Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, June 17, 2015

Kurma Rai Ramadhan


Pokok Kurma Rai Ramadhan 1436 H
Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar melaksanakan penanaman 1 Pokok Kurma Ajwah dan 4 Pokok Kurma Madu. Ianya sebahagian daripada tentatif program "Di Ambang Ramadhan" anjuran masjid tersebut.
Simbolik penanaman sempena meraikan Ramadhan itu disempurnakan oleh Pengerusi masjid, Tuan Haji Radzuan Bin Shariff.
Menurut Setiausaha masjid, Tuan Haji Faizi Bin Haji Aznan, penanaman 5 Pokok Kurma di situ merupakan langkah permulaan bagi melestarikan perlanskapan masjid secara menyeluruh dengan Pokok Kurma selepas ini.
"Pokok Kurma ditempatkan di kedua-dua sisi hadapan pintu masuk utama. Ia umpama penyambut tetamu yang mengalu-alukan kedatangan khairiah masjid, di samping signifikan di antara Pokok Kurma itu sendiri dengan masjid yang sangat rapat dengan nilai-nilai Islamik," tambah beliau lagi.
5 Pokok Kurma itu diwakafkan oleh syarikat bantal kekabu asli, Nurmarsha Enterprise dan seorang individu Malaysia yang tinggal di Jeddah, Arab Saudi melalui program PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang diuruselia oleh syarikat Syful Tamar.
👆 Macam itulah gamaknya liputan RTM Perak pagi semalam. Gamoknye le. 😆
Namun begitu, kami masih tidak menahu lagi tentang tarikh dan slot siaran liputan tersebut. 😆

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Rentetan dan liputan pewakafan Pokok Kurma di masjid tersebut boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/…/06/kurma-wakaf-kota-lama.h…

No comments: