Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, August 8, 2014

Pokok Kurma Berbuah kat Kedah naaa...


2 gambar kiriman Tuan Haji Yani melalui aplikasi WhatsApp kepada kami, sangat selesa untuk ditekuni.

Lokasi gambar di Masjid Kilang Gula, Kuala Nerang, mengusik pandangan dengan sepohon tamar yang berbuah.

Menurut Tuan Haji Yani, seperti info yang disampaikan oleh imam masjid tersebut, Pokok Kurma itu mula berbuah lebat semasa bulan Ramadhan. Tetapi kini seperti di dalam gambar, buahnya tinggal fasa pengakhiran setelah khairiah di masjid itu memakannya saban hari.

Jika diperhatikan, Pokok Kurma itu dalam keadaan yang sangat elok dan dijaga rapi. Itulah salah satu faktor penyebab ianya berbuah. Anda juga boleh mencontohi kaedah penjagaan Pokok Kurma secara spesifik di pautan berikut : http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Tahniah khairiah Masjid Kilang Gula, yang dilapangkan rezeki menikmati buah kurma kelahiran Kedah naaa... Terima kasih Tuan Haji Yani atas info yang sangat bermanfaat ini.

Bagi tinjauan lokasi-lokasi lain yang mana Pokok Kurma turut berbuah, sila klik pautan ini http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tuan Haji Yani merupakan salah seorang pewakaf Pokok Kurma seperti di pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pepohon-tamar-wakaf-surau-al-falah.html

No comments: