Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, August 19, 2014

Rembau Most Wanted


18 Ogos 2014 - Memandu beberapa jam dari Rembau, sampai jua Tuan Haji Jaafar (berkemeja) bersama Tuan Haji Halim (berbaju belang) ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh.

Haji Jaafar mempunyai Pokok Kurma berusia 8 tahun. Datang semata-mata mahu mendengar sendiri tip 'make over' Pokok Kurma beliau yang masih belum berbunga. Memang besar jiwa beliau, tekad yang luarbiasa, dari jauh kunjung tandang.

Haji Halim yang menemani, merupakan pengusaha pelbagai jenis tanaman. Juga pengasas formula baja yang bakal diletupkan.

Cenderahati masing-masing dibawa pulang. Haji Jaafar 1 Pokok Ajwah dan 1 Pokok Shafawi. Haji Halim 1 Pokok Ajwah dan 1 Pokok Madu.

Terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua Tuan Haji atas pemilikan tersebut. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Rembau Most Wanted yo..! 

No comments: