Mangsa sehingga kini masih melopong trauma akibat hampir ditimpa pelepah pinang sejak 28 Oktober lepas ketika melalui laluan pejalan kaki berbumbung di Laman Kurma Fasa 1 Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), selepas turut serta dalam kerja-kerja penandaan lokasi penanaman Kurma di Laman Kurma Fasa 2 MSAS. 😄
Perkembangan Laman Kurma Fasa 2 MSAS boleh ditekuni pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2015/…/derap-mula-fasa-2.html. Manakala bab melopong trauma tu, cerita auta. 😅
Pelepah pinang itu jatuh menimpa bumbung terlebih dahulu, sebelum 'mendarat' di tepi laluan pejalan kaki tersebut.
Manakala upihnya (gambar di belakang) pula mencecah bumi di bawah pohonnya yang berada dalam kawasan Laman Kurma Fasa 1 MSAS.
Normal bagi pelepah dan upih pinang gugur dari rimbun batang apabila sampai pada masanya.
Timpaan pelepah dan upih pinang tidak mampu mendatangkan sebarang kecederaan kepada sesiapa pun. Namun boleh memudaratkan individu lemah jantung akibat terkejut dengan situasi tersebut. Begitu juga dengan individu yang melatah, berkemungkinan besar bertindak di luar kawalan tanpa sedar, juga akibat kejutan sedemikian.
Berbanding dengan pelepah Kurma, yang tidak akan sama sekali gugur sendiri. Pelepah Kurma hanya berpisah dari batang pokoknya melalui cantasan oleh pemiliknya atau orang yang diupah melaksanakan kerja-kerja cantasan. Takkan mereput dan gugur sendiri tanpa tindakan manusia.
Walaubagaimanapun, gunakanlah kaedah cantasan pelepah Kurma yang betul, supaya bukan sahaja 'indah paras rupa', malah Pokok Kurma sentiasa subur dan segar bugar, impak daripada cantasan pelepah dengan kaedah yang tepat.
Bagaimana pula mengaplikasi teknik cantasan pelepah Kurma yang menepati piawaian..???
Kami kongsikan 100% PERCUMA info tersebut pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html.
In Shaa Allah, pautan itu dapat membantu dengan pencerahan jitu. 👍🏻☀
ST : Moga bermanfaat. 👍🏻😃🌴
No comments:
Post a Comment