Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, August 17, 2014

Misi Khas ke KL


14 Ogos 2014 - Selepas berurusan dengan pemilik Pokok Kurma dari Perlis di Nerseri Mini Pokok Kurma pada sebelah tengahari, sempat kami bertelepot dan bermonopod ke Hotel Meridien, KL. Ianya bertujuan menyempurnakan misi pemilikan Pokok Kurma oleh Tuan Mohd Zawawi Ahmad (bersongkok).

Terima kasih para pengiring penyerahan; Puan CEO Klasik Niaga Event, Puan Fatin Diyana, Cik Puteri Lelabayu dan Tuan Wan Hassan, yang berkawal menjaga keselamatan Pokok Kurma penghantaran khas tersebut.

Moga Pokok Mariami dan Kurma Dekorasi Pasu @ Bonsai Tamar itu baik-baik belaka dalam jagaan Abe Awie.

Dekorasi pasu? Bonsai? Ah ha.. Bagi pencerahan intro, boleh klik di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/dekorasi-dalam-pasu.htmldan http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/lentikan-bonzai-tamar.html

Tahniah dan terima kasih Abe Awie atas pemilikan. Terima kasih juga sekalian pengiring yang tampan dan menawan. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Gurau je ye.. Idok bertelepot, cuma wakil penghantaran secara manual memandu. Idok juga bermonopod, cuma mohon bantuan individu lain secara manual mengklik kamera. 

No comments: