Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 24, 2015

Kurma JELAJAH RAMADAN RTM

22 Jun 2015 - Selesai temu sua bersama Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Perak, Tuan Haji Mohd Zazmi Bin Mohd Zain (berkaca mata separa gelap) dan kakitangan serta krew penerbitan RTM.
Berdiskusi kami tentang lokasi dan modus operandi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma oleh 5 tetamu jemputan kehormat sempena program JELAJAH RAMADAN RTM hari kedua di RTM Perak esok.
Sempena program tersebut, melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia', sebanyak 2 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami dan 1 Pokok Kurma Shafawi telah diwakafkan oleh NURMARSHA ENTERPRISE, empayar produk keluaran kekabu asli yang berpusat di Kuala Kangsar.
Esok pagi, jenguk-jenguklah saluran TV1 dalam rancangan SELAMAT PAGI MALAYSIA kot-kot ada lintas langsung. Andai kata tiada esok, janganlah kami dimarahi pula ya. Nama pun lagi kot-kot ada. ðŸ˜‰

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terharu ada, tersipu-sipu malu pun ada, lantaran dek terjemahan rasa teruja warga RTM Perak sempena Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma esok. 

No comments: