SUNGAI SIPUT (U) - Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah telah mencipta sejarah tersendiri selepas melancarkan Laman Kurma Nabi di halaman hadapan menghadap kiblat masjid tersebut.
Idea itu dicetuskan oleh Kami Anak Felda (KAF) cawangan FELDA Lasah dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli NGO tersebut serta penduduk setempat melalui perlaksanaan wakaf.
Menurut Setiausahanya, Ahmad Shaari Abdul Kadir, seluruh ahli KAF di sini sangat teruja dan terharu dengan idea Laman Kurma Nabi di situ. Sehinggakan ahlinya yang bermastautin di luar kawasan turut sama berwakaf.
"Walaupun bukan yang pertama di Malaysia, namun bagi Laman Kurma yang menempatkan khusus spesis Kurma Nabi (Ajwah), kami adalah yang pertama di negara ini. Apa yang paling menarik, perlestarian Pokok Kurma Nabi pertama di masjid ini telah ditanam oleh Timbalan Mufti Perak.
Kami berkeyakinan, Laman Kurma yang dilestarikan sebanyak 27 Pokok Kurma Nabi ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan FELDA Lasah yang sangat efektif dalam masa 2 hingga 3 tahun akan datang."
Pelancaran Laman Kurma Nabi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim sempena Forum Perdana yang bertajuk "Rahmat Syukur Dan Perpaduan" selepas selesai solat Isyak.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh pengerusi masjid, Dr Ahmad Fadhil Mohd Shahidi dan pengurus besar FELDA Wilayah Trolak, Haidir Moin serta masyarakat setempat.
.
.
Pelancaran LAMAN KURMA NABI Masjid Ar-Rahmaniah, FELDA Lasah
11 Disember 2015
29 Safar 1437 H
.
.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
0195709334
ST : Satu lagi perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di bawah kelolaan Syful Tamar.
No comments:
Post a Comment