13 Jun 2015 - Pemilikan 6 Pokok Kurma Madu oleh Tuan Nizam pada sebelah petang di Nerseri Mini Pokok Kurma di Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat. Beliau merupakan wakil Ketua Kampung Tanjung Tualang yang membiayai sepenuhnya pemilikan tersebut.
Tujuan pemilikan itu adalah mewakafkan Pepohon Tamar kepada Masjid Hamidiah, Tanjung Tualang. Ianya adalah sempena program "Gotong-Royong Masjid dan Kawasan Perkuburan Bersama Perak Bikerz Kawasaki" yang berlangsung pada pagi 14 Jun 2015. 😃
In Shaa Allah, Projek Wakaf POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang dilaksanakan itu bakal menviralkan impak bermanfaat buat kesemua yang terlibat, baik impak di dunia mahupun di 'perhimpunan besar' kelak. Tahniah dan terima kasih atas perihal tersebut. 👍
ST : Dalam proses pemindahan berperingkat-peringkat dari Nerseri Mini Pokok Kurma di Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat ke Taman Klebang Putra, Chemor. 😃
No comments:
Post a Comment