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bagi melihat lebih banyak paparan bergambar perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di masjid tersebut, sila klik (di sini)

Kurma Gotong-Royong Bikerz


13 Jun 2015 - Pemilikan 6 Pokok Kurma Madu oleh Tuan Nizam pada sebelah petang di Nerseri Mini Pokok Kurma di Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat. Beliau merupakan wakil Ketua Kampung Tanjung Tualang yang membiayai sepenuhnya pemilikan tersebut.
Tujuan pemilikan itu adalah mewakafkan Pepohon Tamar kepada Masjid Hamidiah, Tanjung Tualang. Ianya adalah sempena program "Gotong-Royong Masjid dan Kawasan Perkuburan Bersama Perak Bikerz Kawasaki" yang berlangsung pada pagi 14 Jun 2015. 😃
In Shaa Allah, Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang dilaksanakan itu bakal menviralkan impak bermanfaat buat kesemua yang terlibat, baik impak di dunia mahupun di 'perhimpunan besar' kelak. Tahniah dan terima kasih atas perihal tersebut. 👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Dalam proses pemindahan berperingkat-peringkat dari Nerseri Mini Pokok Kurma di Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat ke Taman Klebang Putra, Chemor. 😃