Tatkala kami sedang mencari-cari sudut bersesuaian bagi mengambil gambar Pepohon Tamar yang selesai dilestarikan di Laman Kurma Fasa 2 Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) pada 18 November lepas, tidak semena-mena muncul sang pepatung merah hinggap di dedaun salah satu pelepah Kurma Nabi (Ajwah) terakhir yang ditanam pada hari tersebut.
Tanpa berfikir panjang, tanpa hiraukan samada sudut gambar itu bersesuaian atau tidak, spontan sahaja kami klik 'snap button'.
Peristiwa 'pembukaan' Laman Kurma Fasa 2 MSAS ini boleh disantuni pada pautan http:// syfultamar.blogspot.com/ 2015/11/ laman-kurma-msas-fasa-2.htm l.
Sudah lebih 2 minggu berlalu. Kami temui semula gambar tersebut, setelah sesi tinjau lihat gambar-gambar dalam menu 'Pictures Gallery'.
Agak epik juga bilamana diteliti gambar hinggapan sang pepatung merah itu.
Berehat sebentar, sebelum menghenjut sayapnya, terbang bebas dan riang ria di udara. 🚁💨
Berehat sebentar, tanpa perlu Kit Kat, hanya bekalan oksigen segar bugar 'direct' dari Pokok Kurma. 😄🌴
Lantas terus teringatkan bait-bait kata yang sama maknanya di FB oleh 2 tokoh dakwah, berkaitan dengan perlaksanaan wakaf pokok.
"Plant a tree. People and animals use for food or shade, you earn." - Dr. Zakir Naik.
"Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya." - Ustaz Don Daniyal.
Bait-bait kata kedua-dua tokoh terkemuka ini boleh diteliti pada pautan http:// syfultamar.blogspot.com/p/ wakaf-pokok-kurma.html.
Berdasarkan peristiwa bergambar tersebut, In Shaa Allah, para Dermawan Wakaf bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di banyak lokasi perlaksanaan wakaf, sedang menjana rantaian pahala bagi manfaat di dunia pada ketika ini dan membuat tuaian hasil 'saham' tersebut di negeri akhirat kelak. 👍🏻😃🌴
Penerima Manfaat terkini bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' adalah Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta. Anda boleh terus hubungi kami untuk turut serta atau selidiki terlebih dahulu infonya pada pautan http:// syfultamar.blogspot.my/ 2015/12/wakaf-di-annur.html.
.
.
🌴Hang Kebun Betgajetkan Changkhol🌴
http:// syfultamar.blogspot.com/
📲 0195709334
HK : Pepatung juga dikenali sebagai sibur-sibur. Terjemahan Inggerisnya pula, Dragonfly. Agak ganas dan 'stylo' juga bunyinya kan..? Bila diolah ke bahasa Perak pula, jadinya Cakcibo. Maka, tidaklah berapa ganas dah bunyinya, namun aura 'stylo'nya meningkat mendadak. 😄
— feeling blessed at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.Tanpa berfikir panjang, tanpa hiraukan samada sudut gambar itu bersesuaian atau tidak, spontan sahaja kami klik 'snap button'.
Peristiwa 'pembukaan' Laman Kurma Fasa 2 MSAS ini boleh disantuni pada pautan http://
Sudah lebih 2 minggu berlalu. Kami temui semula gambar tersebut, setelah sesi tinjau lihat gambar-gambar dalam menu 'Pictures Gallery'.
Agak epik juga bilamana diteliti gambar hinggapan sang pepatung merah itu.
Berehat sebentar, sebelum menghenjut sayapnya, terbang bebas dan riang ria di udara. 🚁💨
Berehat sebentar, tanpa perlu Kit Kat, hanya bekalan oksigen segar bugar 'direct' dari Pokok Kurma. 😄🌴
Lantas terus teringatkan bait-bait kata yang sama maknanya di FB oleh 2 tokoh dakwah, berkaitan dengan perlaksanaan wakaf pokok.
"Plant a tree. People and animals use for food or shade, you earn." - Dr. Zakir Naik.
"Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya." - Ustaz Don Daniyal.
Bait-bait kata kedua-dua tokoh terkemuka ini boleh diteliti pada pautan http://
Berdasarkan peristiwa bergambar tersebut, In Shaa Allah, para Dermawan Wakaf bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di banyak lokasi perlaksanaan wakaf, sedang menjana rantaian pahala bagi manfaat di dunia pada ketika ini dan membuat tuaian hasil 'saham' tersebut di negeri akhirat kelak. 👍🏻😃🌴
Penerima Manfaat terkini bagi PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' adalah Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta. Anda boleh terus hubungi kami untuk turut serta atau selidiki terlebih dahulu infonya pada pautan http://
.
.
🌴Hang Kebun Betgajetkan Changkhol🌴
http://
📲 0195709334
HK : Pepatung juga dikenali sebagai sibur-sibur. Terjemahan Inggerisnya pula, Dragonfly. Agak ganas dan 'stylo' juga bunyinya kan..? Bila diolah ke bahasa Perak pula, jadinya Cakcibo. Maka, tidaklah berapa ganas dah bunyinya, namun aura 'stylo'nya meningkat mendadak. 😄
No comments:
Post a Comment