Tuan Siva Manna dari Kamunting telah mengikuti setiap perkembangan kami melalui FB Page sejak tahun lepas setelah direkmen oleh abang ipar beliau yang tinggal di Jawi, Pulau Pinang. Abang ipar beliau sedia maklum yang kami pernah membuat penanaman sebanyak 250 Pokok Kurma di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi, seperti pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/udoh-siyap.html.
Setelah berbincang melalui panggilan telefon pada Ahad lalu, akhirnya Tuan Siva membuat kata putus dalam pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.
5 Pokok Kurma Madu menjadi milik Tuan Siva pagi semalam. Kami wakilkan Tuan Aiman Ajwad (Anw Biz Ipoh) selaku wakil penghantaran kepada Tuan Siva. Kami tidak dapat buat penyerahan kerana terlibat dengan program bersama RTM Perak pada pagi semalam, seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/kurma-rtm.html.
Moga Pepohon Tamar tersebut terus hidup subur dan segar bugar dalam pemilikan dan pengawasan Tuan Siva.
ST : Terima kasih dan tahniah Tuan Siva Manna atas pemilikan Pepohon Tamar tersebut. 👍😃
No comments:
Post a Comment