18 November 2015 - Misi selesai jam 11.30 pagi. Perlestarian Laman Kurma Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) Fasa 2. Menempatkan 10 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 12 Pokok Kurma Madu.
Misi disempurnakan oleh kami berempat termasuk 2 Hang Kebun cilik. Terungkai rasa lega dapat melaksanakan amanah oleh 11 Dermawan Wakaf dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Namun gusar, apabila modus operandi penandaan kami pada 2 minggu lepas berlaku kekhilafan. Disangka hanya 21, rupa-rupanya mampu dilestari sebanyak 25 Pepohon Tamar di Laman Kurma MSAS Fasa 2.
Sepokok telah ditampung oleh pewakafan yang berlebih daripada seorang individu kenalan WhatsApp.
Dan sepokok yang lain pula diwakaf oleh mantan Pengetua SMK Raja Chulan, Ipoh, Puan Hajjah Saadiah Binti Alang Abdullah, yang 'walk in' meninjau gerak kerja kami dalam Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma, selepas beliau tamat kelas pengajian Islam di MSAS.
Kini berbaki lagi 2 Pokok Kurma sahaja lagi untuk melengkapkan 25 Pokok Kurma di Laman Kurma MSAS Fasa 2.
Anda berhajat mewakafkan salah satu atau memenuhi baki kedua-dua kuota tersebut..? Boleh terus berhubung dengan kami melalui WhatsApp atau panggilan terus di talian 0195709334.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
0195709334
ST : Laman Kurma Fasa 1 di masjid yang berpusat di Jalan Dairy, Ipoh itu sebelum ini telah menempatkan 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu. Paparan peristiwa perlestarian itu boleh disantuni pada pautan http://
No comments:
Post a Comment