13
Julai 2014 - Best..! Syukur bebeno..! Apa yang dirancang berkesudahan
dengan penuh bergaya dengan izin-Nya. Selesai penyerahan Pepohon Tamar
kepada semua pemilik bagi edisi KEMBARA RAMADHAN IPOH - KLANG - SHAH
ALAM - IPOH di tiga lokasi pusat pertemuan selama 2 hari. :-)
Berganda rasa puas hati kami tatkala tergambar rasa puas dan gembira di wajah setiap pemilik pokok-pokok kurma tersebut. Walaupun kami berbeza latar belakang, dan majoriti daripada pemilik-pemilik berkenaan mempunyai status yang lebih tinggi berbanding kami, namun perihal pemilikan Pepohon Tamar menyamaratakan situasi dan menyatukan kami dalam diskusi serta sesi respon balas info dan pertanyaan tentang pelbagai aspek Pepohon Tamar.
Tahniah, syabas dan terima kasih kepada :
1. Kapten (B) Khairul Anuwar bersama isteri dan anak beliau - dari Bukit Kapar, datang ke Andalas. (Sabtu, 12 Julai). Kisah pemilikan beliau di pautan berikut : (klik di sini)
2. Puan Hasnah Osman bersama anak bongsu beliau - dari Bandar Sunway, datang ke Anggerik Mall.

Puan Hasnah Osman (kanan) dan Puan Ainon (kiri). Layanan baik kami dibalas double layanan baik daripada mereka berdua. :-)
3. Puan Ainon bersama anak saudara beliau – dari Bandar Saujana Putra, datang ke Anggerik Mall.
4. Tuan Daim Hussein - dari Port Klang, datang ke Anggerik Mall.
Tuan
Daim Hussein bersama anak beliau. Pertama kali datang ke Anggerik Mall
disebabkan pemilikan Pepohon Tamar yang ditempah beliau. :-)
5. Tuan Zamri bersama anak dan isteri beliau - dari Gombak, datang ke Anggerik Mall.
Tuan Zamri (kanan) dan Tuan Dedi
Ihsan Andri (kiri). Mereka juga mewakili beberapa rakan mereka yang tidak berkesempatan hadir dalam penyerahan pemilikan dengan membawa balik pokok kurma rakan mereka tersebut.
Ihsan Andri (kiri). Mereka juga mewakili beberapa rakan mereka yang tidak berkesempatan hadir dalam penyerahan pemilikan dengan membawa balik pokok kurma rakan mereka tersebut.
6. Tuan Dedi Ihsan Andri bersama anak dan isteri beliau - dari Shah Alam, datang ke Anggerik Mall.
7. Cikgu Ismail – dari Felda Besout, datang ke tol Sungkai.
Cikgu
Ismail di tol Sungkai. Tabik sungguh che'gu ni, dari jauh dan kejauhan
malam, sanggup tunggu semata-mata mahu memiliki Pepohon Tamar yang
dilamar. :-)
Insha Allah, kita bertemu lagi di lain waktu dan ketika. :-)
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Ramai juga yang PM bertanya dari hari pertama hingga pagi tadi, ada lagi ke KEMBARA RAMADHAN di bumi Selangor..? :-)
No comments:
Post a Comment