Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, December 28, 2013

Syful Tamar di KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE Disember 2013


Selesai sudah perkampungan KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE di Mydin Mall Meru Raya pada 20-22 Disember 2013. Delegasi Syful Tamar bersyukur dapat membantu perjalanan karnival yang berlangsung dengan meriah dan gemilang.

Dua perkara yang ditunjangi Syful Tamar pada karnival tersebut. Pertama, Tuan Syful ‘dieksport’ menjadi Pengerusi bagi Projek Dana Amal Sumbangan BERAS sempena KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE. Hasil sumbangan para Dermawan, beliau berjaya menguruskan penerimaan dan penghantaran sumbangan sebanyak setengah tan beras..! Untuk info lanjut hasil sumbangan, sila klik (di sini) dan (di sini).

Sebahagian daripada sumbangan para Dermawan

Kedua, pokok Kurma Syful Tamar yang ditempah oleh KN Event dijadikan pertandingan ‘Teka & Menang Berat Pokok KURMA’.  






Pemenang yang memenangi pertandingan itu dengan tekaan tepat berat Pokok Kurma yang seberat 1.7 kg ialah Puan FATIMAH BINTI A. RAHMAN dari Taman Jati, Meru. Puan Fatimah diwakili anak beliau bagi penyampaian hadiah yang berupa hamper dan pokok Kurma pertandingan itu..! :-)

Ditimbang sebanyak 3 kali untuk kepastian dengan menggunakan penimbang digital

Wakil pemenang

Selain daripada itu, tidak disangka-sangka seorang peminat pokok Kurma dari Klang, Tuan Ismail Mohd Muslim yang kebetulan bercuti di kampung beliau di Simpang Pulai datang untuk memiliki 2 pokok Kurma Ajwah pada hari terakhir karnival tersebut. Beliau memang sudah lama mencari-cari peluang memiliki pokok Kurma.  :-)

Bersama Tuan Ismail Mohd Muslim

Tahniah dan terima kasih Puan Fatimah selaku pemenang serta Tuan Ismail sebagai pemilik baru pepohon tamar Ajwah.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

ST : Kesemua peserta pertandingan ‘Teka & Menang Berat Pokok KURMA’ berasa terkejut dan teruja kerana tidak menyangka langsung yang pokok Kurma berada di depan mata mereka. Ada yang menyentuh membelai-belai berulang kali dan ada yang bergambar dengan pokok Kurma itu.  :-)


No comments: