Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, August 7, 2014

Jitra Luar Biasa




7 Ogos 2014 - Selepas singgah ziarah sebuah keluarga dari Temerloh pada 6 Syawal di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, pagi tadi sebuah keluarga lain pula datang bertandang, kali ini dari Utara, nun dia mai dari Jitra..!

Bertolak selepas Subuh, pasangan Cikgu Bakar dan Cikgu Azah serta salah seorang anak lelaki mereka, tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi.

Sudah lama mencari Pokok Kurma dan kebetulan rezeki Cikgu Azah menonton liputan Majalah 3 pada awal Ramadhan tempoh hari. Setelah itu mula menjejaki kami melalui internet.

Hasil 'window shopping' keluarga ini, mereka memiliki 2 Pokok Ajwah, 2 Pokok Madu, 2 Pokok Mariami, 1 Pokok Shafawi dan 2 liter supplimen BIO-ORGANIK.

Sebelum berangkat pulang, sempat kami bertanya kepada Puan Azah akan ke mana destinasi tujuan selepas ini. Ini jawapan beliau, "Teroih balek Jitra la. Esok nak tanam kat kampung kat Pendang. Arini mintak cuti semata-mata nak datang ambek Pokok Kurma ni la.."

Wuuuiiihh.. Mengagumkan. Keinginan membuak-buak mereka dalam pemilikan Pokok Kurma menyebabkan mereka melakukan satu tindakan luar biasa pada hari ini.

Dengan senyuman terukir, sempat beliau menyambung, "Nanti nak tunjok gambaq-gambaq ni kat kawan-kawan, nak habaq kat depa yang kami dah datang kat tempat Pokok Kurma yang masok tv aritu." 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tiada rasa bangga, namun rasa dihargai dan berbaloi atas usaha sejak 2008 sebagai pemudahcara pemilikan Pokok Kurma buat rakyat Malaysia. 

No comments: