Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, June 8, 2015

Kurma Berbuah di BB Ganu

Di Medan Selera Simpang Bukit Besi, Terengganu, tersergam indah 10 Pokok Kurma. Tapi yang paling menarik perhatian adalah sepohon daripadanya telah berbuah..! 👍
Hal ini dapat dikesan oleh wakil Kuantan, Tuan Zahari Abd Razak yang berkunjung ke negeri Sang Penyu itu baru-baru ini. Sempatlah beliau berselfie dengan Pokok Kurma berbuah tersebut. 😃
Berkemungkinan besar ianya diselia dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Dungun, pihak berkuasa tempatan yang menaungi Bukit Besi.
Situasi Pepohon Tamar di lokasi tersebut hampir sama dengan Pepohon Tamar di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Hanya beberapa pohon sahaja yang berbuah di masjid tersebut sebelum ini. Namun kadar nisbah pembuahannya mengatasi Pepohon Tamar di medan selera tersebut. Kami telah rangkumkan paparannya pada pautan berikut :

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Terima kasih Tuan Zahari selaku wakil Kuantan atas info bermanfaat. Tahniah warga Bukit Besi Ganu Kite atas kurniaan Pokok Kurma berbuah.😃

No comments: