1 Pokok Kurma Ajwah (Nabi) dan 4 Pokok Kurma Madu (Bam Dates) itu diwakafkan oleh sebuah syarikat bantal kekabu di Kuala Kangsar dan seorang individu follower FB page kami dari Jeddah, Arab Saudi. Kami cuma bertindak sebagai pemudahcara dan pelaksana amanah wakaf mereka kepada pihak masjid.
Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma dilaksanakan pada pagi tadi, sebagai salah satu pengisian dalam sessi gotong royong sempena program "Di Ambang Ramadhan" pada hari ini anjuran masjid tersebut.
Delegasi kewartawanan RTM Perak turut hadir membuat liputan bagi program unik oleh pihak jawatankuasa masjid itu, yang merai kedatangan Ramadhan pada tahun ini dengan melestarikan perlanskapan masjid melalui penanaman Pepohon Tamar.
Terima kasih pihak pewakaf PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. In Shaa Allah pewakafan ini bakal menviral buakan impak manfaat yang sangat besar di pertimbangan 'neraca amal' kelak.
Terima kasih jawatankuasa Masjid Hidayatul Ummah yang diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Radzuan Bin Shariff dan Setiausaha, Tuan Haji Faizi Bin Haji Aznan. Layanan yang sangat baik kami terima daripada Tuan-Tuan sekalian.
Terima kasih juga RTM Perak yang sudi berliputan. Bila pula tarikh dan masa siarannya ya..?
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Bagi melihat lebih banyak paparan bergambar perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di masjid tersebut, sila klik (di sini)
No comments:
Post a Comment