Anda pernah tengok akar Pokok Kurma..?
Beginilah rupa seurat akar Pokok Kurma. Sedikit kecut selepas 3 hari terputus daripada induknya dalam beg poli.
Sebelum ini, beberapa pelajar IPT menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat tentang Pokok Kurma dalam kajian-kajian mereka. Baru-baru ini pula dihubungi seorang pelajar bagi kajian buah kurma Malaysia.
Kajian-kajian ini sangat bagus dirintis. Biarlah kita dikatakan sudah ketinggalan berbanding negara-negara lain dalam menterjemahkan 'keperibadian' Pokok Kurma. Yang penting kita mulakan sesuatu. Di neraca timbangan di sana kelak, penilaian disukat berdasarkan ikhtiar dan usaha yang bermanfaat, tidak bersandarkan sepenuhnya pada hasil serta keputusan yang diperoleh.
Alihkan pula selepas ini kepada kajian komponen-komponen Pokok Kurma yang lain. Kepada akar sebagai contoh. Mungkin juga akar Pokok Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Mungkin akarnya berguna dalam perubatan. Mungkin juga ekstrak akarnya dapat menambah nilai 'kemeriahan' industri herba di Malaysia. Mungkin juga akarnya berkeupayaan 'top up' keberkesanan produk kecantikan.
Jika demikian kemungkinannya, secara automatik ianya dapat menambah nilai hidup pemilik Pokok Kurma di Malaysia. Dalam erti kata lain, menambah peluang 'masyuk' yang serba besar.
Segalanya mungkin, kan..?
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
ST : Oh ya! Sebelum kami sentuh tentang akar Pokok Kurma ini, pernah kami titipkan tentang umbutnya terlebih dahulu. Ya, umbut kurma..! Ini pautannya http://
No comments:
Post a Comment